Lain dari yang lain. Jika biasanya rombongan sekolah naik bas, lain pula kisahnya sebuah sekolah tadika di Kuantan yang membawa anak-anak muridnya menaiki kapal terbang untuk lawatan ke Kuala Lumpur.
Melalui satu akaun Tik Tok aznia.razizan, kesemua anak-anak murid merasai pengalaman paling manis bila di bawa oleh guru mereka menaiki penerbangan Kuantan-Kuala Lumpur.
Ads
Menurut perkongsian, kos yang dianggarkan adalah sekitar RM300 hingga RM350 termasuk kesemua perjalanan untuk menaiki kapal terbang, ERL, lawatan ke Petrosains serta makan dan minum.
Ads
Pun begitu dimaklumkan ibu bapa hanya perlu membayar sekitar RM170 hingga RM180 sahaja untuk kesemua perjalanan itu.
Ads
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya memuji usaha cikgu untuk memberi pengalaman paling bermakna buat anak-anak.
Tidak hanya satu pengalaman baru bahkan keseronokkan terbang di udara bersama kawan-kawan pastinya satu pengalaman yang cukup bermakna buat mereka.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Kebimbangan terhadap pengaruh permainan dalam talian yang semakin berleluasa mendorong kerajaan mengambil langkah baharu bagi melindungi kesejahteraan mental dan keselamatan digital kanak-kanak di Malaysia. Langkah baharu ini memberi tumpuan kepada isu kawal selia dan pelesenan permainan popular seperti Roblox yang kini dikategorikan sebagai berisiko tinggi kepada golongan bawah umur.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, mendedahkan bahawa Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang meneliti mekanisme kawal selia baharu untuk melesenkan beberapa permainan dalam talian termasuk Roblox, Grand Theft Auto (GTA), Call of Duty, PUBG, Free Fire, Fortnite, Dead by Daylight, Among Us, Horrorfield dan The Outlast Trials.
Menurut Fahmi, usaha ini timbul selepas beberapa insiden membimbangkan yang melibatkan kanak-kanak dan permainan dalam talian. Katanya, kementerian kini menilai bentuk peraturan paling sesuai bagi mengawal kandungan serta akses kepada permainan yang mengandungi unsur ganas, jenayah dan perjudian.
“Kami sedang menilai bentuk peraturan terbaik dan paling berkesan. Buat masa ini belum ada keputusan muktamad, namun kerajaan tidak akan berdiam diri dalam isu ini. Saya juga menyeru ibu bapa agar lebih peka dan memantau penggunaan internet anak-anak,” katanya.
Perbincangan mengenai pelesenan Roblox semakin hangat selepas insiden tragis di Kampung Parit Nipah Laut, Batu Pahat, Johor, di mana seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cedera parah selepas ditikam abangnya yang berusia sembilan tahun akibat pertengkaran berkaitan permainan Roblox.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, suspek bertindak di luar kawalan selepas kehilangan hampir sejuta mata permainan apabila telefon bimbitnya rosak. Kes ini sekali lagi mencetuskan persoalan sejauh mana permainan digital mampu mempengaruhi emosi dan tingkah laku kanak-kanak.
Datuk Fahmi turut mendedahkan bahawa kementeriannya telah bertemu dengan wakil Roblox untuk membincangkan isu keselamatan pengguna bawah umur. Malah, beliau mengakui sendiri melarang anak-anaknya bermain permainan tersebut dan telah memadam aplikasi itu daripada semua peranti di rumah.
Langkah kerajaan melesenkan permainan seperti Roblox dilihat sebagai usaha proaktif bagi membendung kesan negatif permainan dalam talian terhadap kanak-kanak. Dalam masa yang sama, inisiatif ini juga menjadi peringatan kepada ibu bapa agar sentiasa memantau aktiviti digital anak-anak demi keselamatan mereka.
Sumber: Berita Harian
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut pada 31 Oktober ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa ada cuti sekolah tambahan untuk sekolah-sekolah di Malaysia.
Cuti sekolah tambahan ini dipecahkan mengikut dua kategori kumpulan iaitu A dan B. Bagi Kumpulan A, ia terdiri daripada sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Manakala Kumpulan B pula sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Ini tarikh penting cuti perayaan Deepavali sebagai panduan bersama.
30 Oktober 2024 (Rabu) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan A)
31 Oktober 2024 (Khamis) – Cuti Deepavali (Kumpulan A dan Kumpulan B)
30 Oktober 2024 (Rabu) dan 1 November 2024 (Jumaat) – Cuti Tambahan KPM (Kumpulan B kecuali Sarawak)
Sarawak sahaja: Tiada cuti tambahan
Kesimpulannya, keseluruhan cuti yang diberikan oleh KPM adalah seperti berikut:
1. Kumpulan A: 30 Oktober hingga 2 November (Rabu hingga Sabtu)
2. Kumpulan B kecuali Sarawak: 30 Oktober hingga 3 November (Rabu hingga Ahad)
Wah nampaknya mak ayah sudah boleh merancang cuti-cuti dengan anak hujung bulan ini.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah tak balik sekolah, pastu mak terus cakap, “Eh, bau apa ni? Macam telur busuk!” Ha, jangan risau, bukan korang sorang je! Ramai budak-budak pun kena juga benda ni. Tapi kenapa ya bau badan?
Sebenarnya, masa kat sekolah kita banyak berpeluh sebab main, berlari, dan duduk lama dalam kelas. Bila peluh bercampur dengan habuk dan peluh lama, badan pun mulalah “beraroma telur rebus”! Tapi jangan risau, sebab ramai mak-mak dah kongsi cara nak hilangkan bau ni. Jom tengok!
Kalau korang mandi sendiri, pastikan gosok betul-betul kat leher, belakang telinga, ketiak, dan kaki. Bahagian tu selalu jadi tempat daki menyorok. Kalau tak hilang daki, bau pun takkan hilang. Nak lagi wangi, guna sabun yang ada bau lemon atau buah-buahan untuk kurangkan bau badan!
Ada mak cakap, bila tukar sabun daripada sabun budak ke sabun dewasa (macam sabun Fruitale hijau tu), bau badan anak terus berkurang. Badan pun rasa segar sampai petang! Tapi kalau kulit korang sensitif, pilih sabun lembut yang sesuai untuk kanak-kanak, ya.
Untuk yang dah besar sikit, boleh cuba deodoran khas untuk kanak-kanak. Ada juga mak yang guna tawas, sapu sikit kat ketiak, kepala, dan tengkuk. Bau peluh terus “bye-bye”! Kalau nak lebih wangi, boleh juga sapu minyak kasturi sikit bagi bantu kurangkan bau badan.
Nak bau wangi sepanjang hari? Sembur body mist sikit je kat kolar baju atau lencana sekolah. Bila kawan lalu pun mesti cakap, “Wah, wangi la kau hari ni!” Tips ni memang membantu korang kekal yakin dan bebas dari bau badan yang tak selesa.
Kesimpulannya, kalau mak cakap bau telur, jangan malu! Semua orang pernah lalui. Yang penting, rajin mandi, jaga kebersihan, dan pilih sabun yang sesuai. Bila badan dah wangi, mood pun happy, mak pun senyum!
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan aktif dalam membantu anak belajar cara mandi dan menjaga kebersihan diri dengan betul sejak kecil. Dengan penjagaan yang konsisten, masalah bau badan anak boleh diatasi dengan mudah dan anak pun lebih selesa ke sekolah setiap hari.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!