Ada waktunya kita selalu salah faham dengan anak. Anak kecil kita tanpa kita sedar rupanya seorang ‘thinker’ yang suka berfikir.
Macam mana nak kenal anak jenis ini? Ini karektor anak thinker yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim menerusi perkongsian videonya.
Anak tu jarang bercakap tapi sekali bercakap memang bikin panas je.. sabor jelah.
Ads
Kadang-kadang kita salah faham juga dengan anak jenis thinker ini. Anak jenis thinker ini kebiasaannya dia kurang bercakap sebab dia lebih banyak bercakap dengan dirinya sendiri.
Fikirannya banyak berfikir dan kurang bercakap. Pun begitu walaupun dia kurang bercakap tetapi karektor keduannya, sekali dia dah cakap, ayat yang keluar itu kebiasaannya di luar kotak.
Adakalanya kita sendiri pun tak boleh terima apa yang anak cakap. Contohnya anak bertanya, ibu sperma itu apa?
Ads
Yang ketiga, anak jenis thinker ini jenis suka memantau dan melihat dan kemudiannya disusuli dengan pertanyaan yang tidak dijangka.
Anak jenis thinker ini kadang kala terdiri dari yang kuat menjawab. Jika arahan mak ayah dia rasakan tidak logik atau tak masuk akal, anak akan menjawab.
Anak jenis ini juga sukakan game atau permainan yang mencabar mindanya. Contohnya seperti teka teki atau teka silang kata yang boleh mencabar mindanya. Permainan biasa seperti main congkak, dam aji tidak menjadi pilihannya.
Inilah lima karektor anak jenis thinker yang kadang-kadang selalu buat mak ayah salah faham tetapi rupa-rupanya ada potensi yang sangat besar dalam diri mereka.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Filem paling seram di dunia memang selalu jadi topik hangat bila sembang pasal hantu, jantung laju dan bab-bab terkejut. Tapi kali ini bukan main teka-teka, ini senarai lima filem yang secara saintifik dibuktikan paling menakutkan berdasarkan BPM, stress level dan berapa kali korang akan terlompat masa tengok.
Korang pernah tak dengar orang cakap “Eh filem ni seram gila sampai jantung laju!” Haa… yang ini bukan sekadar cakap kosong. Sains sendiri dah ukur tahap takut manusia masa tengok filem-filem ni.
Tapi ingat ya… ini bacaan saja. Budak-budak jangan tengok dulu. Seram dia lain macam.
BPM: 84 l Stress 18 l Scare 88
The Conjuring ni memang legenda dalam dunia seram. Dalam filem ni, ada banyak sangat jumpscare yang boleh buat korang terangkat dari kerusi. Suasana rumah berhantu tu memang creepy habis. Bunyi pintu, suara bisik-bisik, semua buat jantung laju tanpa henti. Patutlah ramai kata ini antara filem paling terkejut-terkejut!
Kalau korang jenis yang tak boleh dengar bunyi pelik dalam gelap, memang confirm filem ni masuk mimpi. Walaupun dah bertahun keluar, aura dia tetap kuat. Itulah sebabnya The Conjuring selalu tersenarai dalam kajian mengenai filem paling seram di dunia.
BPM: 85 | Stress: 18 | Scare: 90
Insidious ni lain macam seram dia. Muzik dia saja dah boleh buat bulu roma naik macam kucing marah. Bila “makhluk merah” tu muncul, memang tak sempat tarik nafas pun. Dengan scare level setinggi 90, memang layak masuk carta.
Salah satu sebab filem ni menjadi ialah gaya seramnya yang tak bagi peluang langsung nak relaks. Korang ingat dah selamat, BOOM keluar lagi satu benda yang buat jantung laju. Tak pelik kenapa ia selalu disebut dalam perbincangan pasal filem paling seram di dunia.
BPM: 84 | Stress: 22 | Scare: 91
Filem ni pelik, misteri dan creepy dengan cara yang susah nak jelaskan. Semuanya slow, sunyi dan gelap. Tapi itulah yang buatkan dia seram. Bayangkan rumah sendiri jadi tempat paling menakutkan. Stress level dia paling tinggi antara semua.
Skinamarink bukan jenis seram yang “BOO!” terkejut. Dia bagi korang rasa tak selesa lama-lama. Walaupun simple, kesan dia kuat. Sesuai untuk orang yang suka seram minda. Dan ya, ia memang layak berada dalam senarai filem paling seram di dunia oleh sebab keunikan gaya seramnya.
BPM: 88 | Stress: 18 | Scare: 92
Host ni filem pendek yang ambil setting masa video call. Ala-ala Zoom meeting tapi versi hantu! Disebabkan semuanya nampak real macam berlaku depan mata, jantung memang automatik laju.
Tiba-tiba muka hantu muncul dekat kamera… siapa tak menjerit? Seram dia “dekat” sebab nampak macam boleh jadi kat kita bila-bila masa. Tak hairan Host mencatat antara BPM tertinggi dalam kajian saintifik tentang filem paling seram di dunia.
BPM: 86 | Stress: 21 | Scare: 96
Inilah juaraaa! Menurut sains, Sinister ialah filem paling seram di dunia. Bukan saja muzik dan suasana dia menakutkan, tapi cara cerita dia dibina memang buat otak rasa tak sedap hati.
