Kamu suka makan sayur tak? Kadang-kadang bila nampak sayur atas pinggan, mesti rasa macam, “Eee… tak sedaplah!” Tapi tahu tak, khasiat sayur sebenarnya penuh kuasa ajaib untuk otak dan badan kamu!
Jom tengok sayur mana yang paling power untuk buat kamu jadi lebih bijak dan sihat. Bila kamu tahu rahsia khasiat sayur, mesti kamu akan lebih suka makan sayur lepas ni!
Brokoli, Superhero Otak!
Brokoli ni macam topi pelindung otak kamu! Ia kaya dengan vitamin K dan antioksidan yang bantu kamu lebih fokus masa belajar dan jaga sel otak supaya tak cepat rosak. Sebab itulah brokoli antara sayur terbaik kalau nak manfaatkan khasiat sayur sepenuhnya.
Lobak Merah Untuk Mata & Ingatan!
Si oren comel ni tinggi beta-karoten. Ia bantu mata kamu nampak lebih jelas dan kuatkan ingatan supaya kamu mudah ingat pelajaran di sekolah. Lagi banyak warna dalam pinggan, lagi banyak khasiat sayur yang badan kamu dapat!
Jagung Tenaga Si Bijak!
Jagung ada vitamin B kompleks yang beri tenaga kepada otak kamu. Jadi kamu boleh belajar dengan lebih semangat dan tak cepat mengantuk! Selain itu, jagung juga bantu jantung kamu kekal sihat — satu lagi kelebihan daripada khasiat sayur yang ramai tak tahu.
Ads
Bayam Si Hijau Penuh Tenaga!
Bayam kaya dengan zat besi yang bantu bawa oksigen ke otak kamu. Bila cukup oksigen, kamu jadi lebih fokus dan bertenaga sepanjang hari. Bayam juga bantu kulit kamu nampak lebih segar — bukti betapa pentingnya khasiat sayur dalam kehidupan seharian.
Tomato Si Merah Hebat!
Tomato kecil tapi hebat! Ia ada likopen, sejenis antioksidan yang bantu lindungi otak kamu daripada stres dan buat kamu rasa lebih tenang dan gembira. Bila kamu makan tomato selalu, badan kamu akan lebih kuat melawan penyakit kerana likopen antara khasiat sayur paling hebat!
Ads
Kenapa Sayur Boleh Elak Kamu Mudah Demam?
Kalau kamu cepat demam atau batuk, mungkin badan kamu perlukan lebih vitamin dan tenaga. Khasiat sayur boleh bantu kuatkan pertahanan badan supaya kamu tak mudah jatuh sakit!
Vitamin C Tinggi, Badan Kuat!
Sayur seperti brokoli, bayam dan tomato bantu tubuh kamu lawan virus dan bakteria. Bila imun kuat, kamu boleh main dan belajar tanpa risau.
Ads
Antioksidan Lawan Kuman!
Lobak merah dan ubi keledek melindungi sel badan kamu supaya tak mudah rosak. Jadi, kamu kuranglah demam berulang kali.
Serat Tinggi vs Usus Sihat!
Bayam, sawi dan kubis bantu pencernaan kamu. Bila perut sihat, badan pun senang serap vitamin dan tenaga dari makanan. Itu semua hasil daripada khasiat sayur yang menakjubkan.
Zat Besi & Tenaga!
Jagung dan kacang buncis bantu kamu rasa lebih bertenaga dan tak cepat letih. Bila cukup tenaga, kamu boleh terus aktif sepanjang hari!
Rahsia Warna-Warni Sayur
Setiap warna sayur ada kuasa berbeza! Sayur hijau untuk tenaga, sayur merah untuk jantung, sayur oren untuk mata, dan sayur kuning untuk imun badan. Lagi berwarna-warni sayur dalam pinggan kamu, lagi banyak khasiat sayur yang kamu dapat setiap hari.
Kesimpulan: Makan Sayur, Jadi Superhero Sihat!
