Korang pernah rasa takut-takut nak menangis sebab malu pada kawan? Sebenarnya, menangis itu perkara biasa. Ia berlaku bila hati kita sedang penat dan perlukan rehat. Tak perlu malu pun!
Air Mata Bukan Datang Saja-Saja
Yang perlu korang tahu, air mata bukan keluar tanpa sebab. Bila kita sedih, kecewa atau takut, badan akan beri tindak balas.
Dari sudut sains, menangis membantu badan lepaskan hormon stres. Hormon ini buat kita rasa gelisah dan tidak tenang. Bila air mata keluar, badan mula rasa lebih lega dan tenang sedikit. Sebab itu lepas menangis, kita selalunya rasa lebih ringan di dada.
Menangis Bantu Otak dan Badan Tenang
Semasa menangis, pernafasan kita perlahan semula. Ini bantu jantung dan otak jadi lebih tenang.
Ads
Otak dapat rehat sekejap daripada perasaan yang kuat. Walaupun masalah belum selesai, badan rasa lebih baik.
Budak Kuat Berani Tunjuk Perasaan
Budak kuat bukan budak yang simpan semua perasaan. Budak kuat ialah budak yang berani cakap dia sedih dan perlukan bantuan.
Ads
Menangis bukan tanda lemah. Ia tanda kita jujur dengan diri sendiri.
Ads
Lepas Menangis, Kita Bangun Semula
Menangis bukan bermaksud kita kalah. Ia cuma berhenti sekejap untuk tarik nafas.
Lepas itu, kita lap air mata dan cuba lagi. Macam hujan yang turun, kemudian matahari muncul.
Kesimpulan
Tak apa menangis. Menangis baik untuk badan dan otak. Ia bantu lepaskan stres dan buat kita rasa lebih tenang.
Ingat satu perkara penting. Budak kuat pun boleh menangis.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Permainan Online Games sering diragui oleh ibu bapa kerana mempunyai anggapan buruk, terutamanya terhadap kanak-kanak. Namun, siapa sangka Online Games sebenarnya boleh memberi beberapa manfaat kepada kanak-kanak jika dimainkan dengan cara yang seimbang dan terkawal.
Walaupun terdapat kebimbangan mengenai kesan negatif seperti ketagihan dan pendedahan kepada kandungan yang tidak sesuai, terdapat juga beberapa manfaat positif yang boleh diperoleh daripada permainan ini. Berikut adalah antara manfaat utama yang perlu diketahui ibu bapa:
Banyak Online Games memerlukan pemain untuk berfikir secara kritikal dan menyelesaikan teka-teki atau cabaran. Permainan strategi dan permainan yang melibatkan perancangan seperti Minecraft atau Roblox boleh membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran membuat keputusan dan menyusun strategi dengan lebih baik.
Permainan dalam talian yang melibatkan pergerakan pantas atau pengawalan tepat seperti permainan tembak-menembak dan puzzle membantu melatih koordinasi mata dan tangan. Ini dapat memperbaiki kecekapan fizikal mereka dalam pelbagai aktiviti harian.
Banyak Online Games bersifat multi-pemain (multiplayer) di mana kanak-kanak berpeluang bekerjasama dengan pemain lain atau berkomunikasi dalam pasukan. Ia membantu mereka mempelajari kemahiran bekerjasama, berkomunikasi secara berkesan, dan bertoleransi dengan orang lain, walaupun berada di dunia maya.
Permainan seperti The Sims, Minecraft, atau Roblox membolehkan kanak-kanak membina dunia maya mereka sendiri, mereka bentuk bangunan, dan mencipta cerita. Ini meningkatkan kreativiti dan imaginasi mereka sambil belajar cara menguruskan sumber dan merancang dengan lebih baik.
Terdapat banyak Online Games berbentuk pendidikan yang direka untuk mengajar konsep seperti matematik, sains, bahasa, dan sejarah dalam bentuk yang menyeronokkan. Contohnya, permainan seperti Prodigy (matematik) atau Kahoot! (kuiz) menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif.
Bermain Online Games yang menyeronokkan dapat menjadi cara bagi kanak-kanak melepaskan tekanan dan berseronok selepas seharian belajar. Permainan yang melibatkan cabaran ringan atau aktiviti kreatif seperti teka-teki memberi rasa pencapaian yang boleh mengurangkan tekanan dan kebimbangan.
Walaupun terdapat banyak kebaikan, ibu bapa perlu peka terhadap beberapa cabaran yang boleh timbul daripada penggunaan Online Games yang berlebihan.
Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan ketagihan, di mana kanak-kanak mungkin mengabaikan tanggungjawab harian atau aktiviti fizikal penting.
Beberapa Online Games mungkin mengandungi kandungan yang tidak sesuai untuk usia kanak-kanak. Oleh itu, pengawasan ibu bapa amat penting dalam memilih permainan yang selamat dan sesuai.
