![irving](https://cdn.bintangkecil.my/2024/04/irving.jpg)
Kisah ini membawa kita kepada kisah seorang anak bernama Irving, berusia tujuh tahun, yang ketagih bermain game di telefon pintar sehingga lupa waktu dan keadaan sekeliling.
Irving, yang asyik dengan dunia permainan digitalnya, tidak menyedari kehadiran sesuatu yang gelap mengintainya. Malam demi malam, tanpa disadari, kebiasaannya itu telah membuka pintu kepada makhluk lain untuk mengganggu tidurnya.
Momok dengan mata lebam yang menyeramkan, hasil dari ketagihan yang sama yang pernah dialami semasa hidup, mulai menampakkan diri, menunjukkan akibat buruk dari ketagihan berlebihan terhadap gadget dan game.
Cerita ini terjadi di sekitar malam yang dihantui oleh sosok dengan mata lebam, simbol dari ketidakseimbangan antara dunia nyata dan digital. Irving yang awalnya tidak peduli dengan keadaan sekitarnya, termasuk saat diajak berwudhu oleh keluarganya, akhirnya harus menghadapi akibat dari tindakannya.
Kehadiran momok ini bukan hanya sekedar untuk menakutkan, tetapi juga sebagai peringatan bahawa ada batas untuk segala hal, termasuk dalam penggunaan teknologi.
Pesan yang ingin disampaikan melalui kisah ini sangat jelas bahawa pentingnya menjaga keseimbangan dalam kehidupan. Bermain game boleh saja, tetapi tidak sampai mengganggu tanggungjawab kita sehari-hari.
Selain itu, kisah ini juga mengingatkan kita untuk tidak terlalu hanyut dalam dunia digital hingga lupa dengan dunia nyata yang penuh dengan tanggungjawab dan interaksi sosial yang baik.
Hari-Hari Minta Telur, Memang Bagus!
![](https://cdn.bintangkecil.my/2024/07/190747-04_25_343701.jpeg)
Anak mana yang tak suka makan telur. Tanpa ayam goreng, nasi berlaukkan telur pun anak melompat suka. Boleh bertambah makan nasi.
Telur bukan saja jadi kegemaran anak-anak tetapi pelbagai peringkat usia. Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata.
Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, telur sebagai sarapan pagi sangat-sangat digalakkan untuk kanak-kanak.
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meNingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.
Khasiat telur untuk anak:
Choline: Untuk perkembangan otak, fungsi dan memori
Folat: Menghasilkan dan mengekalkan sel darah merah
Zat besi: Menghantar oksigen pada sel
Lutein dan Zeaxanthin: Mengekalkan penglihatan yang baik dan menjaga mata dari sinaran UV berbahaya.
Niacin: Sistem saraf berfungsi dengan normal dan bantu melepaskan tenaga.
Lemak Omega-3: Memperbaiki kolesterol darah
Protein: Menguatkan badan
Vitamin A: Melindungi dari kanser
Vitamin B12: Melindungi jantung
Riboflavin: Membantu tisu badan kekal sihat
Vitamin D: Menguatkan tulang dan gigi
Vitamin E: Bertindak sebagai antioksidan
Zink: Menguatkan system imunasi.
Urhan Seronok Jumpa Baby Baru!
![](https://cdn.bintangkecil.my/2024/05/res-8.jpg)
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat bersalin anak keduanya pada 17 Mei yang lalu. Dia melalui kelahiran secara pembedahan di atas saranan doktor kerana mengalami masalah jantung. Isteri kepada Raja Syahiran ini turut berkongsi tentang kelahiran kali kedua ini adalah dua minggu awal dari due date yang sebenar.
Semalam, Uyaina telah memuatnaik sebuah video di media sosial berkongsi detik-detik indah pertama kali anak sulungnya, Raja Urhan, berjumpa dengan adik. Dapat dilihat Urhan sangat teruja dan seperti tidak percaya yang adiknya telah lahir dan boleh disentuh.
Didalam video tersebut, Urhan dibawa oleh Baba untuk berjumpa dengan Mama dan adiknya. Ketika masuk ke bilik, dia seakan-akan terkejut tetapi tidak lama selepas itu Urhan terus naik ke katil untuk memegang dan mencium adiknya.
