Memuji anak seharusnya menjadi perkara wajib buat kita sebagai mak ayah dalam mendidik anak. Biar anak rasa dihargai sentiasa, lebih-lebih lagi bila anak menunjukkan prestasi dan sifat yang membanggakan.
Pun begitu, biarkan anak benar-benar termotivasi dan bersemangat dengan penghargaan dan pujian kita. Bukan separuh jalan.
Pujian yang bagaimana? Ini panduan yang dikongsikan oleh Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim mengenai ini.
Ads
Ini 5 contoh cara beri pujian yang dapat tingkatkan intrinsic motivation anak. Rugi kalau hanya fokus pada extrinsic motivation.
Instrinsic motivation ialah yang menaikkan keyakinan diri & semangat tanpa jadi people pleaser.
Ads
Extrinsic motivation pula ada ketika jadi people pleaser sebab hanya dapat keyakinan & semangat bila ada orang puji & nampak perbuatan kita.
1. Jangan sebut pandai tapi sebut Alhamdulillah.
“Alhamdulillah kakak dah boleh membaca”
2. Jangan cakap macam ni la ibu suka, tapi sebut bangga.
“Bangganya ibu dengan abang..”
Ads
3. Jangan fokus pada markah atau A+ tapi fokus pada usaha & ketekunan.
“Inilah hikmah bila kita tekun usaha belajar dapat A+”
4. Jangan guna perkataan hebat atau terbaik tapi guna perkataan seperti mahir & potensi.
“Syukur abang dah mahir basuh pinggan sendiri..”
“Kakak memang ada potensi memanah ni”
5. Jangan puji kecantikan luaran sahaja tapi fokus juga kecantikan dalamannya.
“Baik hati kakak beri adik pinjam mainan kakak”
“Terima kasih abang sebab jaga adik masa ibu sibuk tadi”
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak jadi macam ni? Main hujan seronok-seronok petang ni, esok pagi bangun hidung berair, tekak sakit sikit atau badan rasa panas.
Terus ada orang cakap, “Ha kan, mandi hujan la tu!”. Tapi sebenarnya… hujan tak bersalah pun! Ada sebab lain kenapa badan kita boleh jatuh sakit lepas kena hujan.
Sebenarnya, kita tak boleh sakit hanya sebab hujan je. Demam dan selsema berlaku sebab virus kecil yang masuk dalam badan kita.
Virus ni tak nampak dengan mata, tapi dia suka cari badan yang letih dan sejuk.
Jadi kalau korang main hujan, yang buat kita sakit bukan air hujan, tapi keadaan badan kita masa tu.
Bila hujan turun, cuaca jadi sejuk. Bila badan sejuk sangat, sistem pertahanan badan kita boleh jadi lemah sikit.
Lagi-lagi kalau:
Kurang tidur
Tak makan sayur dan buah
Asyik duduk je, tak bergerak
Badan dah memang letih
Masa inilah virus suka datang menyapa, “Hi, aku nak masuk!”
Pernah perasan tak, lepas basah kena hujan, tiba-tiba hidung berair macam paip bocor?Jangan risau. Itu normal!
Bila cuaca sejuk, hidung kita akan hasilkan lebih air untuk panaskan udara yang kita sedut masuk. Ia macam jaket untuk hidung, supaya hidung kita tak luka dan tak kering.
Sebab tu hidung jadi berair, bukan sebab terus kena selsema pun.
Jawapannya… BOLEH! Main hujan tu seronok, boleh buat kita gembira dan aktif.
Tapi kena buat dengan betul.
Lepas main hujan:
✔️ Terus mandi dan tukar baju ✔️ Lap rambut sampai kering ✔️ Minum air suam ✔️ Jangan duduk bawah aircond kuat-kuat
Bila badan kita panas dan selesa, virus pun susah nak masuk.
Hujan bukan punca kita sakit. Yang buat kita mudah sakit ialah:
Badan terlalu sejuk
Badan penat
Sistem pertahanan badan lemah
Jadi tak salah nak main hujan. Asalkan lepas tu jaga diri betul-betul. Hujan tetap kawan, asal kita pandai jaga badan.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Keberanian dan semangat luar biasa seorang murid Tahun Dua, V Vasanth Abhinandan, menjadi bualan ramai apabila aksinya melakukan persembahan Karate Kata di atas kasut berpaku selama 10 minit tanpa henti tular di media sosial.
Bukan sekadar tontonan mengagumkan, tetapi aksi berani itu kini melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai sesuatu yang amat membanggakan bagi anak kecil berusia lapan tahun ini.
Diiktiraf di bawah kategori ‘Pergerakan Karate Kata Terbanyak Di atas Paku oleh Seorang Kanak-kanak’ dalam tempoh 10 minit, V Vasanth Abhinandan bukan sahaja menunjukkan ketahanan fizikal yang hebat, tetapi juga kekuatan mental yang luar biasa. Lebih menarik, idea unik untuk berlatih dengan kasut berpaku datang daripada dirinya sendiri! Anak kecil ini mahu tampil berbeza dalam seni mempertahankan diri berbanding rakan-rakan karate lain.
