Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat bersalin anak keduanya pada 17 Mei yang lalu. Dia melalui kelahiran secara pembedahan di atas saranan doktor kerana mengalami masalah jantung. Isteri kepada Raja Syahiran ini turut berkongsi tentang kelahiran kali kedua ini adalah dua minggu awal dari due date yang sebenar.
Semalam, Uyaina telah memuatnaik sebuah video di media sosial berkongsi detik-detik indah pertama kali anak sulungnya, Raja Urhan, berjumpa dengan adik. Dapat dilihat Urhan sangat teruja dan seperti tidak percaya yang adiknya telah lahir dan boleh disentuh.
Ads
Didalam video tersebut, Urhan dibawa oleh Baba untuk berjumpa dengan Mama dan adiknya. Ketika masuk ke bilik, dia seakan-akan terkejut tetapi tidak lama selepas itu Urhan terus naik ke katil untuk memegang dan mencium adiknya.
Di penghujung video, Urhan memegang gambar adiknya sambil memberitahu bahawa dia gembira. Biarpun baru saja berusia sekitar dua tahun, namun sudah jelas kelihatan kasih sayang seorang abang terhadap adiknya.
Ads
Biarpun video tersebut berdurasi singkat tetapi tetap menyentuh hati mereka yang menonton. Rata-rata turut berkongsi pengalaman mereka selain melahirkan rasa sebak menonton video Uyaina ini. Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat Uyaina sekeluarga di atas kelahiran putera yang kedua ini. Tahniah!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang murid darjah satu yang selalu balik rumah dengan senyuman besar, terus bercerita apa jadi dekat sekolah. Tapi satu hari, dia pulang dengan muka muram. Beg pun letak perlahan, mata nak menangis. Bila mak tanya, dia tahan-tahan suara tapi akhirnya pecah juga… keluar kata-kata yang langsung tak sepatutnya keluar daripada mulut budak kecil. Kedengaran betul-betul macam hati dia dah retak.
Dalam rakaman yang mak dia kongsi, suara adik tu menangis teresak-esak sambil cuba jelaskan apa yang berlaku. Rupanya dia dibuli oleh kawan-kawan di sekolah. Korang tahu tak perasaan bila nak cerita, tapi suara tersekat sebab terlalu sedih? Ha macam tu lah bunyinya.
Mak dia pula kedengaran lembut sangat, cuba tenangkan anak dia sambil janji, “Nanti mama jumpa budak tu, kita selesaikan sama-sama.” Mak mana yang tak sedih bila tengok anak sendiri sakit hati kan?
Bila cerita ni viral, ramai orang dekat internet rasa simpati dan marah. Semua cakap benda yang sama, “Kesiannya… benda macam ni tak patut jadi.” Ramai juga nasihatkan supaya mak adik tu jumpa cikgu, pergi sekolah, dan buat laporan supaya keselamatan anak dia terjaga.
Kadang-kadang kita tak nampak betapa dalamnya kesan perbuatan kecil terhadap hati seorang kanak-kanak. Bila budak sekecil ini kena tekan, kena kutuk, atau jadi mangsa ejek-ejekan, dia bukan sahaja rasa malu tapi boleh membawa trauma jangka panjang. Itulah yang membuatkan trauma akibat dibuli makin serius dan sukar dipulihkan jika dibiarkan.
Budak yang selalu ceria tiba-tiba berubah. Dia jadi pendiam, takut nak ke sekolah, hilang semangat nak belajar, dan mula rasa diri tak berharga. Perasaan macam ni jangan sekali-kali dianggap benda kecil. Hati budak lembut dan cepat terkesan.
Bila benda macam ni jadi, penting untuk kita bercakap dengan mak ayah atau cikgu. Jangan pendam sorang-sorang. Lagi bahaya kalau anak cuba sembunyikan perasaan dia sebab takut kena marah atau takut orang tak percaya.
Mak ayah pula kena peka. Kadang anak tak cakap apa-apa, tapi tingkah laku dia berubah. Itu semua tanda-tanda bahawa sesuatu sedang berlaku. Bila ada trauma akibat dibuli, sokongan emosi daripada keluarga memainkan peranan paling besar untuk bantu anak pulih.
Dan paling penting, kalau korang nampak kawan kena buli… jangan diam. Tolong, sokong, atau beritahu orang dewasa. Kecil-kecil lagi, kita kena belajar jadi manusia baik, bukan yang lukakan hati orang lain.
Anak-anak perlu diajar untuk memahami perasaan orang lain, bukan hanya fokus pada diri sendiri. Bila empati wujud, budaya buli dapat dikurangkan. Bila semua orang faham apa itu trauma akibat dibuli, barulah mereka lebih berhati-hati dengan kata-kata dan perbuatan.
Ingat, semua hati budak adalah lembut. Semua hati budak perlu dijaga. Dan semua budak berhak rasa selamat di sekolah. Setiap daripada kita, sama ada ibu bapa, guru, atau rakan sekelas, bertanggungjawab memastikan tidak ada sesiapa yang melalui trauma akibat dibuli lagi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Wah, hebat betul! Tahniah buat Muhammad Aisy Qaiser, anak sulung kepada bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha. Aisy Qaiser kini terpilih untuk menyertai Akademi Mokhtar Dahari (AMD) di Pahang, sebuah pusat pembangunan bola sepak yang memang terkenal melahirkan bakat muda berkualiti tinggi.
