Cemas dibuatnya bila sijil kelahiran anak hilang dalam simpanan. Apa nak buat? Mak ayah jangan cemas kerana boleh memohon semula sijil kelahiran secara online sahaja. Mudah!
Anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) secara online. Ini panduan untuk anda.
Kelayakan Memohon Sijil Lahir Yang Hilang Di Portal JPN
Permohonan bagi mendapatkan salinan dokumen penting ini hanya boleh dilakukan oleh individu yang berikut sahaja:
* Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport;
* Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran;
* Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran;
* Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran;
* Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran;
* Penjaga yang sah bagi kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991;
* Firma Guaman;
* Badan Berkanun;
Ads
* Agensi kerajaan.
Cara mendaftar:
1. Layari portal JPN
2. Klik pada pautan Permohonan Cabutan / Salinan Sijil Kelahiran Yang Diperakuit Dalam Talian
3. Pengguna akan dibawa ke halaman Sistem Cabutan / Salinan SIjil Kelahiran
4. Bagi penggguna baru, klik pada butang “Daftar Pengguna Baru”. Sekiranya sudah mempunyai akaun, klik pada butang “Log Masuk”
5. Laman pendaftaran pengguna baru akan dipaparkan
Ads
6. Pengguna mestilah mengisi dengan lengkap maklumat yang dikehendaki.
7. Setelah selesai pendaftaran, pengguna akan menerima emel dari “mygovernment@malaysia.gov.my”.
8. Klik pada buta yang tertera dalam emel tersebut untuk membuat pengesahan emel dan mengaktifkan akaun.
9. Selepas mengklik pada butang tersebut, pengguna akan dibawa ke halaman untuk menetapkan kata laluan baru.
Log masuk ke akaun
Setelah menyelesaikan langkah-langkah di atas, pengguna boleh log masuk ke dalam akaun yang telah didaftarkan untuk memulakan proses mendapatkan salinan sijil kelahiran dan surat beranak.
1. Di halaman log masuk, masukkan nombor MyKad (dewasa) atau emel dan kata laluan yanng telah didaftarkan
2. Pengguna kemudiannya akan di bawa ke laman utama system
Ads
Proses permohonan
1. Pengguna mestilah membaca terma dan syarat yang telah ditetapkan
2. Sekiranya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut, klik pada butang SETUJU di penghujung halaman tersebut untuk meneruskan permohonan
3. Pengguna perlu memilih kategori permohonan – pemilik atau waris
4. Waris terdiri daripada golongan berikut:
– Ibu bapa
– Adik-bradik
– Pasangan
5. Sekiranya pengguna adalah “Waris”, satu borang permohonan lain akan dipaparkan dan borang permohonan tersebut mestilah dilengkapkan
6. Setelah selesai mengisi, pengguna akan dipaparkan dengan satu halaman khas yang menyatakan permohonan anda telah Berjaya
7. Cetak slip permohonan tersebut untuk dibawa ke kaunter bagi urusan selanjutnya.
8. Sekiranya permohonan gagal, segera ke kaunter JPN yang berdekatan anda dengan segera
Dulu, waktu mak ayah kita kecil, mereka seronok sangat bermain di luar rumah. Ada yang main kejar-kejar, main cop tiang, lompat getah, atau naik basikal keliling taman. Mereka ketawa, berpeluh dan gembira walaupun permainan mereka sangat simple! Aktiviti seperti main di taman buat mereka sihat dan ceria setiap hari.
Sekarang? Ramai antara kita lebih suka duduk dalam rumah, pegang telefon atau tablet. Tengok video lucu, main game, sampai lupa nak keluar main. Tapi… betul ke seronok macam tu? Kalau bandingkan dengan main di taman dan jumpa kawan, rasa seronoknya lain macam!
Kenapa Kita Suka Sangat Gajet?
Dalam otak kita ada satu bahan yang dipanggil dopamin. Bila kita tengok video, main game atau menang dalam permainan, otak keluarkan dopamin bahan yang buat kita rasa seronok! Tapi kalau terlalu banyak, otak kita jadi cepat bosan dengan benda lain.
Sebab itu bila mak suruh baca buku atau main di taman, kita rasa “eh, tak best pun”. Padahal bila dah keluar, jumpa kawan dan gelak sama-sama, kita akan rasa jauh lebih bahagia.
Macam Mana Nak Ubah?
Kita boleh cuba perlahan-lahan! Tak perlu terus berhenti guna gajet, tapi boleh mula kurangkan masa skrin sedikit demi sedikit.
Kurangkan masa gajet
Cuba guna gajet sekejap saja setiap hari. Lepas tu, buat aktiviti lain yang seronok seperti main di taman bersama kawan. Bila badan bergerak dan otak berehat daripada skrin, kita akan rasa lebih segar!
Main di luar rumah
Pergi taman, naik basikal, main bola, atau panjat gelongsor! Semua aktiviti ni bukan sahaja menyeronokkan, tapi juga baik untuk kesihatan. Bila main di taman, kita dapat udara segar dan tenaga baharu untuk terus aktif sepanjang hari.
Luangkan masa dengan keluarga dan kawan
Baca buku dengan mak ayah, main sama-sama dengan adik, atau sembang dengan kawan di sekolah. Hubungan jadi lebih rapat, dan kita belajar menghargai masa bersama tanpa gangguan skrin.
Dunia Sebenar Lagi Seronok!
Kita kadang-kadang tak sedar, dunia di luar skrin sebenarnya sangat indah. Bila kita main di taman, kita boleh dengar burung berkicau, rasa angin sejuk dan tengok awan bergerak perlahan di langit.
Cuba bayangkan kalau hari-hari tengok skrin, kita mungkin terlepas semua keindahan tu. Bila kita keluar dan jumpa kawan, ada pelbagai cerita dan gelak ketawa yang tak boleh diganti dengan video atau permainan dalam telefon.
Kita Semua Boleh Cuba!
Mula dengan langkah kecil. Kurangkan skrin, banyakkan main di taman, dan sentiasa senyum! Dunia luar menunggu kita dengan pelbagai warna dan cerita. Setiap kali kita keluar bermain, kita bukan saja menjaga kesihatan tubuh, tapi juga menjaga hati dan minda.
Ingat, bila kita main di taman dan jumpa kawan, kita sedang cipta kenangan indah yang akan kekal dalam ingatan. Dunia sebenar ini jauh lebih berharga daripada apa yang kita lihat di skrin. Jadi, jom keluar, hirup udara segar dan nikmati masa bersama kawan serta keluarga. Itulah keseronokan sebenar yang tak boleh kita dapat dari gajet!
Bagi membolehkan mak dan ayah menunaikan solat tarawih dengan baik dan sempurna tanpa sebarang gangguan, dua masjid memilih untuk mengadakan pusat asuhan untuk anak-anak.
Sempena Ramadan kali ini, Masjid Putra Nilai mengambil inisiatif mengumumkan perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang ternyata menerima respon yang cukup baik dari orang ramai.
Masjid Putra Nilai
Masjid ini merupakan antara masjid terawal yang menyediakan tempat asuhan kanak-kanak bagi jemaah yang datang untuk menunaikan solat tarawih. Sudah semestinya, ruangan khas ini adalah untuk memudahkan para jemaah yang sukar meninggalkan anak mereka di rumah.
Menurut pihak pengurusan Masjid Putra Nilai, perkhidmatan dikenali sebagai ‘Nurseri Ramadan’ itu menyediakan tempat selamat buat si kecil yang berumur 3 hingga 9 tahun. Dalam laman Facebook itu menyatakan nurseri dibuka jam 8 malam hingga 10.30 sepanjang bulan puasa bertempat di Dewan Besar Masjid Dato’ Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai.
Lebih menarik lagi ada pelbagai jenis aktiviti agar si kecil boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan yang lain. Antaranya:
– Permainan Soopa Doopa
– Tayangan cilik
– Kanak-kanak juga boleh bermain permainan video e-sport di kiosk TGS Studio seperti Virtual Reality Astro Bot, X-Box Kinect dan Nintendo Switch Sport.
Biarpun mengenakan bayaran namun usaha kecil ini seharusnya dipuji sebagai salah satu usaha membantu di bulan Ramadan ini.
Masjid Wilayah Persekutuan
Bukan sahaja di Masjid Putra Nilai, malah Masjid Wilayah Persekutuan turut sama menyediakan tempat asuhan untuk anak-anak yang digelar sebagai Program Asuhan Masjid Wilayah.
Menariknya ia diberikan secara percuma sahaja malah boleh terus ‘walk in’ tanpa perlu menempah slot untuk anak-anak. Lokasinya pula terletak di Ruang Legar Tingkat 2, Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan anak-anak menghabiskan masa dengan permainan-permainan dan tayangan kartun. Bukan itu sahaja, ada juga sedikit kudapan makanan dan minuman buat kanak-kanak tersebut.
Bila anak mengadu sakit atau tidak selesa, mak ayah jangan abaikan sahaja. Cuba periksa mana tahu ada benda yang tidak kena dengan anak.
Perihal seorang kanak-kanak yang mengadu sakit telinga kepada ibunya membuatkan ramai yang merasa ngeri. Mana tidaknya sakit telinga yang dialami oleh kanak-kanak itu rupanya kerana kutu babi yang sudah bersarang di dalam telinga.
Hal itu dikongsikan oleh ibunya, Aqila Nasir mendedahkan pengalaman ngeri apabila seekor kutu babi bersarang dalam telinga anak perempuannya, Hayfa.
“Anak mengadu sakit telinga, bila doktor check rupa-rupanya kutu babi dah bersarang dalam telinga!
“Ngeri tengoknya, naik bulu roma,” tulisnya di kapsyen.
“Ibu bapa kat luar sana kalau anak mengadu sakit, jangan ambil sambil lewa,” ujarnya.
Aqila yang membuat pemeriksaan ke sebuah klinik membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik lain untuk pemeriksaan lebih terperinci dan hasilnya, doktor mendapati kutu babi itu berada dalam telinga anaknya bersama dengan telur-telur berwarna hitam.
Jelasnya lagi, dia tak tahu punca keberadaan kutu babi itu di dalam telinga anaknya namun akui anak perempuannya itu gemar bermain dan membelai kucing-kucing liar.
“Mungkin sebelum-sebelum tu dia tak rasa sangat sebab pain tolerance dia memang tinggi. Sebab tu ayah dia cakap, kalau Hayfa cakap sakit maksudnya serious case.
“Doktor dah cakap awal-awal, masa nak tarik ni memang sakit sangat ye. Sebab kaki kutu babi ni mencengkam kulit, jadi kulit akan terkoyak sikit.
“Tapi, telinga ke hidung kalau luka, sakit dia memang tak boleh bawa bincang. Doktor cuci sekali taik ke telur hitam-hitam tu sebab dia kata kalau tak bersih boleh jadi infection juga. Memang bersih doktor cucikan,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Aqila menyeru kepada orang ramai terutamanya kepada ibu bapa di luar sana supaya tidak mengambil ringan sekiranya anak mengadu sakit di bahagian anggota badan mereka.
Kisah inspirasi Hayla usahawan cilik, anak Wawa Zainal yang berjaya menjual kek batik RM100K pada usia 10 tahun. Semangat, sokongan keluarga dan usaha gigih menjadikannya contoh terbaik kanak-kanak berniaga.