![Copy of Untitled Design](https://cdn.bintangkecil.my/2024/04/Copy-of-Untitled-Design-696x365.jpg)
Kisah teladan Semut dan Merpati ini menceritakan tentang persahabatan dan bantuan timbal balik antara semut dan merpati.
Pada suatu hari, seekor semut terjatuh ke dalam sungai saat sedang minum air di tebing sungai.
Kejadian ini diperhatikan oleh seekor merpati yang berada di atas pokok. Merpati itu dengan cepat memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke dalam air untuk membantu semut tersebut.
Semut itu pun berhasil menaiki daun tersebut dan hanyut ke tebing sungai. Semut mengucapkan terima kasih kepada merpati atas bantuan yang diberikan.
Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang untuk memburu burung di kawasan tersebut.
Ketika pemburu itu menyasarkan merpati, semut yang pernah ditolong oleh merpati itu melihatnya dan dengan beraninya semut itu menggigit kaki pemburu tersebut, membuat pemburu itu kesakitan dan terganggu, sehingga merpati itu berhasil lari dari bahaya.
Kisah ini mengajarkan tentang pentingnya berbuat baik kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. Balasan baik akan kembali kepada kita pada waktu yang tidak terduga. Cerita ini juga menekankan nilai persahabatan dan saling membantu antara satu sama lain.
Untung Anak Suka Berenang, Banyak Kelebihannya!
![](https://cdn.bintangkecil.my/2024/06/123997-18_09_785782.jpeg)
Pantang nampak! Anak-anak mana yang tidak suka main air. Bila sudah mandi manda, jawabnya susah hendak naik. Terpaksalah ibu menunggu berjam-jam lamanya.
Bermain air dan berenang sebenarnya dapat memberi keseronokkan kepada mereka kerana air bersifat terapeutik yang menjadi terapi ketenangan, menghilangkan tekanan serta kebosanan dikalangan kanak-kanak.
Bukan itu sahaja, aktiviti air seperti berenang juga dapat membantu anak anda untuk jadi lebih berani dan yakin diri. Berenang merupakan salah satu bentuk aktiviti yang sangat penting bagi kecerdasan sekaligus ia dapat merangsang keberanian si kecil. Malah dengan berenang juga dapat melatih otot-otot fizikal anak anda untuk lebih mantap.
Berenang lazimnya melibatkan rangsangan pada otot-otot bahagian gerakan tubuh dan pernafasan. Aktiviti ini perlu dilakukan bersama tenaga pengajar untuk menjamin keselamatan anak anda.
Peralatan untuk berenang seperti pelampung dan pakaian renang yang sesuai juga penting supaya anak dapat bergerak dengan selesa.
Lima kebaikan berenang
- Menghilangkan rasa takut pada air
Ramai kanak-kanak tidak mahu berenang kerana takut air, jadi sebaiknya anda perkenalkan aktiviti sebegini sejak usia dini anak-anak supaya mereka lebih berani untuk mencuba aktiviti di dalam air.
- Keseronokkan baru
Bermain tidak semestinya di bilik atau taman sahaja. Kolam renang juga boleh menjadi tempat untuk anda bermain dengan gembira.
- Merangsang gerakan motor kasar
Dengan bermain air, otot-otot anak anda berkembang dan pertumbuhan badannya meningkat. Dengan kata lain kompenan badan kanak-kanak akan terlatih dengan aktiviti renang kerana semua anggota badan bergerak mulai dari kaki, tangan hingga kepala walaupun Teknik gerakan mungkin belum cukup sempurna.
- Pupuk rasa berani dan yakin diri
Berenang mendorong anak menjadi lebih berani, yakin diri dan memiliki rasa percaya diri yang tinggi. Ketika berenang, mereka dapat menggerakkan anggota badan mereka dengan sendiri. Aktiviti sebegini pastinya memerlukan keberanian buat si kecil anda. Berikan kata-kata semangat agar mereka dapat lakukan dengan baik tanpa rasa takut.
- Hubungan sosial
Berenang bersama orang ramai akan membuatkan hubungan sosial si kecil anda berkembang dengan lebih baik. Dengan aktiviti renang, si kecil bakal mendapat teman baru. Cara ini dapat membantu mereka untuk lebih yakin diri bagi berhadapan dengan orang ramai. Ia juga secara tidak langsung mempengaruhi psikologinya untuk berani berenang.
5 tip keselamatan semasa aktiviti bermain air atau berenang
- Pastikan air yang digunakan untuk aktiviti main air adalah bersih, tidak berbau dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak. Air juga perlu dipastikan sentiasa bertutup jika tidak digunakan bagi mengelak kehadiran jentik-jentik yang boleh menjejaskan kesihatan kanak-kanak.
- Pakaian yang sesuai. Pakai pakaian mandi yang sesuai dan selesa ketika aktiviti air. Elakkan pakaian yang boleh menghadkan pergerakan kanak-kanak semasa aktiviti air bagi mengelak risiko berlaku kemalangan.
