Generasi 80-an dan 90-an mesti tahu kisah seram ‘Hantu Lilin’ ini. Ianya pernah viral gara-gara sebuah keluarga terakam satu entiti seram dalam gambar yang mereka ambil di satu lokasi yang terletak di Johor Bahru.

Kisahnya berlaku apabila mereka datang beriadah di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada waktu malam untuk menikmati angin laut dan pemandangan.

Sebagai kenangan, mereka sekeluarga pun bergambar di hadapan air pancut yang terletak di tepi menara jam.

IKLAN

Apa yang mengejutkan, apabila filem kamera itu dicuci (pada waktu itu kamera digital masih belum digunakan lagi) terdapat imej seseorang yang tidak dikenali sedang memegang lilin.

IKLAN

Keluarga tersebut telah menghubungi salah sebuah akhbar terkenal di Malaysia. Setelah meneliti negatif filem gambar tersebut barulah wartawan akhbar tersebut percaya dan menerbitkan cerita itu.

IKLAN

Kisah HANTU LILIN ini menjadi tajuk utama akhbar dan memberi impak yang besar terhadap masyarakat Malaysia. Seluruh Malaysia hangat memperkatakan mengenai kewujudan makhluk ghaib ini.

Ianya berlanjutan hampir setahun sehinggalah kisah ini dilupakan. Malah makhluk itu tidak pernah lagi muncul selepas itu walaupun ada khabar angin mengatakan dia pernah menjumpai Hantu Lilin di kawasan lain namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.