Siapa je yang tak kenal dengan Nur Tiara Zinnirah atau mesra dipanggil Tiara kan? Anak kepada pasangan Achey dan Anne ini selalu menjadi perhatian ramai kerana perangainya yang lucu. Ada saja perkara yang dibuat, yang tak tercapai dek akal.
Tak berapa lama dulu Tiara mencuit hati ramai dengan gelagatnya yang memakai gigi palsu nenek, rambutnya tersangkut di tiang gol dan banyak lagi tetapi kali ini lain pula. Anne memuatnaik sebuah video di mana Tiara menarik wagon trolley yang diduduki seorang lelaki.
Ads
Bukan sekadar tarik biasa ya, tapi Tiara mampu menggerakkan wagon trolley tersebut dalam jarak yang agak jauh.
Bukan sekadar membuat pusingan di kawasan sekitar, akhirnya Tiara tinggalkan lelaki tersebut! Namun, dia berpatah balik dan meminta supaya dirinya pula yang ditarik. Kuatnya Tiara mampu tarik orang dewasa, selamba pula tu!
Ramai yang terhibur dengan keletah Tiara terutamanya part dia lari tinggalkan abang yang ditarik. Terdiam sekejap abang duduk dalam wagon trolley tu, mujur Tiara patah balik. Semoga Tiara terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik okay!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mendidik anak di zaman ini sememangnya cukup mencabar. Mana lebih tepat, mahu berlembut dengan anak atau tegas tetapi anak memberontak. Payah bukan?
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, elakkan sama sekali Permissive Parenting kerana ia memburukkan keadaan anak. Jom ikuti perkongsian beliau.
Tolong jangan samakan ‘berlembut’ tu dengan Gentle Parenting. Gentle Parenting tak membesarkan manusia yang entitle. Sebab dalam Gentle Parenting masih ada ketegasan. Masih bergantung pada peraturan yang tegas.
Berlembut adalah Permissive Parenting. Terlalu berlembut dengan anak sampaikan takut untuk kecewakan anak. Biarkan anak buat sukati. Tanpa letak sempadan/ kawalan / peraturan.
Ya. Permissive parenting berisiko melahirkan anak yang perangai diva. Serba betul. Narsisistik. Dan rasa diri entitled.
5 kesalahan dalam mendidik anak
Sehingga berisiko melahirkan anak yang entitle.
1. Memberi apa saja yang anak inginkan
Tak salah nak gembirakan anak. Saya pun bagi aje. Takut jugak kalau tak bagi apa dia nak, anak belajar panjang tangan.
Cuma, kita beringat. Kita berpada. Terlalu banyak dapat benda yang diingini, lama-lama anak makin hilang rasa menghargai.
Terlalu memewahkan membuatkan anak melihat dunia dari aspek material semata-mata. Kalau boleh letakkan ini sebagai reward atas kerjasama anak yang baik selama ini. Bukan anak yang letak syarat sampai pandai mengugut kita.
2. Tak ada kawalan/ sempadan/ peraturan
Anak nak buat apa, buatlah. Asal bahagia. Asal tak menangis mengamuk. Itu yang paling utama. Sehingga mak ayah takut nak letak peraturan pada anak.
Anak yang begini pandai memanipulasi mak ayah dengan rajuk dan tangisnya. Tanpa peraturan yang jelas, anak tidak belajar untuk menghormati peraturan. Sampai besar dia rasa dia berhak buat apa saja.
3. Overprotective
Lawnmower parenting adalah antara ciri mak ayah yang overprotective. Terlalu takut anak susah dan gagal. Sampai mak ayah jadi tukang buatkan semua untuk anak-anak.
Kehidupan anak terlalu senang. Hasilnya, anak tak belajar untuk menghadapi cabaran dan belajar bersusah-susah sikit untuk capai sesuatu.
4. Tak diajar tanggungjawab
Anak perlu diajar untuk membantu kerja-kerja rumah. Supaya mereka belajar bekerjasama dan menyumbang tenaga dalam hidup bekeluarga.
Pun begitu, jangan sampai deligate kebanyakan kerja di rumah. Sampai anak hilang kehidupan kanak-kanak dia. Ada beza parentified kids dengan responsible kids.
5. Puji berlebihan untuk usaha anak yang sedikit
Anak akan lihat apa saja yang dibuatnya adalah sesuatu yang betul. Anak tak rasa mereka perlu berusaha. Sebab mereka tak belajar bahawa untuk dapat sesuatu, kita perlu berusaha keras.
Kelima-lima ciri ni sebenarnya adalah ciri-ciri mak ayah Permissive. Penting untuk kita jadi mak ayah yang bijak. Iaitu mak ayah penyayang dan berlembut. Tapi ada sempadan dan peraturan yang jelas.
Ini untuk ingatan saya sebagai ibu yang tak sempurna. Jangan biarkan anak-anak kita membesar dengan rasa entitled tanpa rasa tanggungjawab.
Dengan pendekatan yang seimbang, kita boleh membantu anak-anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan menghargai setiap usaha yang dilakukan.
Semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang memberi kasih sayang dengan penuh bijaksana.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak korang pening nak cari hadiah DIY untuk kawan? Kadang nak bagi benda mahal tak mampu, tapi nak bagi benda biasa pun rasa tak special. Sebenarnya, hadiah paling best bukan yang mahal pun, tapi yang kita buat sendiri dengan penuh kasih sayang! Jom tengok idea DIY yang confirm buat kawan senyum lebar!
Ambil kertas warna-warni, lipat dua dan tulis mesej rahsia khas untuk kawan. Boleh lukis kartun, tambah pelekat, atau letak glitter bagi nampak meriah. Lagi best kalau tulis ayat kelakar macam “Terima kasih sebab selalu kongsi makanan waktu rehat!” Kad buatan tangan ni nampak kecil, tapi sangat bermakna bila dibuat dengan kasih sayang.
Ni antara hadiah DIY untuk kawan yang paling famous! Ambil tali benang warna kegemaran korang berdua, anyam jadi gelang dan tambah manik huruf nama. Setiap kali dia tengok gelang tu, mesti teringat korang punya persahabatan!
Ambil kotak kecil dan hias luarannya dengan reben dan doodle. Bila buka, ada gambar kenangan, coklat mini, atau nota “Kau kawan paling cool dunia!”. Boleh guna semula kotak hadiah lama sebab lagi jimat dan kreatif! Hadiah ni memang simple tapi sangat comel.
Cari balang kosong, isi dengan kertas kecil bertulis kata semangat macam “You can do it!” atau “Jangan lupa senyum hari ni!”. Bila kawan rasa sedih, dia boleh ambil satu dan terus happy balik! Ini antara idea hadiah DIY untuk kawan yang murah tapi penuh makna.
Kumpul snek kegemaran kawan contoh macam Twisties, marshmallow, dan Milo cube. Masukkan dalam beg kecil warna pastel, tulis nota comel: “Jajan ni khas untuk bestie paling lapar masa rehat!”. Confirm dia suka! Hadiah simple tapi penuh kejutan manis!
Kalau nak hadiah yang tahan lama, tanam kaktus mini dalam pasu kecil. Hias dengan kad bertulis “Semoga persahabatan kita membesar macam pokok ni!”. Simple tapi bermakna! Ini idea hadiah DIY untuk kawan yang sesuai untuk mereka yang suka benda natural dan aesthetic.
Guna bingkai lama atau buat sendiri dari kotak tisu. Masukkan gambar korang berdua dan hias tepi dengan pelekat hati, emoji dan tulisan tangan. Letak atas meja belajar sebab tiap kali tengok, terus senyum. Hadiah sentimental ni memang buat kawan rasa dihargai!
Kalau nak lagi special, korang boleh gabungkan semua idea ni dalam satu “Bestie Box”! Letak gelang, coklat, nota dan gambar, barulah nampak wow!
Hadiah DIY untuk kawan paling bermakna bukan dari kedai mahal, tapi dari tangan dan hati kita sendiri. Jom cipta hadiah yang buat kawan rasa dihargai setiap hari!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Dihujung-hujung Ramadan ini pasti diantara kita yang sudah tidak berselera untuk makan nasi. Ramai memilih untuk makan mi segera ketika sahur.
Pun begitu menurut pakar, ia bukan satu tindakan yang bijak malah tidak disyorkan untuk semua.
Menurut pengamal perubatan Dr Yunita Indah Dewi, dari petikan sumber Detik Health, mi segera bukan menu makanan yang ideal. Hal ini kerana, makanan ini mempunyai kandungan serat dan protein yang rendah dan lemak yang tinggi.
Keadaan menjadi bertambah buruk lagi terutama kepada pesakit yang mengalami gangguan asid perut atau ulser. Mi segera boleh memburukkan keadaan kesihatan ketika berpuasa.
“Lebih baik tidak mengambil mi segera ketika bersahur kerana ia rendah serat dan protein, tetapi tinggi lemak.
“Bagi penghidap ulser, ini boleh meningkatkan risiko sakit menjadi lebih teruk ketika berpuasa,” katanya.
Sementara itu, menurut pakar pemakanan Dr Johanes C Chandrawinata, mi segera mempunyai kadar kalori yang tinggi yang mana dominannya ialah karbohidrat dan lemak.
Sementara yang paling sedikit ialah protein, sekali gus boleh meningkatkan risiko kenaikan berat badan sekiranya ia diambil terlalu kerap.
Bukan itu sahaja bahkan mi segera juga mempunyai kandungan garam yang tinggi. Kandungan garam yang tinggi boleh mencetuskan keinginan untuk kencing lebih kerap yang membawa kepada risiko dehidrasi dan mengganggu kelancaran ibadah puasa.
Ambil mi segera dengan cara sihat
Pun begitu, kedua-dua pakar menyarankan beberapa cara yang boleh mengurangkan risiko kesihatan untuk menikmatinya.
Paling penting, usahalah untuk menambah sayur-sayuran serta sumber protein dalam satu hidangan serta mengurangkan jumlah kuantiti mi segera itu agar tidak terlalu banyak.
Anda boleh juga menggantikan mi segera dengan mi shirataki. Mi shirataki adalah sejenis mi tradisional Jepun yang diperbuat daripada keladi konjac dan ia sesuai dijadikan alternatif kerana rendah kalori dan karbohidrat serta bebas gluten.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!