Penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Disember yang lalu buat pertama kalinya berkongsi gambar sekeluarga bersama buah hati mereka.
Menerusi Instagramnya, Nabila memuat naik beberapa keping gambarnya bersama suami sambil mengendong buah hati tersayang.
“Alhamdulillah. Dengan kasih sayang dan kesyukuran, kami meraikan nikmat yang berharga ini,” tulisnya di kapsyen.
Ads
Nabila yang tampil dengan baju sedondon berwarna biru gelap bersama suami kelihatan cukup manis dan ceria.
Ads
Penyanyi yang kini sudah pun bergelar ibu ini juga turut mengabadikan kenangan bersama bayi lelaki mereka dalam beberapa momen indah sebagai kenangan.
Ads
Perkongsian Nabila itu turut mendapat pujian serta ucapan tahniah dari peminatnya.
Terdahulu, Nabila selamat melahirkan bayi sulungnya pada 23 Disember yang lalu, seberat 3.1kg
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tak pergi sekolah dengan perut kosong? Jalan pun rasa lembik, dalam kelas pula mata asyik nak tertutup. Ha sebab itulah sarapan budak sekolah sangat penting. Sarapan ni macam “cas bateri” untuk otak dan badan. Bila korang makan makanan yang betul, terus rasa bertenaga dan semangat nak belajar!
Jom kita tengok sarapan apa yang paling power untuk budak macam korang. Semua pilihan ni memang sesuai untuk bagi tenaga sepanjang pagi, khasnya untuk sarapan budak sekolah yang perlu kekal fokus dalam kelas.
Kalau korang nak otak laju, telur memang pilihan terbaik. Telur bantu korang senang fokus dan cepat ingat apa cikgu ajar. Campur dengan roti, terus jadi sarapan lengkap. Letak salad sikit, fuhh terus sihat dan kenyang! Ini memang antara pilihan paling mudah untuk sarapan budak sekolah yang perlukan tenaga cepat.
Oat ni macam makanan “magik” sebab dia bagi tenaga perlahan. Maksudnya, korang tak cepat lapar dan tak mudah cranky. Tambah pisang, epal atau strawberi, terus jadi sedap dan colourful. Oat juga buat perut korang rasa selesa je sepanjang pagi. Sesuai gila untuk korang yang suka sarapan lembut tapi kenyang lama.
Kalau korang jenis cepat lapar, nasi memang pilihan terbaik. Tak perlu fancy, cukup nasi panas dengan telur dadar atau ayam panggang. Korang akan rasa kenyang lama dan badan pun kuat nak berlari waktu rehat. Ini pun boleh masuk dalam kategori sarapan budak sekolah paling mengenyangkan.
Nak sarapan rasa macam dessert tapi tetap sihat? Yogurt la jawapannya! Buah beri vitamin, granola beri tenaga, yogurt pula jaga perut. Campur semua sekali, siap… korang jadi “Healthy Hero” pagi tu!
Bubur nasi ni memang champion kalau korang nak sarapan yang lembut dan mudah hadam. Tambah ayam, lobak atau telur — terus jadi lengkap dan penuh nutrisi. Sesuai untuk pagi yang nak makan sesuatu yang warm dan tenang.
Kalau korang selalu rushing pagi-pagi, smoothie buah memang penyelamat. Campur pisang, susu, oats dan sedikit madu. Blend… siap! Senang minum, sedap dan bagi tenaga macam minuman power up dalam game.
✔ Elakkan makanan terlalu manis nanti cepat mengantuk
✔ Pilih makanan berprotein tinggi untuk bantu fokus
✔ Jangan lupa minum air kosong
✔ Kalau tak sempat sarapan berat, ambil roti atau buah sebagai quick snack
Jadi lepas ni, jangan skip sarapan tau! Sarapan yang betul buat korang lebih aktif, ceria dan senang faham apa yang cikgu ajar. Otak pun bekerja lebih laju, macam komputer baru upgrade.
Jom jadi generasi budak bijak dengan sarapan power setiap pagi! Bila korang jadikan rutin sarapan budak sekolah yang sihat, barulah badan cergas dan otak bersedia nak serap semua ilmu yang cikgu ajar.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai kerana keberaniannya membuat aduan mengenai masalah tandas rosak di sekolahnya kepada PMX Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri yang dalam lawatan bersama rakyat dilihat sempat menyantuni beberapa orang ramai yang turut berada di lokasi tersebut.
Menariknya, PMX berhenti di hadapan seorang kanak-kanak selepas kanak-kanak itu memberitahu mengenai keadaan dua tandas sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting, Perak yang rosak teruk dan tidak dapat digunakan.
Walaupun mencuit hati, namun gelagat kanak-kanak itu mendapat respon pantas PMX dengan bertanyakan maklumat penuh sekolah untuk disampaikan kepada Menteri Pendidikan (KPM), Fadhlina Sidek.
“Dua.. dua rosak, dua boleh pakai (boleh digunakan)…Nak call bagitau Fadhlina…” kata Anwar pada kanak-kanak itu.
Malah video berkenaan juga turut mendapat perhatian Menteri Pendidian, Fadhlina Sidek yang turut meninggalkan komen respon yang disuarakan kanak-kanak itu.
Keberanian kanak-kanak ini sudah semestinya dipuji wargamaya yang berani menyuarakan masalah itu ketika berhadapan dengan Perdana Menteri.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mendidik anak-anak perlukan kesabaran yang tinggi namun cara mendidik juga perlulah bertepatan dan bersesuaian.
Tip yang dikongsikan oleh Dr Redza Zainol ini mak ayah perlu cuba untuk melembutkan hati anak dan makin dengar kata.
Salah satunya adalah kuasa pelukan. Jangan terkurang, lapan kali sehari agar anak rasa lebih disayangi. Jom praktis!
Tujuh cara mudah untuk anak lebih dengar kata mak ayah.
Tujuh cara ni simple je sebenarnya tapi boleh buatkan anak kita tu lebih dengar cakap kita berbanding kita duk jerit atau pukul.
Bila anak tak nak dengar cakap kita, tengok sama ada keperluan asas dia dipenuhi atau tak.
Adakah dia lapar, penat, tak cukup tidur, rimas atau emosi tak stabil sebab bergaduh adik beradik.
Kalau semua keperluan asas dia dah dipenuhi, kita boleh tengok tujuh cara ni pula.
1. Bercakap sambal pandang mata anak pada sama aras. Maknanya kita kena melutut atau duduk supaya kita separas dengan anak.
2. Peluk anak 8 kali sehari.
3. Gunakan ayat yang pendek dan ringkas.
4. Buat sesi one on one dengan setiap anak.
5. Bermain dengan anak-anak. – Main pun kena focus. – Bila kita bergelak ketawa dengan anak, hormone oxytocin akan buat kita jadi tenang dan bahagia.
6. Kurangkan berkata JANGAN. Contoh baik: “Adik kat dapur kena jalan perlahan.”
7. Cakap terima kasih pada anak. Contoh baik: “Terima kasih tolong papa sangkut tuala cantik-cantik.” Contoh tak baik: “Dah habis mandi nanti jangan tinggal tuala kat lantai pula.”
Seperti mana kita bina ‘connection’ dengan orang disekeliling untuk dapatkan kepercayaan mereka, macam tu juga kita kena bina ‘connection’ dengan anak sendiri.
Percayalah bila kita cuba buat perkara ni, kita akan jadi lebih rapat dengan anak.
Anak akan rasa ‘connected’ dan percaya dengan kita. Waktu tu lebih mudah untuk dia ikut cakap kita.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!