Si comel Nur Aisywara Neelofa, anak kepada mua terkenal, MUA Bellaz tidak pernah menghampakan wargamaya di media social. Ada sahaja aksi comelnya yang menghiburkan semua.
Terbaru, aksi comel Wara yang tampil dengan pakaian seakan karektor patung ikonik dalam siri Squid Game, Young-hee menarik perhatian ramai.
Menerusi perkongsian ibunya, Wara mempamerkan jelingan tajam sama seperti aksi bersahaja patung Young-hee menerusi siri popular dunia itu.
Ads
“Alamak dia ada kat sini la,” kongsi Mua Bellaz menerusi kapsyennya.
Ads
Ads
Apa yang menariknya biar pun membawakan karektor ganas itu namun ramai pula yang menawarkan diri untuk ‘ditembak’ dan menjadi peserta kepada permainan itu.
Tidak kurang juga yang memuji kecomelan dan kepetahan Wara yang sememangnya tidak dapat disangkal lagi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang tahu tak, anak sulung penyanyi Tomok pun ada bakat menyanyi sama macam ayah dia? Haa, inilah dia Arrian Shah Akid yang baru-baru ni berjaya mencuri perhatian ramai bila menyanyikan lagu popular kumpulan New Boyz.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Arrian dilihat menyanyi lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ dengan penuh yakin. Bukan satu lagu je tau, Arrian siap menghiburkan ahli keluarga dengan beberapa buah lagu lain termasuk ‘Untukmu Ibu’. Wah, memang terasa aura penyanyi cilik!
Rupa-rupanya, momen manis tu berlaku semasa sambutan hari keluarga yang diadakan di Janda Baik, Pahang. Suasana pun nampak santai dan meriah, semua ahli keluarga seronok tengok Arrian menyanyi dengan suara yang merdu.
Video berdurasi hampir dua minit itu turut buat ramai netizen terkejut sebab Arrian nampak makin tinggi dan semakin matang. Ramai juga yang kagum melihat bakat nyanyiannya yang dikatakan mewarisi suara ayahnya, Tomok, pelantun lagu terkenal ‘Sejarah Mungkin Berulang’.
Seronok kan tengok anak kecil berani tunjuk bakat? Siapa tahu satu hari nanti Arrian pula jadi penyanyi hebat macam ayah dia. Kita doakan yang baik-baik untuk Arrian ya!
Sempena sambutan hari lahir si cantik manis, Aaisyah Dhia Rana yang ke sepuluh tahun, Rozita Che Wan merealisasikan kejutan hari jadi yang bermakna buat Aaisyah.
Ia juga merupakan impian anak kesayangan Che Ta dan Zain bersempena hari lahirnya. Tambah Che Ta lagi, dia juga berusaha mengumpulkan sepupu-sepupu Aaisyah bagi meraikan kejutan yang dimpikan Aaisyah.
“10 tahun yang lalu, syukur alhamdulillah Allah kurniakan anak pompuan yang cukup sempurna yang menjadi dambaan seorang ibu. Kiqa ok la, dah tua-tua pun buleh dok teqan lagi. Keluaq pulak anak pompuan, elok pulak ikut qupa pak dia.
“Daqi kecik sampai lah besaq, paling senang nak jaga, paling senang nak bela cuma bila besaq ni dia punya demanding, abang dia pun geleng kepala. Daddy akan layan caqa daddy, mummy akan layan caqa mak-mak. Kiqa ok la .. kan aaisyah?,” kongsi Che Ta mengimbas kisah kelahiran anaknya.
Birthday trip & 10 hadiah
Bukan itu malah kata Che Ta lagi, Aaisyah terlebih dahulu memberitahunya mahu kejutan di hari lahirnya malah turut mahu dibawa bercuti, sama seperti abang-abangnya.
Tidak hanya itu, selain 10 jenis kek anak kecil yang kini semakin menginjak remaja ini juga turut meminta 10 jenis hadiah dari ibu dan ayahnya.
“Setahun awai dia dah bagi tema untuk birthday party. Dah pesan siap-siap suh buat seprais. Siap request. Birthday trip , macam abang-abang dia. Hat ni pak dia cuci tangan, pas batern kat mak.
“10 tahun, seperti biasa 10 cake tapi tahun ni dia mintak up nak 10 hadiah.
“Mintak kat pak dia, @zainsaidin23 usung p uptown la caqi 10 jenis hadiah. Mummy terlayan lagi la,” tulisnya berseloroh.
Che Ta juga turut membingkis ucapan paling manis buat Aaisyah malah mendoakan agar perjalanan anak kecilnya itu sentiasa dilindungi.
“Nasib la satu ja anak pompuan kalau tidak tinggai tiga helai ja qambut mak hang aaisyah oii. Apa-apa pun, mummy nak aaisyah membesar sebagai anak gadis yang baik, sopan santun, hormat org tua, insyaallah pas ni dapat tutup aurat dengan sempurna ok. I love you to the moon and back. Happy Birthday my princess,” kongsinya.
Korang masih ingat tak tragedi sedih yang berlaku di Sungai Korok, Jitra, Kedah? Tragedi itu telah meragut nyawa enam sekeluarga dan sangat menyentuh hati ramai orang. Tapi di sebalik kesedihan besar itu, muncul satu kisah hebat tentang seorang budak perempuan yang sangat kuat, namanya Putri Qisya Nur Izzat.
Putri Qisya yang kini berusia 12 tahun ialah satu-satunya ahli keluarga yang terselamat dalam kejadian tersebut. Walaupun hatinya diuji dengan kehilangan yang sangat besar, Putri Qisya tidak mengalah. Malah, dia terus bangkit dan meneruskan hidup dengan penuh semangat.
Baru-baru ini, Putri Qisya menerima Anugerah Tokoh Murid di sekolahnya. Detik itu dirakam dan videonya tular di media sosial, buat ramai orang rasa sebak dan terharu. Video tersebut dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Norsidah Dhiya.
Dalam video itu, Putri Qisya kelihatan berjalan ke atas pentas dengan senyuman yang manis. Dia berdiri teguh di hadapan guru-guru dan rakan-rakan, menunjukkan betapa kuat dan beraninya dia walaupun baru beberapa bulan melalui ujian yang sangat berat.
Ramai yang kagum kerana Putri Qisya tidak memilih untuk terus bersedih. Sebaliknya, dia bangkit dengan semangat yang lebih kuat. Di sekolah, dia dikenali sebagai murid yang baik, merendah diri, hormat guru dan disenangi oleh kawan-kawan.
Lebih membanggakan, Putri Qisya juga ada cita-cita besar. Dia ingin menjadi seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) supaya dapat berbakti kepada negara dan mengharumkan nama keluarga yang amat disayanginya.
Kisah Putri Qisya mengajar kita bahawa walaupun hidup diuji dengan kesedihan yang besar, kita masih boleh bangkit dan terus melangkah ke hadapan.
Buat korang semua, jadilah kuat macam Putri Qisya. Percaya pada diri sendiri dan buat yang terbaik setiap hari. Siapa tahu, satu hari nanti korang pula berdiri di atas pentas menerima anugerah, dengan senyuman paling bangga.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!