Jadi, kalau nak jadi kuat, bijak dan ceria, pastikan kamu makan sayur setiap hari! Ingat, khasiat sayur bukan sahaja buat badan kamu sihat tapi juga bantu kamu kekal gembira dan bersemangat sepanjang hari!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Menegur anak misalnya perlukan cara yang bersesuaian dengan umur anak supaya arahan lebih senang diterima anak-anak. Ini yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim. Ikuti perkongsian beliau.
Ajar common sense, lepas sepah suruh kemas. Haih, bukan tak nak ajar tapi belum sampai waktunya.
Meh saya kongsi sikit kenapa nak mendidik anak ni ada fasa fasa dia, tak boleh gelojoh semua nak ajar daripada kecik.
1. Ajak
Fasa mengajak. Kanak-kanak ribena, belum masuk fasa mumayyiz, akal pun tak ada lagi. Bukan tak boleh ajar tapi dia tak faham & tak ready.
Sebaiknya masa ni kita banyak mengajak dia mengemas. Meh kemas sama-sama. Meh tolong ibu kemas, meh susun balik mainan ni.
2. Ajar
Fasa mengajar kena ada hemah & hikmah. Mula usia 5 tahun anak dah mula ada akal rasional sikit, boleh dah ajar life skils kemas kemas ni.
Mainan ni lepas main kena kemas, supaya tak hilang, kang ayah terpijak rosak pulak nanti.. contoh dialog dengan anak.
3. Arah
Dah tunjuk contoh. Dah ajar secara rasional. Baru la masuk fasa kita nak bertegas. Seeloknya selepas anak dah mumayyiz la ya.
Lebih baik, buat house rules. Latih anak ikut peraturan, bukan kemas mainan sahaja tapi ada house chores tertentu yang memang anak perlu buat setiap hari. Kemas mengemas ni remeh je tapi common sense & kemahiran hidup itu paling utama.
Tak apa la sepah sikit sikit apa ada hal. Terlajak sepah, boleh kemas lagi. Tapi terlajak kata-kata tak elok, eh boleh merentan tak sudah nanti.
Wallahu a’la
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi bersuara lantang, Adira Suhaimi mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan hanya berbaju kaftan ketika menaiki penerbangan bersama anak sulungnya, Anggerik.
Bahkan Adira dan Anggerik dilihat cukup selesa dan santai bersama anaknya menaiki penerbangan tanpa terikat dengan pemakaian yang sarat dan bergaya. Tidak hairanlah dipuji wargamaya.
“Geng baju kelawar kumpul sini,” tulisnya menerusi kapsyen.
Aksi comel dua beranak itu yang mengenakan baju kaftan berwarna biru lembut dan hijau itu sudah semestinya menerima pujian tidak hairan juga yang meninggalkan pelbagai komen.
Adira dan anaknya juga sempat mengabadikan kenangan di lapangan terbang dalam pelbagai gaya untuk dijadikan kenangan menerusi Instagram mereka. Memang sempoi dan comel.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pada 19-20 Ogos yang lalu, telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini.
Pada 19-20 Ogos yang lalu, telah berlangsung BK Mini Fest 2023 di Plaza Shah Alam yang dijayakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan disokong oleh Karihome bagi acara dua hari ini.
Tahun ini merupakan kali kedua BK Mini Fest dianjurkan. Kemeriahan dapat disaksikan sepanjang BK Mini Fest 2023 di mana acara ini telah menghimpunkan lebih 2000 orang kanak-kanak!
Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTN
Bagi memulakan BK Mini Fest 2023, acara pertama yang diadakan adalah Himpunan Unit Beruniform Mega X PTPTN yang melibatkan lima buah sekolah sekitar Shah Alam menghantar wakil untuk perbarisan serta pertandingan Haka. Setiap sekolah melibatkan 50 orang murid yang mewakili badan beruniform pilihan mereka.