Terlalu lama bermain tanpa rehat boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit mata, postur badan yang buruk, atau kekurangan aktiviti fizikal.
Online Games boleh membantu perkembangan kognitif dan sosial kanak-kanak jika digunakan dengan cara yang betul. Penting bagi ibu bapa untuk memastikan permainan yang dipilih sesuai dengan umur, diiringi pengawasan, serta tidak menggantikan aktiviti fizikal dan sosial yang penting untuk perkembangan menyeluruh mereka.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak mak ayah tegur, “Eh, asyik main game je. Tutup telefon tu!” Tapi sebenarnya, menurut perkongsian Dr Redza Zainol, anak main game bukan sebab nak degil. Selalunya sebab terlalu banyak masa lapang. Bila tak ada benda menarik nak dibuat, telefonlah jadi kawan paling rapat.
Jadi… apa kata kita isi masa dengan aktiviti yang lebih seronok?
Daripada duduk depan skrin, jom keluar hirup udara segar. Boleh main bola, berlari, joging atau apa saja yang buat badan berpeluh.
Bila badan aktif, hati pun rasa happy. Balik rumah, mesti letih manis!
Ini yang paling best. Bila mak ayah sama-sama beriadah dengan anak, hubungan jadi lebih rapat. Bukan anak je bergerak, mak ayah pun sihat!
Walaupun penat, luangkan masa ni sebab inilah momen yang anak akan ingat sampai besar.
Kalau ada peluang, korang pergilah ke kelas tambahan. Contohnya:
kelas karate
kelas berenang
kelas mengaji
Bila sibuk belajar benda baru, korang akan jadi lebih yakin dan rasa diri dia hebat. Tak sempat pun nak fikir pasal game.
Bila jadual harian dah penuh dengan aktiviti menarik, korang sendiri akan kurang minat nak main game.
Dr Redza sendiri pernah tanya anaknya, “Masih nak main game ke?”
Jawapannya, anak dah tak teruja macam dulu. Walaupun hujung minggu ada masa rehat, game bukan lagi keutamaan.
Bukan semua salah game. Kadang-kadang anak cuma perlukan aktiviti, perhatian dan masa bersama keluarga.
Bila hidup penuh dengan benda menyeronokkan, telefon pun boleh jadi benda kedua.
Jom sama-sama cipta hari yang lebih aktif dan ceria untuk anak-anak!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Fitrah anak-anak sememangnya suka bermain. Namun mak ayah perlu risau jika anak-anak memilih jenis permainan yang mereka suka terutamanya bila melibatkan permainan kotoran atau messy play.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, akak dibimbangi mempunyai masalah sensori sentuhan yang menyukarkan perkembangan anak.
Jadi mak ayah apa kata cuba permainan yang disyorkan oleh beliau terutama bila tiba musim cuti sekolah nanti.
Mak ayah patut risau bila:
– anak takut badan basah kena air
– takut pegang ais
– geli pegang pasir
– tak boleh makan makanan lembik
– takut pakai kasut
– asyik terjatuh dan cedera di rumah
Boleh jadi ini tanda-tanda anak ada masalah sensori sentuhan. Mujur ada aktiviti yang mak ayah boleh buat bersama anak supaya deria sentuhan ini sentiasa dirangsang.
Salah satunya ialah Finger Painting atau mewarna menggunakan jari dan tangan. Sambil rangsang deria anak, boleh juga kita perkenalkan warna-warna pada anak.
Anak umur 3 tahun selalunya dah tahu dua warna.
Umur 4 tahun dah tahu 3 jenis warna.
Umur 5 tahun dah tahu minima 4 warna.
6 Tip mewarna dengan jari (finger painting) dan rumah kekal bersih
Pakai baju khas
Boleh pakai apron comel beli dekat Daiso atau paling mudah sarung je T-Shirt mak ayah yang dah lusuh.
Buat aktiviti di luar rumah
Boleh buat di beranda atau porch. Yang penting bukan dalam rumah. Senang mak ayah nak kemas.
Alas dengan kain/kertas
Sebelum memulakan aktiviti, alas dengan kain yang lebar atau alas dengan surat khabar banyak-banyak. Dah habis main, boleh terus buang surat khabar tu.
Letak cat dalam mangkuk yang besar dan berasingan untuk setiap satu warna. Kalau pakai pallet, sekejap je dah terbalik pallet tu. Kalau pakai mangkuk anak boleh celup tangan dalam mangkuk tu.
Mood mak ayah dan anak yang gembira
Kalau anak tak gembira, bersedialah untuk situasi sepah yang berganda. Boleh jadi adegan budak baling mangkuk cat.
Mak ayah kena berlapang dada sebab ini dikira sebagai messy play. Memang akan bersepah ya.
Okay tip terakhir untuk buat aktiviti ni lagi bermakna.
Pada kertas lukisan anak, tampal double tape yang tulis nama anak. Lepas aktiviti selesai dan kertas dah kering, cabut tape tu dan akan terpampang nama anak pada lukisan tu.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!