Seperti mana mamanya yang banyak gelagat mencuit hati ketika LIVE, begitu jugalah dengan anak bongsu MuaBellaz. Bukan saja comel tetapi telatah anak bongsu pempengaruh media sosial itu, Wara, sering menarik perhatian ramai. Ada saja benda yang dibuat yang mengusik hati.
Melalui sebuah video yang dikongsikan pemilik akaun Instagram ain.fatin.lyana, yang telah mengambil sedutan sesi LIVE MuaBellaz bersama anaknya telah mengundang tawa orang ramai kerana gelagat Wara yang ‘menguji’ kesabaran mamanya.
Ads
Pada awalnya, dua beranak ini menyanyi sebelum Wara menjawab soalan MuaBellaz ketika ditanyakan apa yang ada pada muka mama. Dengan selamba dia memberitahu di wajah mama ada jerawat.
Ads
Mendengarkan jawapan Wara, MuaBellaz mengiyakan kata-kata anaknya itu. Walaupun begitu, dia sempat berpesan supaya tidak menegur wajah orang seperti itu.
Ads
Kemudian MuaBellaz meminta Wara untuk mempromosikan maskara. Dalam kesibukan mamanya bercakap tanpa disedari Wara telah membuka penutup maskara dan memakainya. Habis comot!
Apabila melihat wajah anaknya itu, MuaBellaz terperanjat dan segera mengambil tisu untuk membersihkan kesan maskara tersebut. Alahai, macam-macam ragam ya Wara! Makin lama, makin menurun minat mekap mama. Sikit je lagi pandailah pakai maskara tak comot dah kan?
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Masuk Tahun 4, korang bukan saja belajar subjek baru, tapi juga mula buat satu keputusan penting iaitu memilih kokurikulum Tahun 4.
Haa… yang ni selalu buat budak-budak pening sikit.
Nak masuk sukan ke?
Badan beruniform ke?
Atau kelab yang boleh buat aktiviti fun-fun?
Jangan risau! Ini tip untuk semua supaya tak salah pilih kelab dan badan beruniform mana yang disukai.
Sebelum ikut cakap kawan atau sekadar ikut-ikut saja, cuba tanya diri sendiri dulu. Ini langkah paling penting bila nak pilih kokurikulum Tahun 4 yang sesuai.
Korang jenis macam mana?
Kalau suka bergerak, sukan atau permainan memang sesuai dengan diri korang.
Kalau suka seni dan idea, kelab atau persatuan pun best.
Kalau suka cabaran dan disiplin, badan beruniform memang ngam!
Untuk murid Tahun 4, biasanya sekolah sediakan tiga jenis kokurikulum utama. Kenal dulu, baru senang nak buat pilihan.
Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, olahraga dan banyak lagi.
Aktiviti ni sesuai untuk murid yang aktif, suka bergerak dan tak takut berpeluh. Selain sihatkan badan, sukan juga ajar semangat berpasukan dan disiplin masa.
Kelab dan persatuan sesuai untuk murid yang suka berfikir, bercakap, mencuba idea baru dan buat projek bersama kawan-kawan. Kokurikulum Tahun 4 jenis ini bantu tingkatkan keyakinan diri.
Badan beruniform pula sesuai untuk murid yang suka belajar disiplin, kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan. Banyak aktiviti luar kelas yang menyeronokkan juga!
Memang seronok kalau dapat satu aktiviti dengan kawan baik. Tapi ingat, minat setiap orang tak sama.
Kalau kawan pilih bola sepak tapi korang tak suka berlari, nanti cepat penat dan bosan. Akhirnya, kokurikulum Tahun 4 yang sepatutnya menyeronokkan jadi beban.
Pilihlah aktiviti yang buat korang rasa gembira dan tak sabar nak datang setiap minggu.
Setiap murid ada tahap tenaga dan jadual yang berbeza. Kalau korang cepat penat, pilih aktiviti yang tak terlalu lasak.
Kalau korang ada kelas tambahan, pilih kokurikulum Tahun 4 yang tak buat korang stres atau terlalu padat. Ingat, kokurikulum bukan untuk menyusahkan, tapi untuk gembirakan diri dan belajar benda baru.
Kalau masih keliru, jangan pendam sorang-sorang.
Cuba tanya:
Kadang-kadang orang dewasa nampak bakat kita yang kita sendiri tak perasan.
Kokurikulum bukan sekadar dapat markah dalam laporan sekolah.
Ia tempat korang belajar:
✔️ Berkawan dan bekerjasama
✔️ Berani cuba benda baru
✔️ Jadi lebih yakin dengan diri sendiri
Tak kisah apa pun pilihan kokurikulum Tahun 4 korang, yang penting buat dengan gembira, konsisten dan bersungguh-sungguh.
Selamat memilih kokurikulum, hero dan heroin Tahun 4!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi pasangan selebriti, Amyra Rosli dan Amar Baharin kerja berpasukan bersama keluarga serta dua anak mereka menjadi keutamaan mereka di rumah.
Kata Amyra, dia tidak mempunyai pembantu rumah jadi kerja-kerja di rumah dilakukan secara berpasukan termasuk dua anaknya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia dan Amar juga turut mendidik dua anak mereka, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa dalam melakukan kerja-kerja rumah.
“Sekarang pun kami dah didik anak-anak kami, makan basuh pinggan sendiri, baju masuk bakul.
“Kami dah mula ajar mereka, sebab kami tiada pembantu dan ‘teamwork’ dalam family sangat penting walaupun anak baru berumur 4 tahun,” jelas Amyra.
Bahkan kata Amyra, dia paling beruntung kerana dia dan suami mempunyai citarasa yang sama bahkan kerja menguruskan kediamannya dilakukan bersama-sama tanpa rasa ada tekanan untuk berlebih-lebih.
