Penyanyi Shila Amzah yang baru sahaja melahirkan cahaya mata keduanya pada Mei lalu berkongsi perkembangan anaknya, Rhea Akira yang kini sudah mula tumbuh gigi.
Menerusi Instagramnya, Shila turut berkongsi kisah Rhea yang menangis tanpa henti kerana mahu tumbuh gigi. Bukan itu sahaja bahkan pada usia tidak kurang setahun bayi juga akan kerap demam.
“Dia menangis tak berhenti sampai tiga jam. Nak tumbuh gigi, nak tukar bulan.
“Keadaan ni buat saya selalu fikir fasa bayi baru lahir yang paling mudah. Mata panda, selama 3 hari berturut-turut,” kongsinya.
Ujar Shila lagi dia memilih untuk kekal tenang dalam menjaga anak kerana merasakan itu adalah jalan terbaik buatnya sebagai ibu.
Ads
“Ubai selalu kagum macam mana saya sentiasa tenang. Saya kata kita sebagai mak ayah tiada pilihan. Saya tak mahu hilang kawalan depan anak-anak sebab tak nak anak trauma.
” Tak kira penat macam mana pun anak adalah rahmat dan amanah Allah pada kita. Mereka tak boleh pilih kita tapi kita boleh pilih jadi ibu bapa yang bagaimana pada anak-anak,” tambah Shila.
Ads
Mahu cipta memori baru bersama suami & anak-anak
Menerusi entri yang sama juga, Shila turut memuat naik beberapa keping gambar bersama suami dan anak-anak ketika bercuti ke Pulau Pinang baru-baru ini.
Akui Shila lagi, negeri Pulau Mutiara yang terkenal dengan deretan makanan enak itu pernah membuatkan dia trauma untuk kembali ke sana lagi namun dia mahu mencipta kenangan baru bersama Ubai dan dua anaknya.
Ads
“Saya berdepan dengan rasa takut bersama suami tercinta. Ramai yang tidak tahu Pulai Pinang membuatkan saya rasa trauma.
“Ada beberapa insiden yang berlaku di Pulai Pinang yang menghantui dan tak boleh saya lupakan. Dah lebih 10 tahun saya cuba atasinya.
“Baru-baru ini kami bercuti bersama keluarga dan saya cadangkan Pulai Pinang. Saya mahu mencipta memori baru bersama keluarga,” ujarnya.
Banyak kenangan manis yang sempat Shila potretnya sebagai kenangan bersama.
Terdahulu Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Rhea Akira yang kini berusia lima bulan.
Bukan calang-calang, anak kepada pelakon, Fatin Afeefa, si comel Ivy Herra Sophia membanggakan ibu dan ayahnya apabila memperolehi semua A dalam tujuh mata pelajaran dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Fatin Afeefa, dia amat berbangga malah kagum dengan pencapaian cemerlang anaknya itu.
“Congrats Joyah,” tulisnya ringkas menerusi video berkenaan.
Tanpa mendedahkan nama sekolahnya, jelas si comel Ivy menunjukkan reaksi wajah yang cukup gembira ketika memberitahu markah peperiksaan subjek tahun 3 kepada ibunya.
Difahamkan, Ivy memperoleh 80 markah dan ke atas untuk tujuh subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Akhlak, Tauhid, Jawi dan Sirah. Memang terbaik!
Tidak hanya Ivy bahkan Fatin Afeefa juga turut membuat keputusan untuk menghantar anak lelakinya, Adam Aisy Arrian ke sekolah pendidikan agama untuk mempelajari dan mendalami al-Quran.
Terdahulu, Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada Disember 2022. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh bulan.
Fatin Afeefa turut mempunyai dua orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulunya dengan bekas suami, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.
Bagi ibubapa yang mahu merancang cuti balik kampung, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 memaklumkan bahawa tarikh cuti tambahan diberikan sebanyak tiga hari bersempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini.
Ia diberikan kepada guru, pelajar dan ibu bapa bagi memudahkan mereka menikmati Aidilfitri bersama keluarga tercinta, saudara mara dan sahabat handai.
Kredit Foto: Sinar Harian
Cuti tambahan yang diperuntukkan KPM ini pula berbeza untuk Kumpulan A dan Kumpulan B. Berikut merupakan cuti yang diberikan mengikut hari:
1) Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Terengganu)
30 Mac 2025 (Ahad)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
Kredit Foto: Sinar Harian
2) Kumpulan B
(Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya)
2 April 2025 (Rabu)
3 April 2025 (Khamis)
4 April 2025 (Jumaat)
Untuk info, sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini dijangka pada 31 Mac (Isnin) (tertakluk pada perubahan) dan 1 April (Selasa) dikira sebagai cuti perayaan dalam takwin tahunan itu.
Kita merasakan aktiviti mudah seperti membaling dan menangkap bola seperti tidak punya apa-apa walhal ia kemahiran yang perlu anak kuasai.
Menurut perkongsian dari OT, Pn Mahfuzah Zainol, kemahiran ini perlu ada pada anak-anak diusianya lima hingga enam tahun.
Kemahiran ini walaupun dianggap begitu mudah namun banyak kelebihannya. Jadi mak ayah jangan terlambat.
“Kemahiran membaling dan menangkap bola adalah untuk kanak-kanak umur 5-6 tahun.”
1. Kemahiran membaling sangat penting untuk motor cordination and control.
2. Dalam aktiviti terapi cara kerja, saya akan uji aspek ini. Kerana ada kanak-kanak tidak boleh membaling bola ke hadapan.
3. Mereka sukar melepas bola di tangan untuk membaling.
4. Dan mereka juga tiada eye contact dengan object. Lack of object acknowledgment.
5. Biasanya kita akan guna bean bag atau pundi kacang untuk latihan membaling.
6. Ibu bapa atau guru boleh letakkan bakul atau gelung sebagai sasaran membaling bean bag.
7. Sebenarnya, kemahiran membaling menggunakan pundi kacang ini adalah kemahiran untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun (Henderson and Sugden, 2007).
8. Ibu bapa dan guru juga boleh gunakan belon sebagai ganti kepada bola kerana pergerakan belon adalah lebih lambat dan memberi masa untuk kanak-kanak bertindak mencapai/ membaling belon ke depan.
Pelakon, Shakilla Khoriri meluahkan rasa bangga melihat anaknya, Ameena Sofea yang baru berusia enam tahun masih tidak tinggal puasa sepanjang Ramadan ini.Kongsi Shakilla menerusi...