Depresi pada kanak-kanak apabila mereka menghadapi emosi yang dimana mereka sedih, tertekan, atau kehilangan minat secara berpanjangan, yang akan menjejaskan aktiviti mereka.
Tanda-tandanya termasuk perubahan emosi seperti mudah marah atau sedih, hilang minat dalam aktiviti yang disukai, masalah tidur atau selera makan, penurunan prestasi akademik, keletihan, perasaan rendah diri, dan cenderung mengasingkan diri.
Depresi boleh berpunca daripada pelbagai faktor, seperti tekanan sosial, masalah keluarga, atau faktor biologi, dan memerlukan perhatian serta sokongan yang tepat dari ibu bapa atau penjaga. Jadi, sebagai ibu bapa perlu melakukan sesuatu sebagai solusi untuk mengelakkan berlakunya depresi ini terhadap anak-anak.
Berikut 5 cara untuk menangani depresi terhadap anak-anak:
1. Komunikasi Terbuka: Ajak anak untuk berbicara tentang perasaannya. Berikan ruang yang selesa supaya mereka dapat meluahkan apa yang sedang mereka alami tanpa rasa takut atau rasa malu.
2. Perhatikan Tanda-Tanda: Tanda-tanda depresi mungkin berbeza antara kanak-kanak dan orang dewasa. Ini boleh termasuk perubahan dalam corak tidur, selera makan, minat dalam aktiviti, atau prestasi akademik. Anak yang biasanya ceria mungkin tiba-tiba menjadi pendiam atau cepat marah.
3. Berikan Sokongan Emosi: Tunjukkan bahawa anda memahami perasaan anak dan sentiasa ada untuk mereka. Sokongan moral ini boleh membantu mereka merasa lebih dihargai dan difahami.
4. Rutin yang Sihat: Pastikan anak mempunyai rutin harian yang melibatkan aktiviti fizikal, waktu tidur yang cukup, dan diet seimbang. Aktiviti seperti bersenam atau bermain boleh membantu melepaskan stres dan meningkatkan mood.
5. Kurangkan Tekanan Akademik: Beri tekanan yang realistik terhadap prestasi akademik mereka. Tekanan berlebihan boleh menambah beban emosi anak.
Ibu bapa perlu menumpukan perhatian lebih kepada anak-anak agar tidak mereka tidak cenderung ke depresi. Malah, anak-anak ini juga sukar untuk meluahkan perasaan mereka apabila kian meningkat remaja.