
Treasure Hunt dalam rumah memang aktiviti yang paling best kalau korang nak rasa macam detektif sebenar! Pernah tak korang rasa macam nak jadi detektif dalam cerita kartun? Ala… yang pegang kaca pembesar, ikut jejak kaki misteri, kemudian jumpa harta karun tersembunyi. Ha, cuti sekolah ni korang boleh jadi detektif sebenar hanya dengan bermain dalam rumah saja. Tak payah keluar rumah pun, tapi tetap rasa macam pengembaraan besar.

Apa Itu Treasure Hunt Dalam Rumah?
Treasure Hunt ialah permainan mencari barang berdasarkan clue atau petunjuk. Mak ayah akan sembunyikan 10 barang kecil, dan tugas korang ialah cari semua harta karun tu secepat mungkin! Siapa jumpa paling banyak? Dialah Master Detective! Yang bestnya semua orang boleh main, adik, abang, kakak, mak dan ayah pun boleh join aktiviti Treasure Hunt dalam rumah ni.
Kelebihan Main Treasure Hunt, Bukan Sekadar Fun!
1. Asah Kemahiran Berfikir
Untuk faham petunjuk, korang kena fikir, teka, bayangkan tempat dan cari. Ini melatih otak untuk berfikir dengan lebih kreatif dan logik.
2. Tingkatkan Fokus & Kesabaran
Kadang barang tu betul-betul dekat depan mata tapi korang tak perasan! Treasure Hunt ajar korang untuk lebih sabar, teliti dan fokus.
3. Eratkan Hubungan Keluarga
Ini masa untuk gelak sama-sama, jerit excited sama-sama, dan celebrate kemenangan bersama. Bonding time paling best!
4. Kurangkan Masa Skrin
Bila main Treasure Hunt, korang akan bergerak, berlari, mencari dan bukan duduk depan tablet atau TV saja.
5. Upgrade Keyakinan Diri
Bila korang berjaya jumpa barang berdasarkan clue, perghh rasa macam detektif pro!
Cara Sediakan Treasure Hunt Dalam Rumah
Mak ayah boleh pilih barang kecil yang selamat, contohnya:
- Mainan kecil
- Stokin warna
- Pensil comel
- Kotak minuman kecil
- Gula-gula
Kemudian, tulis clue ringkas dan tampal atau serahkan kepada pemain.

Contoh Clue Yang Budak-Budak Confirm Suka!
🔍 Clue 1
“Ada benda tersembunyi di tempat yang kita guna untuk tengok cerita kartun.”
➡ Kawasan TV!
🔍 Clue 2
“Hari-hari kita tidur di sini. Tapi harta karun tidur di bawahnya.”
➡ Bawah katil!
🔍 Clue 3
“Tempat baju bersidai, ada sesuatu sedang bersembunyi.”
➡ Rak baju / penyidai kecil.
Clue boleh jadi kelakar, misteri atau berbentuk teka-teki. Lagi banyak kreativiti, lagi meriah permainan Treasure Hunt dalam rumah ni!
Nak Bagi Lagi Fun? Cuba Tema Treasure Hunt!
1. Tema Lanun Laut Bergelora
Clue ditulis seperti peta lanun. Barang yang dicari: syiling mainan, peta mini, pedang mainan.
2. Tema Agent Spy
Clue ditulis dalam bentuk mesej rahsia. Contoh: gunakan kod warna, emoji atau tulisan terbalik.
3. Tema Dapur Misteri
Semua harta karun berada di dapur. Clue: “Cari di tempat yang selalu bunyi ‘tik tik tik’.” (Tepi dapur gas)

Ganjaran Untuk Pemenang, Bagi Lagi Happening!
Kalau dah namanya Treasure Hunt mestilah ada pemenang kan? Minta mak ayah korang sediakan hadiah comel. Tak payah hadiah mahal. Semua ini buat permainan jadi lagi meriah!
- Kupon “pilih menu makan malam”
- Pin “Master Detective” DIY
- Sticker comel
- Boleh pilih movie malam tu
Kesimpulan, Ingati Sampai Besar
Treasure Hunt nampak simple, tapi ia penuh gelak, penuh debaran, penuh teamwork dan penuh kenangan. Yang paling penting ia buat masa keluarga jadi sangat bermakna. Daripada duduk bosan, lebih baik jadi detektif hebat cuti sekolah ni! Siapa tahu mungkin korang akan jadi Master Detective sebenar dalam keluarga nanti dengan seronoknya Treasure Hunt dalam rumah ini.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







