Tercari-cari apa aktiviti yang paling bermanfaat untuk memenuhi jadual hujung minggu anak? Ada baiknya mak ayah memilih Edutainment Fest 2024 yang bakal berlangsung pada 24 hingga 25 Ogos ini di Datum Jelatek Kuala Lumpur.
Datum Jelatek Kuala Lumpur pastinya akan menjadi tumpuan utama kanak-kanak dan keluarga apabila Edutainment Fest 2024 berlangsung dengan penuh keceriaan. Acara ini dianjurkan dengan kerjasama tiga jenama terkemuka dalam pendidikan dan hiburan kanak-kanak, iaitu Pa&Ma, Bintang Kecil, dan diinspirasikan oleh PTPTN.
Platform Pembelajaran dan Hiburan untuk Kanak-Kanak
Edutainment Fest bertujuan menyediakan platform unik di mana kanak-kanak dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti interaktif dan menyeronokkan. Antara aktiviti yang ditawarkan adalah pertandingan mewarna, peragaan catwalk, serta pameran bakat yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menonjolkan keupayaan dan kreativiti mereka.
Ads
Dengan penyertaan lebih daripada 1,000 kanak-kanak dan 50 tadika dari seluruh negara, festival ini dijangka menjadi salah satu acara terbesar dan paling meriah dalam kalendar pendidikan dan hiburan kanak-kanak pada tahun ini.
Kerjasama Strategik
Kerjasama antara Pa&Ma, Bintang Kecil, dan Simpan SSPN memastikan bahawa Edutainment Fest bukan sahaja menghiburkan tetapi juga mendidik. Pa&Ma dan Bintang Kecil, yang dikenali dengan program-program dan kandungan berkualiti untuk keluarga dan kanak-kanak, akan memastikan festival ini menawarkan pengalaman yang bermakna. Simpan SSPN pula akan memberikan penerangan dan maklumat berkenaan kepentingan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak.
Ads
Lokasi Strategik di Datum Jelatek KL
Terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, Datum Jelatek KL merupakan lokasi yang sempurna untuk mengumpulkan kanak-kanak dan keluarga dari pelbagai lapisan masyarakat. Reka bentuk moden dan fasiliti yang lengkap menjadikan Datum KL lokasi yang ideal untuk acara berskala besar seperti ini. Tidak hanya lengkap dengan aktiviti bahkan disedia segala kemudahan untuk membawa anak-anak beriadah.
Ads
Sarat aktiviti menarik
Sebagai panduan untuk mak ayah, ini merupakan senarai aktiviti penuh sepanjang dua hari berlangsung. Antara program yang bakal berlangsung pada hari Sabtu adalah Himpunan Merdeka, Pertandingan Mewarna, Playdate With Didi & Friends, Merdeka Catwalk Marathon dan Meet & Greet Catsfluencer.
Ahad pula dihidangkan dengan aktiviti Saya Anak Malaysia, Borak Pa&Ma, Baby Marathon, BK Fantastic Pre School dan persembahan Squad Bintang Kecil.
Edutainment Fest 2024 adalah satu acara yang tidak boleh dilepaskan oleh ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka berkembang dalam suasana yang positif dan menyeronokkan. Sertai kami di Datum Jelatek KL pada 24 dan 25 Ogos ini dan jadikan hujung minggu anda penuh dengan kegembiraan dan pembelajaran!
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengeluarkan arahan kepada semua premis yang menjalankan aktiviti penjualan produk ais krim yang dicampur ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) agar menghentikan serta-merta penjualan produk itu bagi keselamatan pengguna.
KKM dalam kenyataan memaklumkan, arahan itu susulan semakan KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) terhadap aktiviti penjualan produk berkenaan di premis ditularkan yang mendapati ais krim berkenaan disediakan bersama picagari berisi ubat batuk Pei Pa Koa.
Kementerian itu menyebut Seksyen 13B (2) Akta Makanan 1983 tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
“Pihak industri makanan diingatkan supaya bertanggungjawab untuk memastikan semua produk makanan yang dijual mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya walaupun bagi tujuan untuk pemasaran dan melariskan jualan,” menurut kenyataan itu.
Arahan sama turut diberikan kepada semua media pengiklanan termasuk platform e-dagang dan media sosial agar menghentikan penyiaran iklan makanan berkenaan.