Menurut bapanya, K Vasantha, 41 tahun, idea itu bukan mudah direalisasikan. Anak tunggalnya itu mengambil masa hampir setahun penuh untuk berlatih dengan kasut khas yang direka bagi tujuan persembahan ini.
“Dia anak yang sangat aktif. Sejak umur tiga tahun lagi sudah mula belajar karate, dan sering menang dalam pertandingan di dalam dan luar negara. Tapi kali ini, dia mahu lakukan sesuatu yang luar biasa,” kata bapanya dengan penuh bangga.
V Vasanth Abhinandan kini pemegang tali pinggang biru, dan sedang berusaha keras menambah lima lagi pergerakan bagi melayakkan diri ke peringkat tali pinggang hitam, satu cita-cita besar untuk anak sekecil dirinya.
Di sebalik senyuman dan semangat juangnya, tersimpan kisah yang menyentuh hati. Menurut bapanya, V Vasanth Abhinandan pernah melalui pengalaman dibuli sewaktu kecil. Namun, daripada pengalaman pahit itulah dia belajar untuk bangkit dan mempertahankan diri.
“Karate mengajar dia erti disiplin dan keberanian. Saya mahu besarkan dia sebagai anak yang berdikari, tidak mudah menyerah, dan tahu mempertahankan diri,” tambah bapanya, yang bekerja sebagai pemandu van sekolah.
Selain pengiktirafan MBR, V Vasanth Abhinandan turut mencipta nama dalam Yoga Asia World Record 2025 apabila berjaya berdiri sebelah kaki paling lama dalam kategori kanak-kanak pada bulan Julai lalu. Hebat, bukan? Dua rekod dalam satu tahun bagi anak berusia lapan tahun sememangnya satu pencapaian yang sungguh luar biasa!
Kejayaannya juga diiktiraf apabila beliau menerima Anugerah Pencapaian Sukan Terbaik Bukan Temasya 2024 daripada kerajaan negeri, selain muncul juara dalam Kejohanan Karate Kata Antarabangsa Kuala Lumpur 2024.
Bagi V Vasanth Abhinandan sendiri, kejayaan ini hanyalah permulaan langkah kecil menuju impian besarnya – menjadi atlet negara suatu hari nanti.
“Saya bangga dapat cipta nama dalam Malaysia Book of Records. Saya mahu wakili Malaysia satu hari nanti, supaya keluarga saya dan negara turut berbangga dengan saya,” katanya penuh semangat.
Pegawai rasmi MBR, Siti Hajar Johor, turut memuji keberanian dan ketekunan anak kecil ini.
“Kategori ini adalah yang pertama di Malaysia. Jika ada pencabar selepas ini, mereka perlu buat lebih daripada lima gerakan kerana V Vasanth Abhinandan telah menetapkan standard baharu,” jelasnya.
Tambahnya lagi, kisah V Vasanth Abhinandan menjadi bukti bahawa usia muda bukan penghalang untuk mencipta sejarah. Dengan semangat dan idea luar biasa, anak kecil ini telah membuka mata ramai bahawa keberanian bermula daripada hati yang besar.
Kisah V Vasanth Abhinandan bukan sekadar tentang Karate atau rekod dunia. Ia kisah tentang ketabahan seorang anak kecil dan kasih seorang ayah yang tidak pernah berhenti mempercayai anaknya. Dalam dunia yang penuh cabaran, keberanian kecil seperti ini mengingatkan kita bahawa kejayaan besar bermula daripada langkah kecil dan hati yang berani.
Kredit Foto: Bernama
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Dikurniakan seorang anak autism sememangnya satu anugerah dan ladang pahala yang besar buat ibu bapa. Namun berdepan cabaran dan kesabaran dalam mendidiknya bukan sedikit.
Tampil prihatin dengan ibu bapa, Ustaz Kazim Elias tampil berkongsi doa khas untuk anak autisme yang boleh diamalkan setiap hari oleh ibu bapa.
Menerusi video di laman TikTok, doa untuk anak autisme ini agak pendek, mudah untuk dihafal dan boleh dibaca setiap kali selepas selesai menunaikan solat fardu.
Perkongsian doa untuk anak autisme adalah seperti di bawah:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Tidak ada satu makhluk yang bergerak (bernyawa) melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
Ayat ini menunjukkan kebergantungan Nabi Hud kepada Allah SWT dan penegasan bahawa Allah yang menguasai segala sesuatu. Ia juga menegaskan kepastian Allah sentiasa adil dan berada di jalan yang lurus.
Menerusi video pendek itu, ibu ayah disarankan mengamalkan doa untuk anak autisme ini sebanyak 16 kali selepas menunaikan solat Subuh dan 10 kali selepas solat Zohor, Asar, Maghrib serta Isyak.
Doa untuk anak autisme ini disarankan agar dibaca dekat air dan berikan kepada anak untuk minum selain membacanya ketika dia tidur sambil memegang ubun-ubun kepala.
Semoga perkongsian doa untuk anak autisme ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa malah membantu kedua ibu bapa untuk membesarkan anak mereka dengan baik.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!