“Kami tiada jadual khas untuk bersihkan rumah. Tapi Myra dan Amar, masing-masing dah pandai sendiri (dalam mengemas rumah). Ada masa kami terlalu ‘busy’ dan rumah bersepah, Amar tak kisah.
“Jadi bila suami tak kisah, tiada ‘pressure’ dalam bersihkan rumah, kita akan selalu bersihkan rumah mengikut waktu lapang. Namun Myra dan Amar sukakan rumah yang bersih dan lapang, jadi kita selalu buat,” ujarnya.
Berkongsi mengenai dekorasi rumah pula, kata Amyra dia dan suami cukup serasi dalam menghias rumah.
“Mengenai citarasa dekorasi rumah, Myra tidak mempunyai masalah dengan Amar. Sebab kami mempunyai ‘taste’ yang sama.
“Rumah yang kami duduk sekarang berkonsep moden, rumah yang akan berpindah nanti Insya Allah berkonsep macam ‘English Cottage’,” kata Amyra yang kini masih dalam proses renovasi serta dekorasi rumah baru.
Pasangan bahagia ini mendirikan rumahtangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan 2 orang cahayamata iaitu Aqeef Anaqi,7 dan Ayra Arissa,4.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Melawat muzium bukan lagi aktiviti membosankan seperti yang disangka ramai. Kini, banyak muzium di Malaysia tampil dengan konsep interaktif, penuh warna dan direka khas untuk menarik minat kanak-kanak.
Selain memberi pengalaman menyeronokkan, muzium-muzium ini juga menjadi ruang pembelajaran yang kreatif menggabungkan sains, seni, sejarah dan budaya dalam bentuk permainan dan aktiviti yang mudah difahami oleh si kecil.
Berikut adalah empat muzium di Malaysia yang sangat sesuai untuk lawatan kanak-kanak. Setiap satu mempunyai elemen interaktif, pendidikan dan menyeronokkan untuk anak-anak dan keluarga.
Dibuka pada 1 Februari 2025, ia merupakan muzium pertama di Malaysia yang khusus untuk kanak-kanak dimana ia menggabungkan sains, seni dan inovasi dalam satu ruang.
The Star
Aktiviti dan zon termasuk: Zon permainan fizikal & deria untuk anak kecil, Junior Makerspace (untuk kreativiti & bina‐cipta), Literacy Zone (membaca & bercerita), dan zon STEM.
Tip: Disyorkan untuk membuat tempahan awal untuk sesi bengkel atau aktiviti khas, kerana ia agak baru dan popular.
Terletak di dalam menara Petronas Twin Towers, Kuala Lumpur dan satu pusat sains dan teknologi yang sangat digemari keluarga. Sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar kerana banyak pameran interaktif tentang sains, minyak & gas, teknologi.
Tip: Pastikan datang awal supaya cukup masa untuk meneroka semua galeri; mungkin bawa sedikit snek untuk rehat anak kecil.
Walaupun bukan “muzium untuk kanak-kanak” secara eksklusif, tetapi mempunyai zon kanak-kanak yang sangat menarik seperti Perpustakaan Kanak-Kanak, sesi bercerita & kraf setiap hujung minggu.
Sesuai untuk anak-anak yang berumur 4-12 tahun, terutamanya yang suka bercerita, membaca atau seni kreatif.
Tip: Pergi pada hujung minggu untuk sertai aktiviti khas; boleh juga cari “Museum Quest” yang menjadikan lawatan lebih menyeronokkan untuk kanak-kanak.
Bahagian “Children’s Gallery” di muzium ini direka khas untuk kanak-kanak dengan permainan tangan, aktiviti interaktif berdasarkan konsep “Simpan, Belanja dan Kongsi”.
museum.bnm.gov.my
Tarikan khas: Terowong RM1 Juta, aktiviti membuat nota sendiri yang menarik untuk kanak-kanak tertarik dengan wang, ekonomi asas.
Tip: Walaupun kanak-kanak boleh masuk, ibu bapa mungkin perlu bantu mereka memahami beberapa konsep yang lebih “dewasa” seperti wang dan ekonomi.
Kalau anak suka bermain ‘polis-polis’ atau teruja dengan kenderaan peronda, Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah tempat yang wajib dilawati. Terletak berhampiran Taman Tasik Perdana, muzium ini bukan sekadar menonjolkan sejarah pasukan keselamatan negara, tetapi juga direka supaya menarik untuk kanak-kanak.
Di sini, anak-anak boleh melihat koleksi motosikal, kereta peronda, dan helikopter polis sebenar dari pelbagai era. Bahagian luar muzium mempamerkan kenderaan bersaiz sebenar tempat yang cukup popular untuk bergambar keluarga. Di dalam pula, terdapat pameran interaktif tentang uniform, senjata, dan kisah wira negara yang mudah difahami kanak-kanak.
Selain itu, lawatan ke Muzium PDRM juga boleh memupuk rasa hormat terhadap pasukan keselamatan dan nilai disiplin. Untuk ibu bapa, ini juga peluang mendidik anak tentang kepentingan undang-undang dan tanggungjawab sosial dengan cara yang menyeronokkan.
Lokasi: Jalan Perdana, Kuala Lumpur Waktu Operasi: 10 pagi – 6 petang (ditutup pada Isnin) Kemasukan: Percuma
Sebelum pergi, semak jam operasi terkini & yuran masuk (terutamanya untuk bengkel khas). Untuk kanak-kanak yang lebih aktif/aktif fizikal, pilih muzium yang menyediakan kawasan permainan fizikal atau makerspace.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!