Tonton video ini;
Di penghujung video, Urhan memegang gambar adiknya sambil memberitahu bahawa dia gembira. Biarpun baru saja berusia sekitar dua tahun, namun sudah jelas kelihatan kasih sayang seorang abang terhadap adiknya.
Biarpun video tersebut berdurasi singkat tetapi tetap menyentuh hati mereka yang menonton. Rata-rata turut berkongsi pengalaman mereka selain melahirkan rasa sebak menonton video Uyaina ini. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat Uyaina sekeluarga di atas kelahiran putera yang kedua ini. Tahniah!
Untung Anak Suka Berenang, Banyak Kelebihannya!
![](https://cdn.bintangkecil.my/2024/06/123997-18_09_785782.jpeg)
Pantang nampak! Anak-anak mana yang tidak suka main air. Bila sudah mandi manda, jawabnya susah hendak naik. Terpaksalah ibu menunggu berjam-jam lamanya.
Bermain air dan berenang sebenarnya dapat memberi keseronokkan kepada mereka kerana air bersifat terapeutik yang menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan dikalangan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, aktiviti air seperti berenang juga dapat membantu anak anda untuk jadi lebih berani dan yakin diri. Berenang merupakan salah satu bentuk aktiviti yang sangat penting bagi kecerdasan sekaligus ia dapat merangsang keberanian si kecil. Malah dengan berenang juga dapat melatih otot-otot fizikal anak anda untuk lebih mantap.
Berenang lazimnya melibatkan rangsangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Aktiviti ini perlu dilakukan bersama tenaga pengajar untuk menjamin keselamatan anak anda.
Peralatan untuk berenang seperti pelampung dan pakaian renang yang sesuai juga penting supaya anak dapat bergerak dengan selesa.
Lima kebaikan berenang
- Menghilangkan rasa takut pada air
Ramai kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, jadi sebaiknya anda perkenalkan aktiviti sebegini sejak usia dini anak-anak supaya mereka lebih berani untuk mencuba aktiviti di dalam air.
- Keseronokkan baru
Bermain tidak semestinya di bilik atau taman sahaja. Kolam renang juga boleh menjadi tempat untuk anda bermain dengan gembira.
- Merangsang gerakan motor kasar
Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan pertumbuhan badannya meningkat. Dengan kata lain kompenan badan kanak-kanak akan terlatih dengan aktiviti renang kerana semua anggota badan bergerak mulai dari kaki, tangan hingga kepala walaupun Teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.
- Pupuk rasa berani dan yakin diri
Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang, mereka dapat menggerakkan anggota badan mereka dengan sendiri. Aktiviti sebegini pastinya memerlukan keberanian buat si kecil anda. Berikan kata-kata semangat agar mereka dapat lakukan dengan baik tanpa rasa takut.
- Hubungan sosial
Berenang bersama orang ramai akan membuatkan hubungan sosial si kecil anda berkembang dengan lebih baik. Dengan aktiviti renang, si kecil bakal mendapat teman baru. Cara ini dapat membantu mereka untuk lebih yakin diri bagi berhadapan dengan orang ramai. Ia juga secara tidak langsung mempengaruhi psikologinya untuk berani berenang.
5 tip keselamatan semasa aktiviti bermain air atau berenang
- Pastikan air yang digunakan untuk aktiviti main air adalah bersih, tidak berbau dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Air juga perlu dipastikan sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jentik-jentik yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.
- Pakaian yang sesuai. Pakai pakaian mandi yang sesuai dan selesa ketika aktiviti air. Elakkan pakaian yang boleh menghadkan pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti air bagi mengelak risiko berlaku kemalangan.
- Peralatan aktiviti air yang selamat
Pastikan peralatan seperti pelampung, goggle dan sebagainya berada dalam keadaan bersih, tahan lama dan tidak berkarat serta tajam. Ia penting supaya anak-anak dapat meneroka dengan selamat di dalam air.
- Kedalaman air yang sesuai
Berenang juga boleh dilakukan di rumah menggunakan kolam plastik. Pastikan kedalaman air yang digunakan tidak terlalu dalam dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
- Pemantauan orang dewasa
Ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa main air. Elakkan membiarkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan sebaya tanpa pemantauan.
Jelaskan pada kanak-kanak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini.