Anak mana yang tak suka makan telur. Tanpa ayam goreng, nasi berlaukkan telur pun anak melompat suka. Boleh bertambah makan nasi.
Telur bukan saja jadi kegemaran anak-anak tetapi pelbagai peringkat usia. Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata.
Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.
Ads
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, telur sebagai sarapan pagi sangat-sangat digalakkan untuk kanak-kanak.
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meNingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Ads
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Ads
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.
Khasiat telur untuk anak:
Choline: Untuk perkembangan otak, fungsi dan memori Folat: Menghasilkan dan mengekalkan sel darah merah Zat besi: Menghantar oksigen pada sel Lutein dan Zeaxanthin: Mengekalkan penglihatan yang baik dan menjaga mata dari sinaran UV berbahaya. Niacin: Sistem saraf berfungsi dengan normal dan bantu melepaskan tenaga. Lemak Omega-3: Memperbaiki kolesterol darah Protein: Menguatkan badan Vitamin A: Melindungi dari kanser Vitamin B12: Melindungi jantung Riboflavin: Membantu tisu badan kekal sihat Vitamin D: Menguatkan tulang dan gigi Vitamin E: Bertindak sebagai antioksidan Zink: Menguatkan system imunasi.
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah, diakhir hujung tahun ini pastikan akan sudah pun membuat persiapan awal.
Semuanya bagi dua acara yang ‘keras’ iaitu perbelanjaan untuk sesi persekolahan baru, persediaan menyambut Ramadan dan juga sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan yang dijangka turut disambut pada bulan sama.
Menerusi Tik Tok seorang wanita tular apabila berkongsi tentang tarikh-tarikh penting ini sebagai persiapan tahun 2025 yang memberi lebih banyak cabaran kepada rakyat Malaysia terutama sekali yang mempunyai anak kecil.
Kredit foto: Sinar Harian
Tahun 2025 menyaksikan banyak tarikh penting berlaku dalam tempoh singkat sekaligus memerlukan perbelanjaan yang banyak.
“Tahun 2025 lagi ‘keras’, standby. Persekolahan tahun depan bermula 17 Februari 2025. Ramadan pula dijangka 2 Mac 2025.
“Syawal pula pada 31 Mac 2025. Bulan yang sama. Maksudnya bulan Disember dah kena sedia belanja sekolah.
“Bulan Januari pula nak kena hadap belanja puasa dan Syawal yang jatuh pada Mac.
“Takkan nak tunggu bulan tu baru nak menabung. Strategi dan rancangannya? Kena mulakan dari sekarang,” tambahnya berkongsi.
Kredit foto: Sinar Harian
Perkongsian itu sudah pastinya menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai malah ada yang sudah bersedia lebih awal untuk tahun depan.
Ibu bapa juga turut disarankan agar bersedia lebih awal pada penghujung tahun ini malah membuat tabungan segera untuk perbelanjaan ini.
Bagi ibubapa yang mahu merancang cuti balik kampung, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 memaklumkan bahawa tarikh cuti tambahan diberikan sebanyak tiga hari bersempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.
Ia diberikan kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi memudahkan mereka menikmati Aidilfitri bersama keluarga tercinta, saudara mara dan sahabat handai.
Kredit Foto: Sinar Harian
Cuti tambahan yang diperuntukkan KPM ini pula berbeza untuk Kumpulan A dan Kumpulan B. Berikut merupakan cuti yang diberikan mengikut hari:
1) Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu)
30 Mac 2025 (Ahad)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
Kredit Foto: Sinar Harian
2) Kumpulan B
(Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
4 April 2025 (Jumaat)
Untuk info, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka pada 31 Mac (Isnin) (tertakluk pada perubahan) dan 1 April (Selasa) dikira sebagai cuti perayaan dalam takwin tahunan itu.
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang dalam lawatan bersama rakyat dilihat sempat menyantuni beberapa orang ramai yang turut berada di lokasi tersebut.
Menariknya, PMX berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak yang rosak teruk dan tidak dapat digunakan.
Walaupun mencuit hati, namun gelagat kanak-kanak itu mendapat respon pantas PMX dengan bertanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.
“Dua.. dua rosak, dua boleh pakai (boleh digunakan)…Nak call bagitau Fadhlina…” kata Anwar pada kanak-kanak itu.
Malah video berkenaan juga turut mendapat perhatian Menteri Pendidian, Fadhlina Sidek yang turut meninggalkan komen respon yang disuarakan kanak-kanak itu.
Keberanian kanak-kanak ini sudah semestinya dipuji wargamaya yang berani menyuarakan masalah itu ketika berhadapan dengan Perdana Menteri.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...