Bukan senang tau nak masuk akademi ni. Aisy Qaiser terpilih sebagai salah seorang daripada 39 pemain bawah 13 tahun yang akan dilatih dalam Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan. Ini memang peluang besar untuk budak-budak yang minat bola sepak! Ramai yang cuba, tapi hanya yang betul-betul berbakat dan berdisiplin saja layak ke peringkat ini.
Aisy Qaiser lahir pada tahun 2013 dan sudah mula menunjukkan bakat dalam sukan bola sepak sejak kecil. Dia kini melangkah setapak lagi ke depan untuk mengejar impian jadi pemain bola sepak hebat suatu hari nanti. Sejak kecil lagi, dia rajin ikut ayahnya berlatih, tengok perlawanan dan belajar cara pemain profesional berlatih.
Sebagai seorang ayah, Zaquan Adha pastinya sangat bangga melihat anaknya ikut jejak langkah dalam dunia bola sepak. Dia juga sempat beri kata-kata semangat kepada Aisy Qaiser.
“Kejarlah impianmu, Aisy Qaiser,” tulis Zaquan Adha untuk anaknya.
Manis betul pesan ayah kepada anak kan? Zaquan bersama isterinya, Ayu Raudhah, turut hadir mendaftarkan Aisy Qaiser ke akadmi tersebut. Nampak betul sokongan penuh mak dan ayah untuk impian anak mereka.
Sebenarnya, Aisy Qaiser bukanlah budak baru dalam dunia bola sepak. Sejak kecil lagi, dia selalu ikut ayahnya ke padang latihan. Dia pernah dilihat menemani Zaquan semasa ayahnya bermain dengan pasukan seperti Johor Darul Ta’zim, Kedah Darul Aman FC dan Negeri Sembilan FC. Dari situlah datangnya semangat dan inspirasi untuk terus cuba jadi lebih baik.
Pengalaman melihat dunia bola sepak profesional dari dekat menjadikan dia lebih matang dan yakin dengan minatnya. Ramai budak minat bola, tapi tak semua ada peluang melihat sendiri suasana padang, bilik persalinan dan rutin atlet seperti yang dilalui Aisy Qaiser.
Semoga langkah kecil Aisy Qaiser hari ini akan membawa kejayaan besar pada masa depan. Siapa tahu, satu hari nanti dia pula akan mengharumkan nama Malaysia seperti ayahnya. Dengan latihan tersusun, disiplin yang kuat dan sokongan keluarga, perjalanan ini pasti jadi lebih mantap.
Kalau korang ada impian, jangan takut untuk kejar. Terus berusaha dan dengar nasihat mak ayah. Impian besar selalunya bermula dari langkah kecil.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia, tidak hanya dikenali sebagai pusat perniagaan tetapi juga sebagai destinasi yang sesuai untuk keluarga yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak. Berikut adalah beberapa tempat yang boleh anda kunjungi untuk memberikan pengalaman yang tidak terlupakan kepada anak-anak anda.
Terletak di pusat bandar, Aquaria KLCC adalah akuarium bawah air yang menawarkan pelbagai spesies laut dari seluruh dunia. Dari zon hutan hujan hingga lautan dalam, anak-anak dapat belajar tentang kepelbagaian biologi sambil melihat haiwan seperti jerung, ikan pari, dan lebih banyak lagi.
Bagi anak-anak yang mempunyai minat dalam sains dan teknologi, Petrosains di KLCC menawarkan pelbagai pameran interaktif yang menggabungkan pembelajaran dan keseronokan. Pameran ini dirancang untuk memperkaya pengetahuan sains dengan cara yang menarik dan mengasyikkan.
Taman Burung KL, yang terletak di Taman Tasik Perdana, adalah rumah kepada lebih daripada 3,000 burung dari 200 spesies yang berbeza. Taman ini menawarkan pengalaman ‘Free-flight Walk-in Aviary’, di mana pengunjung boleh melihat burung-burung terbang bebas di sekitar mereka dalam suasana yang menyerupai habitat semula jadi.
KidZania menyediakan platform unik di mana anak-anak boleh meneroka pelbagai jenis kerjaya melalui permainan peranan yang realistik. Dari menjadi doktor, juruterbang, hingga chef, KidZania menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman praktikal yang memupuk kemandirian dan kreativiti.
Taman tema ini menawarkan berbagai jenis tarikan, termasuk taman air, taman haiwan, dan zon permainan yang sesuai untuk segala usia. Sunway Lagoon adalah tempat yang sempurna untuk pengembaraan seisi keluarga yang penuh dengan keseronokan dan kegembiraan.
Kuala Lumpur menyediakan pelbagai pilihan untuk menghiburkan anak-anak dengan cara yang mendidik dan menghiburkan. Dari belajar tentang dunia semula jadi hingga mengembangkan kemahiran baru melalui permainan peranan, pasti ada sesuatu untuk setiap anak-anak di ibu kota ini.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!