Ads

Kisah Si Tanggang

Adik-adik pernah tahu tentang Si Tanggang? Tak tahu? Mari baca cerita ini!

Seorang lelaki yang bernama Si Tanggang, berasal dari keluarga miskin di sebuah kampung nelayan. 

Dia bercita-cita besar untuk mengubah nasibnya. Suatu hari, dia berpeluang berlayar dengan sebuah kapal pedagang dan berjanji kepada ibunya bahawa dia akan kembali sebagai orang berjaya.

Setelah bertahun-tahun, ibunya menunggu tetapi Si Tanggang tidak pulang-pulang. Risau dan sedih menyelubungi perasaan sang ibu.

Manakala, Si Tanggang menjadi kaya raya dan berkahwin dengan seorang wanita bangsawan. 

Ads

Pada suatu hari, kapal milik Si Tanggang telah melabuh di muara sungai kampung. 

Ketika kapalnya singgah di kampung asalnya, penduduk kampung termasuk ibunya mengenali Tanggang. Gembira melihat anaknya pulang, ibunya pergi ke kapal untuk bertemu dengan Tanggang. 

Ads

Namun, Tanggang yang kini sombong dan malu dengan latar belakangnya, menafikan ibu kandungnya di hadapan isterinya dan orang lain. 

Dia mengherdik ibunya dan menganggap dirinya tidak ada kaitan dengan wanita miskin itu.

Ads

Hancur hati, ibu Tanggang berdoa kepada Tuhan agar Tanggang dihukum atas kesombongannya. 

Tiba-tiba, langit bertukar gelap dan ribut petir melanda. Kapal Tanggang pecah dan dia serta anak kapalnya berubah menjadi batu.

Adik-adik, kisah ini telah mengajarkan tentang pentingnya menghormati dan menghargai ibu bapa. 

Walaupun kita sudah berjaya dalam kehidupan, kita perlu menanamkan sifat rendah diri dan sentiasa berterima kasih kepada semua orang!

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Si Kecil Amir & Kotak Pensil Ajaib!

Cerita kanak-kanak berkongsi tentang Amir dan kotak pensil ajaib yang mengajar nilai berkongsi, keberanian bercakap dengan sopan dan menjaga barang sendiri.