Ads

Kenapa Kita Menguap Bila Mengantuk?

Pernah tak korang jadi macam ni? Tengah duduk diam dalam kelas, tiba-tiba mulut terbuka besar…“Haaammmm~”

Lepas tu kawan sebelah pun ikut menguap. Eh, kenapa ya badan kita suka buat macam ni bila mengantuk?

Kenapa Kita Menguap Bila Mengantuk?

Menguap Bukan Sebab Bosan

Ramai orang fikir menguap itu tanda bosan atau tak minat dengan apa yang berlaku sekeliling. Hakikatnya, tanggapan itu tidak sepenuhnya betul.

Menguap sebenarnya ialah salah satu cara badan kita berkomunikasi dengan otak. Ia berlaku secara semula jadi dan selalunya tanpa kita sedar.

Bila kita kurang tidur, terlalu penat, atau fokus terlalu lama, otak kita mula bekerja dengan kurang efisien. Pada waktu inilah badan menghantar isyarat tertentu untuk memastikan kita kekal sedar.

Salah satu isyarat itu ialah… menguap.

Apa Sebenarnya Berlaku Dalam Badan?

Korang tahu tak bila kita menguap, ada beberapa perkara berlaku serentak:

  • Mulut terbuka dengan luas
  • Tarik nafas lebih panjang daripada biasa
  • Banyak udara masuk ke paru-paru

Udara ini bantu sejukkan otak dan boleh buat mata segar walaupun sekejap. Walaupun tak lama, tapi cukup untuk bantu otak berfungsi dengan baik dalam tempoh singkat.

Ads

Sebab itulah lepas menguap, kita selalu rasa lega atau lebih segar walaupun hanya sekejap.

Kenapa Kita Menguap Bila Mengantuk?

Kenapa Kita Menguap Bila Mengantuk?

Soalan ini sering bermain di fikiran ramai orang. Jawapannya berkait rapat dengan keperluan badan untuk berehat.

Bila badan penat, sistem saraf menjadi perlahan. Menguap bantu rangsang semula otak supaya kita tak terus tertidur, lebih-lebih lagi waktu kita di sekolah.

Dalam erti kata lain, menguap ialah cubaan terakhir badan untuk kekal sedar sebelum ia benar-benar memerlukan tidur.

Ads

Kenapa Tengok Orang Menguap Pun Kita Ikut Menguap?

Ini bahagian paling menarik dan kelakar.

Pernah perasan, bila kita nampak orang lain menguap, tiba-tiba kita pun rasa nak ikut?

Ini berlaku kerana otak manusia sangat peka terhadap tingkah laku orang sekeliling. Ia berkait dengan empati dan kebolehan kita untuk “meniru” perasaan orang lain tanpa sedar.

Sebab itulah menguap dianggap sebagai satu perbuatan yang berjangkit, walaupun ia bukan penyakit.

Kenapa Kita Menguap Bila Mengantuk?

Ads

Menguap Selalu, Perlu Risau Ke?

Jika anda kerap menguap sepanjang hari, itu bukan bermaksud anda malas. Sebaliknya, ia mungkin tanda badan anda sedang keletihan.

Antara punca biasa termasuk:

  • Kurang tidur malam
  • Terlalu penat secara fizikal atau mental
  • Kurang rehat antara aktiviti

Badan kita sangat bijak. Ia tahu bila masa untuk bekerja dan bila masa untuk berhenti seketika.

Apa Yang Kita Boleh Buat Bila Asyik Mengantuk?

Daripada mengabaikan isyarat badan, lebih baik kita dengar dan bertindak.

Antara perkara mudah yang boleh dilakukan:

  • Tidur lawal dan cukup jam
  • Kurangkan guna telefon
  • Minum air cukup sepanjang hari
  • Rehat bila letih

Ingat, korang menguap tak salah pun tapi cara badan beritahu kita ia perlukan perhatian.

Jadi lain kali bila badan menguap, jangan marah atau malu. Dengarlah isyarat itu, kerana badan kita sebenarnya sedang menjaga kita dengan cara yang paling semula jadi.

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Bang Aji Dah Masuk Sekolah! Comelnya Rindu Ayah!

Bang Aji masuk sekolah mencuri perhatian ramai apabila detik rindukan ayah buat warganet tersenyum dan sebak melihat kejujuran hatinya.