Penyanyi, Ayda Jebat jarang-jarang berkongsi kisah anak keduanya, Aali Mateen yang kini semakin membesar.
Namun perkongsian penyanyi itu di Instagramnya baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Menerusi entri itu, wajah si comel Aali Mateen yang kini berusia hampir sembilan bulan dikongsikan ibunya. Bahkan Ayda juga turut berkongsi perkembangan terkini anak keduanya itu.
“Good Morning from Dedek Aali. Gebu dek! Almost 9 months!
Ads
“Cepatnya masa berlalu. Tau tau kejap lagi dia dah pergi main paintball dengan Dadaa @nabilmahir
“Dedek Update:
Ads
• Dah ada 6 gigi • Favourite food : BROCCOLI & BANANA • Cuba nak jalan sendiri walaupun diri masih terhuyung hayang • Anak Dadaa • Diaper size XL
Ads
Malah wajah comel dan ceria Aali yang tampil mempromosikan lampin pakai buang menarik perhatian ramai. Memang comel dan gebu gebas.
Wargamaya juga meninggalkan pelbagai reaksi malah geram dengan tubuh badan semangat Aali Mateen.
Terdahulu, Ayda mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Ana Nayla dan Aali.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak korang alami situasi ni? Tengah duduk lepak dengan kawan-kawan, sama ada kat taman atau kedai makan. Tiba-tiba korang seorang je yang asyik tepuk tangan, garu kaki, garu tangan. Rasa gatal satu badan! Kawan kat sebelah pula? Relaks je. Tak kena gigit langsung!
Lepas tu mesti ada yang cakap, “Ha… kau ni darah manis kot. Sebab tu nyamuk suka!”
Tapi betul ke sebab darah manis? Atau sekadar mitos je?
Saintis dah buktikan, memang ada orang yang lebih disukai nyamuk. Malah, kira-kira 20 peratus manusia di dunia ni ialah ‘magnet nyamuk’. Kalau korang selalu kena gigit, mungkin korang termasuk dalam kumpulan ni.
Jom tengok kenapa nyamuk suka pilih-pilih mangsa.
Haa, ni penting! Kajian dapati nyamuk paling suka darah jenis O. Orang berdarah O boleh kena gigit hampir dua kali lebih banyak berbanding darah jenis A. Darah B pula sederhana je. Nyamuk boleh ‘hidu’ jenis darah kita melalui kulit tau. Hebat kan?
Nyamuk suka karbon dioksida (CO2) yang kita hembus bila bernafas. Siapa yang keluarkan CO2 lebih banyak?
– Orang yang baru lepas berlari atau bersukan – Orang bersaiz badan lebih besar – Ibu mengandung
Sebab tu lepas main kejar-kejar, nyamuk pun datang menyerbu!
Nyamuk memang suka bau tertentu dari peluh kita, terutama bila badan panas. Bau ni datang dari bahan seperti asid laktik dan ammonia. Pada nyamuk, bau ni macam bau makanan sedap.
Korang tahu tak nyamuk juga guna mata? Nyamuk lebih senang nampak orang yang pakai baju warna gelap macam hitam, biru gelap atau merah. Kalau pakai warna cerah macam putih atau kuning, nyamuk susah sikit nak kesan.
Jadi kesimpulannya kalau korang selalu kena gigit, bukan sebab korang tak mandi ya. Mungkin sebab darah korang jenis O, bau badan korang ‘menarik’, atau baju korang warna gelap.
✔️ Pakai baju warna cerah ✔️ Elakkan duduk luar waktu senja lama-lama ✔️ Sapu losyen penghalau nyamuk ✔️ Jangan bagi nyamuk buat ‘pesta makan’ atas badan kita!
Ingat ya, jangan derma darah percuma pada nyamuk. Badan kita untuk kita, bukan untuk nyamuk Aedes!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam lembaran-lembaran suci Al-Quran, terdapat banyak kisah yang mengandungi pelajaran berharga untuk umat manusia, salah satunya adalah kisah Nabi Sulaiman AS dan semut yang tercatat dalam Surah An-Naml ayat 18.
Kisah ini bukan hanya sebuah cerita, melainkan pelajaran tentang kepekaan, kebijaksanaan, dan penghormatan terhadap makhluk Allah yang terkecil sekalipun.
Pada suatu hari, Nabi Sulaiman AS bersama para tenteranya melakukan perjalanan.
Dalam perjalanan tersebut, mereka melewati sebuah lembah yang dihuni oleh semut-semut. Nabi Sulaiman, yang dianugerahi Allah kemampuan untuk berkomunikasi dengan berbagai makhluk, tersenyum mendengar keprihatinan salah satu semut.
Semut tersebut memperingatkan rakan-rakannya untuk masuk ke dalam sarang agar tidak terpijak oleh Nabi Sulaiman dan tenteranya.
Menyedari hal ini, Nabi Sulaiman AS kemudian memerintahkan para tenteranya untuk mengubah haluan perjalanan mereka agar tidak merosak sarang semut.
Tindakan Nabi Sulaiman ini menunjukkan sebuah kebijaksanaan dan kelemah lembutan hati, di mana beliau mempertimbangkan keselamatan makhluk-makhluk kecil dan menghindari kemungkinan membahayakan mereka.
Kisah ini mengajarkan kepada kita tentang pentingnya kepekaan dan kasih sayang terhadap semua makhluk hidup. Nabi Sulaiman AS menunjukkan teladan yang baik dalam berinteraksi dengan alam semesta, dimana setiap makhluk, tidak peduli sekecil apa pun, memiliki hak untuk hidup dan dilindungi.
Hal ini mengingatkan kita untuk selalu berhati-hati dalam setiap langkah dan tindakan kita agar tidak merugikan atau menyakiti makhluk lain.
Surah An-Naml ayat 18 tidak hanya menceritakan tentang kisah semut dan Nabi Sulaiman tetapi juga mengajarkan kita tentang kebesaran dan keindahan penciptaan Allah.
Kisah ini menjadi bukti bahwa Al-Quran mengandung hikmah dan pelajaran yang relevan untuk semua zaman, mengajak kita untuk merefleksikan hubungan kita dengan alam dan makhluk hidup lainnya.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang perasan tak, dekat sekolah atau padang permainan, bola jaring memang antara sukan kegemaran budak perempuan? Setiap kali waktu Pendidikan Jasmani atau aktiviti kokurikulum, mesti ada yang tak sabar nak masuk gelanggang, pegang bola dan jerit bagi sokongan dekat kawan sepasukan.
Tapi kenapa ya bola jaring ni jadi pilihan ramai budak perempuan? Rupa-rupanya, sukan ni bukan sekadar seronok, tapi penuh dengan kelebihan yang bantu perkembangan fizikal dan mental.
Bola jaring ialah sukan berpasukan yang tak boleh dimainkan seorang diri. Setiap pemain ada peranan penting seperti menjaga gol, membuat hantaran atau menyerang. Kerjasama sangat diperlukan untuk memastikan permainan berjalan lancar.
Apabila bermain bersama-sama, budak perempuan rasa lebih yakin dan berani. Mereka belajar menyokong antara satu sama lain. Menang sama-sama, kalah pun sama-sama. Inilah yang buatkan bola jaring terasa lebih menyeronokkan dan bermakna.
Berbanding sukan lain yang memerlukan larian berterusan, bola jaring lebih kepada pergerakan terkawal. Pemain tidak dibenarkan berlari sambil memegang bola dan perlu membuat keputusan dengan pantas melalui hantaran yang tepat.
Peraturan ini menjadikan bola jaring sesuai untuk budak perempuan yang mungkin kurang selesa dengan permainan kasar, tetapi masih mahu aktif, berpeluh dan kekal sihat.
Apabila berjaya menjaringkan gol atau melakukan hantaran yang cantik, perasaan bangga itu memang sukar digambarkan. Dari situ, keyakinan diri mula terbina sedikit demi sedikit.
Apa yang menarik, keyakinan hasil bermain bola jaring ini bukan hanya di gelanggang, malah terbawa-bawa ke dalam kelas dan kehidupan seharian. Budak perempuan jadi lebih berani mencuba dan bersuara.
Bola jaring membantu menguatkan otot tangan, kaki dan meningkatkan stamina. Dalam masa yang sama, pemain perlu fokus, peka dengan pergerakan rakan sepasukan dan lawan, serta cepat membuat keputusan.
Ia bukan sekadar sukan fizikal, tetapi juga latihan minda. Main sambil belajar, memang berbaloi.
Salah satu sebab utama kenapa budak perempuan suka bola jaring ialah rasa serasi dengan tempo dan pergerakan permainan. Suasana sokongan sesama rakan menjadikan sukan ini menyeronokkan, bukan tekanan.
Tidak hairanlah ada yang sanggup berlatih berjam-jam tanpa rasa bosan kerana mereka benar-benar menikmati permainan ini.
Bola jaring bukan sekadar sukan biasa. Ia membantu budak perempuan menjadi lebih aktif, yakin, berani dan pandai bekerjasama. Selain menjaga kesihatan, sukan ini juga membentuk sahsiah dan disiplin sejak usia muda.
Kalau korang memang minat bola jaring, teruskan bermain. Siapa tahu satu hari nanti, korang pula yang wakili sekolah atau negara. Memang hebat!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!