- Peralatan aktiviti air yang selamat
Pastikan peralatan seperti pelampung, goggle dan sebagainya berada dalam keadaan bersih, tahan lama dan tidak berkarat serta tajam. Ia penting supaya anak-anak dapat meneroka dengan selamat di dalam air.
- Kedalaman air yang sesuai
Berenang juga boleh dilakukan di rumah menggunakan kolam plastik. Pastikan kedalaman air yang digunakan tidak terlalu dalam dan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.
- Pemantauan orang dewasa
Ibu bapa perlu memantau aktiviti kanak-kanak semasa main air. Elakkan membiarkan kanak-kanak bersendirian atau membiarkan mereka bermain sesama rakan sebaya tanpa pemantauan.
Jelaskan pada kanak-kanak peraturan dan prosedur semasa bermain air dengan menggunakan arahan yang mudah difahami seperti mengingatkan mereka supaya beratur sebelum masuk ke kolam renang, tidak menolak kawan dan membaling pelampung bagi mengelak kemalangan yang tidak diingini.
Jangan Tanya Soalan Tak Senonoh & Pelik-Pelik Pada Kanak-Kanak!
![](https://cdn.bintangkecil.my/2024/06/age-by-age-guide-to-getting-your-kid-to-talk-1280x960-1024x576-1504636967-1.jpg)
Benar dan tepat sekali! Terkadang kita tak perasan cara dan percakapan kita untuk memulakan komunikasi bersama anak kecil jauh tersimpang hinggakan bertanyakan soalan tak sepatutnya.
Banyak lagi cara dan soalan yang lebih baik boleh ditanyakan pada anak-anak kecil ketika memulakan bicara. Orang ramai patut peka dengan hal ini.
Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi media sosialnya. Bertindaklah prihatin dengan anak-anak orang lain.
Antara soalan tak senonoh dan tak berfaedah di tanya kepada kanak-kanak. Elakkan la soalan begini walaupun untuk secebis content.
1. Ada boyfriend tak?
2. Siapa nama girlfriend?
3. Dekat sekolah ada crush?
4. Ada kawan lelaki yang hensem?
5. Cantik tak kawan perempuan sekolah?
6. Ada suka sesiapa kat sekolah?
7. Pernah jatuh cinta?
Macam dah tak ada benda lain nak borak dengan budak budak, soalan macam ni di tanya.
Tak ada faedah soalan begini, seolah olah kita mengalakkan pulak mereka buat perkara begini.
Hal ini turut disokong oleh segelintir ibu bapa yang tidak senang hati dengan persoalan yang nampak remeh tetapi memburukkan minda anak kecil kita.
Jadi bertimbang rasa dan jadi insan yang lebih baik dengan anak kecil. Cakaplah yang baik-baik dengan mereka. Biar minda mereka terjaga dari pertanyaan yang kurang memberi ilmu.
DIGANGGU KAK PONTI WAKTU NAK NGAJI
![](https://cdn.bintangkecil.my/2024/04/kak-ponti.jpg)
Kisah ini bermula dari sekelompok kanak-kanak yang berkumpul untuk mengaji bersama, sebuah aktiviti harian yang penuh dengan ketenangan dan kedamaian. Namun, malam itu tidak seperti biasa ada sesuatu yang berbeda, sesuatu yang tidak terduga menunggu mereka.
Di sebuah kampung, di mana lampu-lampu hanya menerangi sebahagian jalan, dan cerita-cerita lama tentang hantu dan makhluk halus masih menjadi topik perbicaraan, kanak-kanak ini bertekad untuk melanjutkan kegiatan mengaji mereka, walaupun ada desas-desus tentang kehadiran Kak Ponti, hantu yang dikenali suka mengganggu penduduk.
Pada malam itu mereka merasakan ada yang berbeda. Suara-suara aneh terdengar, dan bayangan-bayangan misteri terlihat mengintai dari kejauhan.
Namun, dengan keberanian yang mereka kumpulkan, mereka tetap melangkah menuju tempat mengaji supaya tidak membiarkan apa pun menghalangi mereka.
Cerita ini tidak hanya sekedar tentang kejadian paranormal yang mereka alami, tetapi juga tentang persahabatan, keberanian, dan keteguhan hati dalam menghadapi rasa takut dan ketidakpastian, mereka menemukan kekuatan dalam diri dan dalam sokongan satu sama lain.
Kisah ini mengajarkan kita tentang pentingnya keberanian dan persahabatan dalam menghadapi rintangan, bahkan ketika rintangan itu datang dalam bentuk yang tidak kita mengerti.
Kisah “Diganggu Kak Ponti Waktu Nak Ngaji” adalah peringatan bahawa, dalam kegelapan dan ketidakpastian, cahaya kebersamaan dan keberanian akan selalu menerangi jalan kita.