Badan beruniform yang terlibat adalah Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dari SK Bandar Anggerik, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) dari SK Bandar Anggerik, Pandu Puteri Tunas dari SK Padang Jawa, Pengakap dari SK Seksyen 19 serta Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dari SK Seksyen 9.
Perbarisan mereka telah diiringi oleh pancaragam SMK Kepong dan kesemua peserta telah memaparkan semangat juang dengan formasi kawad kaki menarik serta gimik tersendiri untuk memikat hati juri. Selesai pertandingan kawad kaki, kesemua pasukan diminta untuk menghantar 10 orang wakil mewakili badan beruniform mereka untuk mempersembahkan Hakka. Ternyata kesemua peserta sangat bersemangat dan bersungguh-sungguh bagi merebut gelaran juara untuk pertandingan ini.
Tahniah buat badan beruniform BSMM dari SK Seksyen 9 yang telah menjuarai pertandingan perbarisan serta TKRS dari SK Bandar Anggerik yang berjaya merangkul kemenangan bagi kategori Hakka.
Perasmian BK Mini Fest Meriah
Menariknya acara Himpunan Badan Beruniform Mega X PTPTN ini kerana turut diserikan dengan kehadiran Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar yang telah berkongsi tentang tip kejayaan beliau.
Selain itu, kehadiran Dr. Sheikh Muszaphar juga adalah untuk merasmikan BK Mini Fest 2023 bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn. Bhd, En. Syamil Fahim Mohamed Fahim serta Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, En. Azhar Ahmad.
Dewi Cilik Bintang Kecil Pertama Dinobatkan
Pada sebelah petang 19 Ogos 2023, acara diteruskan dengan pertandingan Dewi Cilik Bintang Kecil 2023. Dari 200 penyertaan yang diterima, akhirnya seramai 10 orang kanak-kanak perempuan berusia 8-12 tahun telah dipilih sebagai finalis Top 10 Dewi Cilik.
Kesemua finalis telah diuji melalui catwalk mereka serta keyakinan mereka. Selain itu, mereka turut melalui cabaran Tiktok di mana mereka perlu menari apabila mendengar lagi viral di aplikasi itu yang dimainkan secara rawak.
Para juri yang bertanggungjawab untuk menobatkan gelaran Dewi Cilik Bintang Kecil 2023 pada hari itu adalah Pn. Norfarhati Abdul Hakim yang merupakan pengasas Mewah Rose dan juga pernah memenangi pertandingan Miss Catwalk 2012 serta Pensyarah Senior dalam jurusan seni fesyen dari UiTM Shah Alam iaitu En. Faizal Hamid.
Selain itu, bekas Dewi Remaja 2019/2020 iaitu Shaza Bae turut menjadi juri untuk pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan buat Nur Farisha Dania yang telah dinobatkan sebagai Dewi Cilik Bintang Kecil yang pertama! Pemenang tempat kedua pula adalah Nur Zara Aamily Binti Nazri manakala Syazwina Bt Mohd Taib meraih tempat ketiga pertandingan ini.
Juga sekalung tahniah diucapkan kepada Putri Diana Ellysa yang dipilih sebagai Dewi Aktif dan Putri Nur Nariesya Eizeanies yang diberikan gelaran Dewi Foto Terbaik.
Pertandingan Mari Mewarna Merdeka X PTPTN
Acara pada hari Ahad pula dimulakan dengan pertandingan Mari Mewarna Merdeka X PTPTN yang mendapat sambutan memberangsangkan. Seramai 200 orang kanak-kanak untuk dua kategori (Kategori A: 5-7 tahun dan Kategori B: 8-12 tahun) telah menyertai pertandingan ini.
Tambah menarik kerana kesemua peserta yang hadir bukan sahaja mempertaruhkan bakat mewarna bahkan mereka juga memperagakan pakaian kemederkaan yang unik. Sepanjang masa anak-anak mewarna ibu bapa pula dapat mendengar perkongsian menarik tentang ilmu simpanan dari Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar (Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN) serta selebriti popular Yana Samsudin.
20 Finalis BK Fantastic X Karihome Tonjol Bakat
Kanak-kanak milenial mempunyai potensi yang sangat besar.Oleh itu, Bintang Kecil telah menganjurkan BK Fantastic X Karihome yang mendapat sehingga 500 penyertaan kanak-kanak dari serata Malaysia. Akhirnya 20 orang telah terpilih untuk ke peringkat akhir.
Pelbagai jenis bakat yang dipertaruhkan seperti nyanyian, tarian, bermain alat muzik, sukan dan banyak lagi. Dengan persediaan rapi serta keyakinan tinggi, kesemua 20 persembahan para peserta telah memukau hadirin yang ada.
Tiga orang juri telah diberikan kepercayaan untuk memilih pemenang. Selain Miss Jessie yang mewakili Karihome, dua lagi juri lain adalah Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad (Pakar Motivasi) serta penyanyi, komposer dan pelakon terkenal iaitu Mark Adam turut bertanggungjawab untuk mengadili persembahan setiap peserta.
Tahniah diucapkan buat juara BK Fantastic X Karihome iaitu penari dari Kumpulan Putera Arts Talent Production, pemenang tempat kedua Mika Adam Mikael yang bermain violin serta Nurdania Batrisya menduduki tempat ketiga dengan persembahan nyanyian.
Putaran Mega BK Mini Fest 2023 Tawar Hadiah Menarik
Salah satu daya tarikan untuk BK Mini Fest 2023 adalah acara Putaran Mega BK Mini Fest yang memberi peluang kepada para pengunjung untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Kepada pembeli barangan Karihome atau pembukaan akaun Simpan SSPN bernilai RM20 ke atas, berpeluang untuk membuat putaran roda.
Sekiranya mereka menerima tiket emas untuk ke Putaran Mega BK Mini Fest, mereka berpeluang memenangi hadiah menarik yang ditawarkan seperi komputer riba, baucar percutian, beg berjenama mewah, baucar membeli-belah dan banyak lagi. Tahniah kepada Pn. Nor Hafida kerana berjaya memenangi hadiah utama yang berupa komputer riba tajaan Acer!
Aktiviti Untuk Ibu Di Mini Stage
Bukan sahaja aktiviti di pentas utama, BK Mini Fest turut memberi ruang kepada para ibu untuk ‘me-time’ di pentas mini. Pada hari Sabtu telah diadakan acara Lindungi Anak Anda! bersama tiga orang panel jemputan iaitu Kaunselor Laktasi Pn. Noorfazila Abdul Rahman, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr. Maiza Tusimin serta Pakar Kepimpinan Diri, Keluarga & Organisasi, Dr. Hajah Azuraida Shahadan.
Selain itu pada hari Ahad pula telah diadakan Mama Zumba Sweat It Out! bersama Zin Belle dan 30 orang para ibu yang telah berzumba beramai-ramai di pintu masuk utama Plaza Shah Alam. Selepas berzumba, mereka kemudiannya mendengar perkongsian tentang diet dari Pegawai Dietetik bertauliah, Pn. Laila Fadhilah Omar dari SALAM Shah Alam Specialist Hospital.
Banyak Tarikan Lain
Selain pelbagai acara menarik di pentas utama dan pentas mini, terdapat banyak aktiviti lain yang ada di Plaza Shah Alam selama dua hari BK Mini Fest 2023 berlangsung.
Booth seperti zoo mini dari Farm In The City, lukisan muka, inai, gula-gula kapas serta kolam bola dari Poolkidz, booth KUEH yang turut menaja makanan di setiap aktiviti Mini Stage dan banyak lagi turut mendapat sambutan dari pengunjung yang hadir.
Sememangnya acara dua hari ini telah merapatkan hubungan kekeluargaan serta mencungkil potensi kanak-kanak yang datang. Diharapan penganjuran acara BK Mini Fest 2023 dapat memberi manfaat kepada kesemua yang hadir memberikan sokongan.
JOM SAKSIKAN VIDEO HIGHLIGHT BK MINI FEST 2023
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!