Durian sebenarnya cukup banyak kelebihannya dan paling mak ayah perlu tahu, durian boleh membantu stabilkan mood anak dan mudahkan anak untuk tidur.
Bukan hanya baik untuk anak-anak kecil, bahkan banyak juga kelebihan untuk ibu menyusu. Baca kelebihan duit buat anak dan ibu menyusu, seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Durian boleh bantu stabilkan mood dan mudahkan anak tidur tau. Jomlah kenalkan durian dengan anak-anak.
Dalam durian ada tryptophan. Penting untuk beberapa fungsi utama dalam badan. Waktu proses penghadaman berlaku, tryptophan akan bertukar kepada serotonin, yang mana akan bantu stabilkan mood dan tenangkan perasaan kita.
Tryptophan juga ditukarkan kepada melatonin. Hormon penting untuk kawal tidur dan buatkan kita cepat mengantuk.
Ads
Korang perasan tak, kalau ibu menyusu makan durian, mesti meriah kan susu. Sebab terlebih gembira lah tu, hormon serotonin beriya keluar. Ibu happy, susu pun banyak, anak pun seronok.
Durian tinggi dengan lemak baik jugak tau. Lemak tak tepu yang bagus untuk jantung dan saluran darah. Durian takde kolesterol ya, betulkan salah faham kita. Tumbuhan tak pernah ada kolesterol pun.
Ads
Durian pun bagus untuk imuniti anak. Ada kandungan vitamin C dan antioksida, bagus untuk lawan radikal bebas dan bantu support imuniti melawan jangkitan bakteria dan virus.
Cuma durian ni, tinggi gula semulajadi. Yang ada kencing manis, stabilkan duli kencing manis sampai dah tak perlu makan ubat, barulah boleh cari durian nanti.
Durian jugak ada kandungan sulfur. Yang mana bukan semua sesuai makan durian.
Ads
* Kembung perut. * Muntah. * Serangan asthma. * Sakit kepala. * Gatal-gatal.
Kalau korang ada simptom ni bila makan durian, elakkan dulu durian k. Betulkan perut. Tinggalkan makanan proses, banyakkan ambil real food. Ambil banyak makanan tinggi vitamin C dan antioksida yang lain.
Yang takde masalah macam ni, teruslah makan dengan senang hati. Tak selalu kan dapat nikmat makan durian. Ajar anak makan sekali tau.
Kita cuba sama-sama ya, banyakkan real food dan kurangkan proses food pada anak-anak dan keluarga.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ di seluruh Malaysia sempena cuti sekolah dan persiapan sesi persekolahan 2025 yang diadakan sebanyak 243 kali di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali, berkata program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan sekolah pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus di pasar raya dan pusat beli-belah terpilih.
“Saya berharap inisiatif ini dapat membantu ibu bapa menjimatkan perbelanjaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak,” katanya dalam hantaran di Facebook petang semalam.
Menurut Armizan, jualan ini meliputi pelbagai barangan seperti pakaian sekolah, pakaian kokurikulum, kasut, alat tulis dan keperluan lain yang boleh diperoleh pada harga lebih berpatutan.
Berikut merupakan info grafik lokasi bagi Perlis dan Putrajaya sepanjang bulan Febuari untuk Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ tahun ini mengikut negeri.
Perlis
Putrajaya
Manakala negeri-negeri lain adalah seperti berikut:
Anak kecil selalu dilihat menghisap jari dan kadang kala perbuatan tersebut membuatkan kita sebagai ibu bapa rasa tidak selesa.
Menurut perkongsian Puan Uswatun, Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, sebenarnya diusia anak 0-2 tahun, menghisap jari merupakan aktiviti menenangkan diri selain melatih otot mulut anak untuk bersedia menerima makanan.
Saintis menggelarkan hisap jari sebagai ‘sofisticated calming tool'(skil bertenang yang canggih):
✔ Kerana pada saat bayi mula pandai hisap jari dan menikmati perbuatan itu, bayi telah mempunyai satu kemahiran menenangkan diri sendiri yang dibuat tanpa perlu bantuan ibu atau alat.
✔ Kerana pandai hisap jari ini memerlukan kemahiran kawalan otot bukan saja untuk membawa tangan ke mulut tetapi juga untuk kekalkan jari di dalam mulut. Maksudnya, untuk pandai hisap jari, ia perlukan otak + otot bayi untuk berkerjasama menjayakannya.
Ha, canggih kan?
So, siapa kata hisap jari tak elok❓❎
Bayi menghisap jari sejak di dalam rahim. Setelah lahir, jari sudah tak lagi ada di depan muka anak kerana anak tak lagi duduk berlipat (fetal positioning) seperti di dalam perut.
Selepas dilahirkan, jari sudah berada jauh dari anak. Pada bulan-bulan awal kelahiran, anak berusaha keras mendapatkan kembali skil hisap jarinya. Bayi biasanya akan menghisap jari pada usianya 2 bulan.
Mak ayah perlu risau jika:
Perlu risau jika anak masih hisap jari melebihi usia dua tahun kerana pembentukan gigi kekal sudah mula berlaku.
Hisapan ekstrem boleh ubah bentuk pertumbuhan rahang dan cara susunan gigi tumbuh.
Kem Solat Bintang Kecil 2025 yang berlangsung pada Sabtu lalu dengan jayanya ternyata dapat memberikan ilmu yang cukup bermanfaat kepada kesemua pesertanya.
Peserta seramai 200 orang terlebih dahulu berkumpul seawal jam 7 30 pagi untuk memulakan sesi pengajaran solat mereka.
Kem Solat yang diadakan setiap tahun ini menghimpunkan para peserta yang terdiri dari kanak-kanak berusia 4-12 tahun.
Selain peserta individu, Kem Solat Bintang Kecil ini juga turut disertai oleh beberapa buah tadika. Antaranya termasuklah Tadika Potensi Si Cilik, Tadika Nur Qalam, Taska Kasih Tok Abah, Tadika Impian Bestari dan Bestari Edukid Centre Management.
Kem solat kali ini dipimpin oleh Penolong Pengarah Kanan, Masjid Negara, Ustaz Hassan AlFadhli Abdul Rahman yang turut berkongsi kelebihan bersolat dan tata tertib solat.
Kemudian disusuli pula dengan Imam Muda Nasir yang turut berkongsi bacaan surah serta kelebihan berpuasa bersama para peserta cilik.
Tidak hanya sesi kuliah dan praktikal bahkan turut diadakan kuiz bagi menarik perhatian peserta cilik.
Peserta tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya turut disediakan cenderamata untuk dibawa pula.
Kem Solat ini tambah menarik apabila turut mendapat sokongan daripada ibu bapa peserta yang turut sama menemani hingga selesai kem sekitar jam 12 tengah hari.
Ucapan penghargan diberikan kepada Masjid Negara Malaysia yang menerima kunjungan Bintang Kecil bersama lebih 200 peserta untuk menuntut ilmu. Juga @MyKitchenPartner
yang berkongsi hidangan dan juadah menarik sepanjang kem solat ini.
Semoga Kem Solat Bintang Kecil 2025 ini memberikan ilmu yang berguna untuk anak-anak kecil ini menjadi insan yang lebih cemerlang di masa hadapan.
Kisah inspirasi Hayla usahawan cilik, anak Wawa Zainal yang berjaya menjual kek batik RM100K pada usia 10 tahun. Semangat, sokongan keluarga dan usaha gigih menjadikannya contoh terbaik kanak-kanak berniaga.