Lakonan mantap, visual disturbing, suasana tegang sepanjang masa dan semuanya digabungkan jadi pengalaman seram total. Dengan scare level 96, memang confirm champion!
Walaupun seronok baca fakta sains tentang filem seram, jangan lupa bahawa filem-filem ini bukan untuk kanak-kanak ya. Seram dia bukan main-main. Kalau nak tengok juga korang kena ditemani mak ayah okay!
Tapi sebagai info, best juga tahu filem mana yang boleh buat orang dewasa pun terlompat dari sofa. Kalau baca pun dah meremang, bayangkan kalau tengok…
Korang berani tak?
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Cemas dibuatnya bila sijil kelahiran anak hilang dalam simpanan. Apa nak buat? Mak ayah jangan cemas kerana boleh memohon semula sijil kelahiran secara online sahaja. Mudah!
Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online. Ini panduan untuk anda.
Kelayakan Memohon Sijil Lahir Yang Hilang Di Portal JPN
Permohonan bagi mendapatkan salinan dokumen penting ini hanya boleh dilakukan oleh individu yang berikut sahaja:
* Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
* Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
* Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
* Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
* Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
* Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
* Firma Guaman;
* Badan Berkanun;
* Agensi kerajaan.
Cara mendaftar:
1. Layari portal JPN
2. Klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakuit Dalam Talian
3. Pengguna akan dibawa ke halaman Sistem Cabutan / Salinan SIjil Kelahiran
4. Bagi penggguna baru, klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang “Log Masuk”
5. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan
6. Pengguna mestilah mengisi dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.
7. Setelah selesai pendaftaran, pengguna akan menerima emel dari “mygovernment@malaysia.gov.my”.
8. Klik pada buta yang tertera dalam emel tersebut untuk membuat pengesahan emel dan mengaktifkan akaun.
9. Selepas mengklik pada butang tersebut, pengguna akan dibawa ke halaman untuk menetapkan kata laluan baru.
Log masuk ke akaun
Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pengguna boleh log masuk ke dalam akaun yang telah didaftarkan untuk memulakan proses mendapatkan salinan sijil kelahiran dan surat beranak.
1. Di halaman log masuk, masukkan nombor MyKad (dewasa) atau emel dan kata laluan yanng telah didaftarkan
2. Pengguna kemudiannya akan di bawa ke laman utama system
Proses permohonan
1. Pengguna mestilah membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan
2. Sekiranya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, klik pada butang SETUJU di penghujung halaman tersebut untuk meneruskan permohonan
3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan – pemilik atau waris
4. Waris terdiri daripada golongan berikut:
– Ibu bapa
– Adik-bradik
– Pasangan
5. Sekiranya pengguna adalah “Waris”, satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah dilengkapkan
6. Setelah selesai mengisi, pengguna akan dipaparkan dengan satu halaman khas yang menyatakan permohonan anda telah Berjaya
7. Cetak slip permohonan tersebut untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.
8. Sekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Dah besar panjang ni pun korang masih kencing malam lagi ke? Kalau jawapannya masih, mesti bebankan mak ayah korang. Pening kepala nak atasi masalah macam ni.
Masalah anak yang kencing di malam hari memang memenatkan ibu. Bukan saja penat menguruskan anak tetapi perlukan usaha berterusan untuk membasuh tilam, cadar dan sebagainya setiap hari.
Penat dan buntu. Namun apa sebabnya masalah anak kencing malam ini? Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, anak yang bermasalah kencing malam ini bukanlah salah mereka namun ia disebabkan oleh banyak faktor. Ikuti perkongsian beliau.
“Saya pening anak saya hari-hari kencing atas katil. Dah besar panjang masih menyusahkan.”
Cepat-cepat saya tenangkan keadaan. Selepas saya periksa, anaknya baik saja. Tak ada tanda-tanda gangguan saraf yang menyebabkan anak terkencing tanpa kawalan sepanjang masa.
Saya kongsikan sedikit tips untuk ibu ayah yang anak sering terkencing atas katil.
Selalunya kanak-kanak mula berhenti kencing malam selepas usia 5-6 tahun. Namun 6.2% kanak-kanak usia 7-12 tahun masih lagi kencing waktu malam.
Terkencing waktu malam atau nama lainnya Nocturnal Enuresis, sebenarnya bukan salah anak kita. Kalau selalu dimarah atau dimalukan anak boleh jadi tertekan sampai rasa rendah diri.
Punca anak kencing malam:
Ruang pundi kencing yang kecil. Kurang hormone vasopressin semasa tidur. Vasopressin penting untuk kurangkan penghasilan kencing di waktu malam.
Tip untuk ibu bapa
* Beri anak minum air secukupnya pada waktu siang.
* Bawa anak kerap ke tandas, 4-7 kali sehari dan paling penting pastikan anak kencing sebelum tidur.
* Guna alas tilam yang kalis air (waterproof mattress protector)
* Beri ganjaran kepada anak jika dia tidak kencing malam.
* Beri sticker kegemaran anak ialah satu contoh bentuk ganjaran yang selalu diguna.
* Hanya benarkan anak minum 2 jam sebelum tidur.
* Elak beri minuman berkafein seperti kopi dan cola, ia akan buat anak lebih kerap kencing.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!