Kementerian itu turut menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dengan isu keselamatan makanan dan sentiasa berhati-hati semasa membeli produk makanan yang mungkin diaduk dengan bahan tidak sesuai atau tidak selamat untuk dimakan.
Ubat batuk Pei Pa Koa adalah produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM di bawah kategori Tradisional yang digunakan untuk melegakan sakit tekak serta batuk dengan kontraindikasi bagi wanita hamil seperti yang dinyatakan pada label. – BERNAMA
Siapa je yang tak kenal dengan Nur Tiara Zinnirah atau mesra dipanggil Tiara kan? Anak kepada pasangan Achey dan Anne ini selalu menjadi perhatian ramai kerana perangainya yang lucu. Ada saja perkara yang dibuat, yang tak tercapai dek akal.
Tak berapa lama dulu Tiara mencuit hati ramai dengan gelagatnya yang memakai gigi palsu nenek, rambutnya tersangkut di tiang gol dan banyak lagi tetapi kali ini lain pula. Anne memuatnaik sebuah video di mana Tiara menarik wagon trolley yang diduduki seorang lelaki.
Bukan sekadar tarik biasa ya, tapi Tiara mampu menggerakkan wagon trolley tersebut dalam jarak yang agak jauh.
Bukan sekadar membuat pusingan di kawasan sekitar, akhirnya Tiara tinggalkan lelaki tersebut! Namun, dia berpatah balik dan meminta supaya dirinya pula yang ditarik. Kuatnya Tiara mampu tarik orang dewasa, selamba pula tu!
Ramai yang terhibur dengan keletah Tiara terutamanya part dia lari tinggalkan abang yang ditarik. Terdiam sekejap abang duduk dalam wagon trolley tu, mujur Tiara patah balik. Semoga Tiara terus membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik okay!
Membawa anak ke masjid untuk solat Tarawih boleh menjadi satu cabaran kepada mak ayah. Namun, dengan beberapa langkah berikut, pengalaman ini boleh menjadi lebih positif.
Mak ayah juga perlu lebih kreatif bagi memastikan anak-anak terjaga dengan baik dan paling penting mood mereka terkawal dan seronok ke masjid.
1. Ajar adab di masjid sebelum pergi
Sebelum membawa anak ke masjid, terangkan kepada mereka tentang adab yang perlu diamalkan seperti tidak membuat bising dan menghormati jemaah lain yang sedang solat. Ini adalah langkah awal dalam ajar anak solat tarawih dengan baik.
2. Sediakan aktiviti ringkas
Jika anak masih kecil, bawa buku cerita Islamik atau mainan kecil yang tidak bising untuk mereka mainkan semasa ibu bapa bersolat. Ini boleh membantu mereka duduk dengan tenang sepanjang tempoh solat.
3. Pastikan anak kenyang dan cukup rehat
Pastikan anak sudah makan dan mendapat rehat yang mencukupi sebelum ke masjid. Anak yang letih atau lapar cenderung untuk berasa tidak selesa dan mudah meragam.
Bagi tempoh yang lama untuk menunggu, anak biasanya akan mula meragam dan tidak selesa. Pastikan mereka kenyang!
4. Tentukan tempat yang sesuai untuk anak duduk
Pilih tempat di bahagian belakang saf atau kawasan yang mudah untuk membawa anak keluar jika mereka menjadi terlalu aktif.
Ini juga memudahkan ibu bapa untuk mengawal pergerakan anak semasa solat selain ajar anak solat tarawih.
5. Beri ganjaran dan pujian
Selepas solat, berikan pujian kepada anak atas tingkah laku baik mereka di masjid. Ganjaran kecil seperti makanan kegemaran juga boleh diberikan sebagai motivasi.
6. Daftar pusat asuhan masjid
Sesetengah masjid juga turut mewujudkan pusat asuhan bagi menempatkan kanak-kanak ini sepanjang ibu bapa bersolat. Jadi anak-anak tidak akan menggangu ketika ibu dan ayah melakukan ibadah solat. Hanya daftarkan sahaja dan biarkan anak bermain bersama rakan-rakan.
Nikmati keseronokan sebenar dengan main di taman bersama kawan! Ketahui kenapa dunia luar lebih menyeronokkan daripada skrin dan bagaimana aktiviti ini membantu badan serta minda jadi lebih sihat.