Gelagat anak-anak ni memang di luar dugaan. Kita pun ada masanya tak sangka apa yang anak boleh buat bila kita tak ada untuk pantau mereka. Anak zaman sekarang pun lebih advance dan pandai buat sesuatu dengan hanya memerhatikan ibu ayahnya.
MuaBellaz ada berkongsi sebuah video anak bongsunya, Wara, membuat ASMR. Kalau dilihat, Wara seperti membuka kamera sendiri untuk merakam dirinya. Video pendek itu ternyata menarik perhatian ramai dan rata-rata mengatakan mereka sukakan ASMR Wara.
Biarpun hanya berdurasi 36 saat dan baru saja 15 minit dikongsikan di media sosial MuaBellaz, video itu telah mendapat lebih kurang 15k tontonan. Awak ni Wara, memang ada aura!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah rasa takut-takut nak menangis sebab malu pada kawan? Sebenarnya, menangis itu perkara biasa. Ia berlaku bila hati kita sedang penat dan perlukan rehat. Tak perlu malu pun!
Yang perlu korang tahu, air mata bukan keluar tanpa sebab. Bila kita sedih, kecewa atau takut, badan akan beri tindak balas.
Dari sudut sains, menangis membantu badan lepaskan hormon stres. Hormon ini buat kita rasa gelisah dan tidak tenang. Bila air mata keluar, badan mula rasa lebih lega dan tenang sedikit. Sebab itu lepas menangis, kita selalunya rasa lebih ringan di dada.
Semasa menangis, pernafasan kita perlahan semula. Ini bantu jantung dan otak jadi lebih tenang.
Otak dapat rehat sekejap daripada perasaan yang kuat. Walaupun masalah belum selesai, badan rasa lebih baik.
Budak kuat bukan budak yang simpan semua perasaan. Budak kuat ialah budak yang berani cakap dia sedih dan perlukan bantuan.
Menangis bukan tanda lemah. Ia tanda kita jujur dengan diri sendiri.
Menangis bukan bermaksud kita kalah. Ia cuma berhenti sekejap untuk tarik nafas.
Lepas itu, kita lap air mata dan cuba lagi. Macam hujan yang turun, kemudian matahari muncul.
Tak apa menangis. Menangis baik untuk badan dan otak. Ia bantu lepaskan stres dan buat kita rasa lebih tenang.
Ingat satu perkara penting. Budak kuat pun boleh menangis.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kita berbeza-beza. Ada yang lebih cepat belajar dengan apa yang didengari namun ada pula yang peka dengan apa yang dilihatnya.
Bagaimana pula dengan anak ‘Naturalistic Learner’? Mak ayah biasanya jarang menyedari anak ‘Naturalistic Learner’ yang sememangnya amat menyukai alam di sekelilingnya.
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol menerusi Instagram beliau, anak ‘Naturalistic Learner’ lebih mudah belajar bila berada di luar rumah berbanding ketika di dalam rumah. Ikuti perkongsian beliau.
Seminggu ni saya tengok anak saya asyik meragam je. Makin lama makin susah nak tidur malam.
Fikir punya fikir baru saya tersedar. Dah makin jarang saya bawa anak bermain di luar rumah.
Selalunya hampir setiap hari saya bawa anak naik basikal jauh sampai ke kebun pokok getah.
Kat situlah anak-anak kutip biji getah, ranting kayu dan daun yang menarik coraknya untuk dibawa balik.
Mula-mula saya fikir entah apa yang anak saya ni main. Lama-lama baru saya faham yang anak saya ni jenis Naturalistic Learner.
Dia ni jenis yang lagi cepat belajar bila dikelilingi oleh alam semulajadi.
Selain itu, kanak-kanak Naturalistic Learner ni suka:
* Libatkan diri dengan hands-on activities.
* Suka aktiviti di luar rumah atau bilik darjah.
* Suka belajar mengenai binatang dan tumbuh-tumbuhan.
* Suka aktiviti yang membolehkan mereka menyentuh dan memegang.
Nak anak belajar dengan lebih cepat, buat je aktiviti ni dengan anak:
– Main kad atau board game di atas rumput.
– Main anak patung di bawah pokok
– Berkebun bersama
– Bermain dalam lumpur
– Mandi dalam hujan
– Panjat pokok
– Bermain dengan ranting kayu
– Ajar anak perhatikan langit
– Bawa mainan yang biasa main di dalam rumah ke luar rumah
Mengikut kajian kanak-kanak anya perlukan 10 minit sehari untuk bermain di luar rumah.
Tapi kebanyakkan kanak-kanak meluangkan masa 7.5 jam sehari menghadap skrin elektronik.
Satu daripada lima kanak-kanak hanya bermain di luar rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Tip untuk mak ayah:
* Luangkan masa sekurang-kurangnya 20 minit, tiga kali seminggu bersama anak di luar rumah.
* Kajian menunjukkan bermain di luar bersama alam sekitar dapat menurunkan hormone stress (kortisol).
Hari ini jom bawa anak bermain di halaman rumah.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Risaunya ramai kawan-kawan dah kena demam influenza. Sebagai langkah keprihatinan, kerajaan negeri Selangor melancarkan program vaksin influenza percuma Selangor untuk membantu keluarga berpendapatan rendah (B40) melindungi anak-anak mereka daripada jangkitan yang semakin meningkat.
Seramai 12,500 murid B40 di seluruh Selangor bakal menerima vaksin influenza percuma bermula minggu depan. Program ini dijalankan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan aplikasi SELangkah.
EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin, menjelaskan bahawa program vaksin influenza percuma ini akan dilaksanakan di empat daerah yang merekodkan kadar kes tertinggi iaitu Petaling, Klang, Gombak dan Hulu Langat. Sebanyak RM1 juta diperuntukkan bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.
Menurut beliau, program ini penting bagi memastikan kanak-kanak daripada keluarga B40 mendapat perlindungan imunisasi yang lebih optimum. Ia juga dapat mengurangkan risiko penularan influenza dalam komuniti setempat.
JKNS menyarankan agar murid berusia lapan tahun ke bawah menerima dua dos vaksin influenza, kecuali bagi mereka yang pernah menerima vaksin yang sama sebelum ini. Langkah ini dapat memberikan perlindungan imunisasi yang lebih berkesan kepada kanak-kanak yang berisiko tinggi dijangkiti influenza.
Program vaksin influenza percuma Selangor ini akan dilaksanakan melalui dua kaedah utama bagi memastikan lebih ramai murid mendapat manfaatnya:
Pasukan perubatan akan digerakkan ke sekolah-sekolah, terutamanya sekolah yang mempunyai Pusat Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Seramai 4,720 murid berumur lapan tahun ke bawah daripada keluarga B40 akan menerima vaksin influenza secara percuma di sekolah masing-masing.
Setiap murid juga akan menerima risalah maklumat lengkap mengenai program ini, termasuk kod QR khas untuk pendaftaran dalam talian melalui aplikasi SELangkah. Kaedah ini membantu ibu bapa memantau status kesihatan anak-anak selepas menerima vaksin.
Bagi murid daripada keluarga B40 yang mempunyai penyakit kronik tetapi tidak bersekolah di institusi dengan PPKI, mereka boleh mendapatkan vaksin influenza percuma Selangor melalui kaedah ‘walk in’ di klinik Selcare dan klinik panel terpilih.
Ibu bapa perlu mendaftar dan mengesahkan status melalui aplikasi SELangkah sebelum hadir ke klinik bagi memudahkan proses vaksinasi dan pengesahan penerima manfaat.
Kerajaan negeri berharap inisiatif vaksin influenza percuma Selangor ini dapat membantu mengurangkan kadar jangkitan dalam kalangan murid serta meringankan beban keluarga berpendapatan rendah. Ia juga menjadi contoh program kesihatan awam yang efektif dalam melindungi generasi muda daripada risiko penyakit bermusim seperti influenza.
Program ini menegaskan kepentingan imunisasi awal sebagai benteng pertahanan kesihatan masyarakat. Diharapkan lebih banyak inisiatif seperti ini diteruskan bagi memastikan kesihatan rakyat sentiasa terpelihara.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!