Seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi akibat jangkitan Influenza A. Mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin, berusia lapan tahun, disahkan meninggal dunia sekitar jam 4.30 pagi.

Allahyarham merupakan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Jalan Tap. Pihak sekolah dalam kenyataannya menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, sambil mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Murid Pendidikan Khas Meninggal Dunia Akibat Influenza A!

Ads

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa beberapa ahli keluarga mangsa turut dijangkiti wabak yang sama.

Ads

Sebelum ini, dua kes kematian akibat Influenza telah dilaporkan melibatkan kanak-kanak lelaki berusia empat dan 11 tahun dari Sabah dan Terengganu.

Ads

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kes-kes tersebut.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi