Musim peperiksaan dah makin dekat! Mesti ramai tengah gigih baca buku kan? Tapi korang tahu tak ada satu makanan yang boleh bantu otak kita jadi lebih fokus dan tenang masa belajar? Haa, bukan kopi tau tapi dark chocolate!
Coklat Gelap Ni Lain Tau!
Menurut pakar kesihatan otak, Dr. Rizal Abu Bakar, dark chocolate ni memang “otak power booster”. Dalam coklat gelap ada bahan semula jadi yang boleh lancarkan aliran darah ke otak, kurangkan stres, dan bantu kita ingat lebih banyak benda. Hebat kan?
Dari 3G Terus Jadi 5G!
Dr. Rizal cakap, bila makan dark chocolate, otak kita jadi laju macam naik dari 3G ke 5G! Maksudnya, kita boleh fokus lebih lama dan cepat faham masa belajar. Coklat ni bukan biasa-biasa, kalau pilih yang 70% koko ke atas, lagi banyak khasiatnya sebab ada polyphenols dan flavonols yang bantu otak aktif!
Ads
Lagi Banyak Sel Otak, Lagi Hebat Daya Ingatan
Dark chocolate bantu tumbuhkan sel otak baru di bahagian memori. Jadi, makin banyak sel otak, makin kuatlah ingatan kita! Tak hairanlah anak-anak Dr. Rizal semua dapat keputusan cemerlang, siap ada yang dapat 4 flat lagi!
Ads
Coklat Pun Boleh Buat Hati Tenang
Selain bantu fokus, dark chocolate ni juga boleh buat kita rasa tenang dan gembira. Sebab dalam coklat ni ada bahan yang bantu keluarkan hormon bahagia iaitu dopamin dan endorfin. Jadi masa belajar tu, takdelah rasa tertekan sangat.
Ads
Jadi, Nak Bijak? Jom Coklat Gelap!
Dr. Rizal kata, kalau kita boleh bagi otak “pakaian cantik” (nutrien terbaik), barulah dia boleh bekerja dengan baik. Jadi, sebelum belajar atau masa musim exam, cuba minum atau makan sikit dark chocolate (bukan coklat manis biasa tau!).
Jadi lain kali bila rasa susah nak fokus, cuba kunyah sikit dark chocolate. Siapa tahu, lepas ni markah korang pun boleh “naik level” macam 5G!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bila dengar perkataan peperiksaan, ada yang terus rasa berdebar, ada juga yang mula fikir nombor dan markah. Korang takut ke kena ambil UPSR dan PT3 semula? Tapi sebenarnya, peperiksaan bukan sekadar angka di atas kertas tau. Ia ada kaitan dengan perasaan, harapan dan masa depan kita semua.
Terbaharu, Kementerian Pendidikan mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan bagi mengkaji keperluan pelaksanaan semula kedua-dua peperiksaan tersebut.
Lepas beberapa tahun dimansuhkan, isu berkaitan UPSR dan PT3 kini kembali dibincangkan.
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, terdapat sebahagian ibu bapa yang berpendapat peperiksaan penting sebagai satu kaedah penilaian yang lebih seragam. Melalui peperiksaan, ibu bapa dapat melihat prestasi anak-anak secara lebih jelas dan teratur.
Antara perkara yang sering bermain di fikiran mak ayah ialah sama ada anak benar-benar faham pelajaran, subjek mana yang perlu diperbaiki dan tahap kesediaan anak untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Walaupun perbincangan tentang peperiksaan semakin hangat, pihak kementerian menegaskan bahawa kajian ini bukan hanya tertumpu kepada markah semata-mata. Aspek tekanan, kesihatan emosi dan kesejahteraan murid turut menjadi keutamaan.
Tekanan melampau boleh memberi kesan jangka panjang kepada murid. Sebab itu, sebarang keputusan yang bakal dibuat akan mengambil kira kesediaan sekolah, kemampuan guru serta keadaan emosi pelajar supaya proses pembelajaran kekal sihat dan seimbang.
UPSR merupakan peperiksaan untuk murid sekolah rendah yang menilai kemahiran asas pembelajaran. Suatu ketika dahulu, keputusan peperiksaan ini juga digunakan sebagai salah satu syarat kemasukan ke sekolah berasrama penuh.
PT3 pula ialah peperiksaan untuk pelajar Tingkatan Tiga. Ia menilai pembelajaran dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga sebelum pelajar memasuki Tingkatan Empat dan aliran seterusnya.
Kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan dan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang memberi fokus kepada perkembangan menyeluruh murid, termasuk sahsiah dan kemahiran insaniah.
Sama ada UPSR dan PT3 akan kembali atau tidak, keputusan muktamad masih belum dibuat. Apa yang lebih penting ialah keseimbangan antara pencapaian akademik dan kesejahteraan emosi murid.
Pendidikan bukan sekadar mengejar markah, tetapi membentuk keyakinan diri, minat belajar dan keupayaan menghadapi cabaran masa depan. Dengan sokongan guru dan ibu bapa, murid boleh terus belajar dalam suasana yang lebih positif.
Perbincangan tentang UPSR dan PT3 membuka ruang untuk semua pihak berfikir tentang hala tuju sistem pendidikan negara. Apa jua keputusan yang bakal dibuat, harapannya ialah satu sistem yang adil, seimbang dan tidak membebankan murid.
Jadi, tak perlu takut dulu. Teruskan belajar dengan seronok, buat yang terbaik dan percaya pada diri sendiri. Semua pihak sentiasa mahukan yang terbaik untuk generasi akan datang.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Banyak sangat tempat yang boleh diterokai di Malaysia ini, berikut adalah tempat paling menarik di Malaysia yang terbaik untuk dilawati bersama anak-anak.
HUSSIN FAUZI FARM
Taman mini yang berkonsepkan sebuah zoo ini sangat ideal untuk percutian bersama keluarga terutamanya apabila anda membawa anak-anak. Di taman ini pengunjung boleh bermain dan berinteraksi dengan pelbagai jenis haiwan seperti arnab, rusa, kambing dan macam-macam lagi. Pengunjung juga berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti menunggang kuda, memanah, memberi makan haiwan dan sebagainya.
MUZIUM COKLAT
Siapa je yang tak suka coklat kan terutamanya kanak-kanak dan wanita. Untuk mengetahui lebih banyak perihal coklat, anda disarankan untuk berkunjung ke Muzium Coklat ini. Muzium coklat ini merupakan muzium pertama di Asia Tenggara yang berkonsepkan sebegini. Walaupun namanya muzium, namun di sini juga terdapat beberapa aktiviti lain yang anda boleh lakukan selain melihat pameran interaktif berkaitan coklat. Ada lebih daripada 100 jenama coklat yang terkenal di jual di muzium ini.
PAYA INDAH WETLANDS
Paya Indah Wetlands ini terdapat ratusan spesies burung dan mamalia untuk tatapan pengunjung. Selain melihat binatang, pengunjung juga boleh bermain basikal, berkayak dan meredah hutan. Jika anda meminati fotografi, anda boleh mengambil gambar landskap berlatar belakangkan alam semula jadi dan haiwan yang ada di sini.
Jangan lepaskan peluang juga untuk memberi makan kepada haiwan seperti buaya, badak air, rusa dan sebagainya pada waktu yang ditetapkan.
AIR RIDER INDOOR SKYDIVING
Bagi yang gemar akan aktiviti lasak dan mencabar, anda boleh berkunjung ke sini bersama anak-anak untuk memberi pengalaman kepada mereka bagaimana rasanya terbang di udara. Ianya pasti merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh anak-anak.
Untuk ke sini, anda perlu membuat tempahan seminggu sebelum dan beli pakej yang diinginkan secara dalam talian. Walaupun harga pakej-pakej yang ditawarkan agak mahal, namun untuk pengalaman sekali seumur hidup, ia pasti sangat berbaloi !
KILANG ROTI GARDENIA
Kilang roti nombor 1 ini boleh dijadikan sebagai lokasi percutian sambil belajar buat seisi keluarga. Di kilang ini pengunjung boleh belajar sejarah pembuatan roti, melihat cara-cara melihat roti dibuat dan mengetahui serba serbi mengenai dunia roti. Pengalaman ini pasti merupakan pengalaman yang menarik lebih-lebih lagi bagi penggemar roti.
Menariknya, setiap pengunjung yang datang akan diberikan cenderahati dan roti yang dihasilkan di sini dan yang paling penting masuk adalah percuma.
HUTAN REKREASI SUNGAI TEKATA
Jika anda ingin berinteraksi dengan alam sambil bersantai dan meluangkan masa bersama keluarga, Hutan Rekreasi Sungai Tekala ini adalah pilihan yang ideal. Lokasi hutan ini sangat mudah diakses dan pengunjung tidak perlu mendaki untuk ke kawasan tempat perkelahan atau sungai. Ini menjadikannya sesuai untuk percutian bersama keluarga. Jangan lupa untuk membawa makanan sendiri supaya boleh dinikmati setelah puas bermandi-manda.
PANTAI MORIB
Pantai Morib ini merupakan salah satu pantai yang terkenal di Selangor. Di pantai ini juga terdapat tempat penginapan untuk dijadikan destinasi bermalam. Contohnya seperti Villea Morib, OYO 89895 Senses Budget Hotel dan Gold Coast Morib International Resort.
Kemudahan yang ada di sekitar pantai ini juga sangat lengkap. Ada tandas awam, taman permainan kanak-kanak, gerai makan, dan pelbagai lagi. Siap ada menara tinjau lagi untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan air laut Selat Melaka yang terbentang luas.
Walaubagaimanapun, pantai ini bukanlah lokasi yang tepat untuk bermandi-manda. Sekiranya anda ingin membawa anak-anak bermandi-mandi dan berseronok, anda boleh menginap di Gold Coast Morib International Resort. Di resort ini terdapat taman tema air yang sangat menarik untuk percutian bersama keluarga. Pantai Morib ini juga adalah salah tempat menarik di Selangor untuk family day, team building ataupun trip percutian bersama syarikat.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bestnya semua baru! Baju sekolah, beg, kasut, botol air semua baru tapi kasihan juga pada mak ayah kita yang terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak.
Tapi lega sebab kerajaan janji agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan diserahkan pada minggu ini.
Seorang pegawai pendidikan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Encik Zainal Abas, beritahu duit bantuan ni sebenarnya dah masuk ke akaun sekolah. Sekarang sekolah cuma tunggu masa sesuai untuk bagi pada mak ayah atau penjaga.
Katanya, kebanyakan sekolah boleh mula agihkan hari ini atau esok, dan paling lewat pun hujung minggu ini. Jadi, tak lama lagi mak ayah korang akan terima duit tu.
“Edaran itu bergantung kepada pengaturan pihak sekolah dengan ibu bapa. Paling lewat kita harapkan hujung minggu ini sudah selesai,” katanya.
Biasanya, sekolah akan panggil mak ayah datang ikut tarikh yang ditetapkan. Masa tu bolehlah jumpa cikgu sekali.
Bantuan RM150 ni akan diberi kepada:
✔️ Murid Tahun 1 sampai Tingkatan 6
✔️ Lebih kurang 5.2 juta murid seluruh negara
Malah pelajar Tingkatan 6 pun dapat juga, cuma tunggu keputusan tawaran SPM dulu.
Ada seorang ibu, Puan Khairul Nisa, cakap bantuan ni sangat membantu sebab kos hidup sekarang makin tinggi. Duit tu boleh guna beli barang sekolah anak-anak.
Kalau adik-beradik ramai yang sekolah, lagilah terasa manfaatnya.
Minggu pertama sekolah bukan terus belajar kuat-kuat. Biasanya ia untuk:
✔️ Suai kenal sekolah
✔️ Urusan daftar nama
✔️ Kenal cikgu dan kawan baru
Belajar betul-betul akan mula minggu kedua. Jadi adik-adik boleh tenang dan seronok dulu.
Duit bantuan ni bukan sekadar wang, tapi tanda sayang dan sokongan supaya adik-adik boleh belajar dengan selesa.
Gunalah untuk beli barang sekolah, jaga elok-elok, dan rajin belajar ya.
Bila adik gembira ke sekolah, mak ayah pun lagi bahagia.
Sumber: Sinar Harian