Kenapa kalau ke sekolah, pensil dan pemadam asyik hilang? Pensil warna pula asyik bertukar beberapa kali dalam masa setahun. Apa sebabnya barang-barang wajib macam ni asyik hilang? Mak ayah korang pun pening tau.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, mendidik anak erti berkongsi lebih awal menjadi salah satu punca utama anak asyik hilang pensil di sekolah. Jom kita fahami sebab sebenar dan cara betul untuk ajar anak tentang hak milik.
Kenapa Anak Sering Hilang Barang Sekolah?
“Perasan tak anak-anak sekarang pergi sekolah ada saja benda yang hilang. Kadang pensil hilang, pemadam hilang, buku hilang, sampaikan mana perginya pun tak tahu. Ramai ibu bapa anggap ini perkara biasa, tetapi sebenarnya ada sebab yang lebih mendalam di sebaliknya.
Terlalu Awal Ajar Anak Berkongsi
Salah satu punca utama ialah kita sebagai ibu bapa terlalu awal ajar anak untuk berkongsi. Niat kita baik, tapi kesannya besar. Bila anak diajar berkongsi terlalu awal, mereka belum faham konsep pemilikan. Akibatnya, setiap kali kawan minta pensil, mereka akan bagi — dan tak minta balik.
Ads
Ajar Anak Tentang Hak Milik Diri
Sepatutnya, ketika anak masih di bawah usia tujuh tahun, ibu bapa perlu ajar mereka tentang konsep pemilikan. Misalnya, ajar anak bahawa ada barang milik sendiri, barang milik orang lain, dan barang yang bukan kepunyaan kita tidak boleh diambil sesuka hati.
Jika nak guna barang orang lain, kena minta izin dulu, dan apabila sudah selesai, perlu pulangkan semula. Inilah asas penting untuk ajar anak tentang hak milik supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap barang sendiri.
Ads
Kesan Tak Faham Konsep Pemilikan
Bila anak tidak faham hak milik, mereka mudah serahkan barang tanpa berfikir panjang. Inilah sebab utama kenapa anak asyik hilang pensil, pemadam, atau pensil warna setiap bulan. Lama-kelamaan, ibu bapa pula yang pening kepala terpaksa beli alat tulis baru setiap masa.
Ads
Masalah ini boleh dielakkan jika sejak awal kita ajar anak tentang hak milik dan tanggungjawab menjaga barang sendiri. Dengan cara ini, mereka bukan saja belajar menghargai barang sendiri, tetapi juga belajar menghormati barang orang lain.
Cara Betul Ajar Anak Tentang Hak Milik
Terangkan bahawa setiap barang yang mereka miliki ada nilai dan tanggungjawab untuk dijaga.
Ajar mereka untuk minta izin sebelum guna barang orang lain.
Ingatkan untuk sentiasa pulangkan barang selepas digunakan.
Beri contoh situasi supaya anak faham perbezaan antara berkongsi dan meminjam.
Apabila anak faham hak milik, mereka akan lebih berhati-hati dengan barang sendiri dan tidak lagi mudah hilang pensil di sekolah. Ajar dengan sabar, kerana nilai ini akan kekal sepanjang hayat.
Kesimpulan
Jadi, jika anak sering hilang pensil atau alat tulis di sekolah, jangan terus marah. Mungkin mereka belum faham konsep hak milik. Ajarlah anak kita dengan perlahan-lahan tentang tanggungjawab menjaga barang sendiri. Dari situ, mereka akan belajar menghargai, menjaga dan menghormati hak milik.
Bukan semua anak-anak kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Ada sesetengahnya mula rasa tak yakin dan takut untuk mencuba.
Sebagai mak ayah, kitalah yang perlu bertindak untuk membantu anak jadi berani mencuba.
Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah berperanan penting untuk meningkatkan keyakinan dan kepercayaan anak-anak. Ikuti perkongsian beliau.
Lima cara untuk tingkatkan keyakinan diri anak-anak.
Apabila anak cakap saya tak pandai, saya tak tahu terus kita cakap ” kamu bukan tak tahu, kamu bukan tak pandai tapi kamu belum cuba. Cuba dulu buat.”
Beritahu anak, tak tahu tak mengapa tapi jangan takut untuk mencuba. Kita galakkan anak untuk berani mencuba.
Kita jangan sekali-kali marah anak. Beritahu anak dengan baik dan ajak anak untuk buat sama-sama. “Jom, mari ayah tunjukkan caranya”. Nampak mudah tapi cara ni boleh tingkatkan keyakinan anak.
Seterusnya beritahu anak, “Tak apa ibu percaya kakak boleh buat”. Kadang-kadang anak mudah rasa tak yakin pada diri. Kita tambah dan suntik sedikit keyakinan diri pada anak. Tambahkan kepercayaan pada diri anak. Insyallah membuahkan hasil.
Kelima, sudah tentulah anak perlukan latihan kerana latihan akan menambahkan kemahiran dan kemahiran inilah yang akan meningkatkan keyakinan diri anak.
Jadi, mak ayah kena sabar dan konsisten untuk sentiasa mendidik anak sehingga dia yakin pada dirinya sendiri.
Anak susah hendak tidur adakalanya memeningkan kepala ibu kerana banyak kerja dan urusan di rumah tidak dapat dilakukan.
Perkongsian seorang ibu yang membacakan petikan Surah Al-Qadr dengan yakin dan niat untuk anak tidur ini mak ayah patut cuba. Usaha yang membuahkan hasil.
“Alhamdulilah, perkongsian yang hebat. First time buat, menjadi.
“Sebelum ni my baby ni susah tidur, nak buai je tak kira siang or malam. Pagi ni cuba bacakan surah AL-QADR. Tiup di umbun-ubun anak, niat suruh dia tidur.
“Tak sampai berapa minit, dia tidur sendiri tanpa buai. Ya Allah terima kasih sahabat fb yang berkongsi petua ni,” katanya berkongsi.
Bahkan ibu ini turut mengesyorkan amalan dan bacaan Surah Al-Qadr ini kepada semua ibu setiap kali menidurkan anak mereka.
“Kalau ada ibu-ibu yang ada masalah anak susah tidur boleh la try bacakan surah Al- Qadr ni pada anak,” katanya lagi.
Generasi 80-an dan 90-an mesti tahu kisah seram ‘Hantu Lilin’ ini. Ianya pernah viral gara-gara sebuah keluarga terakam satu entiti seram dalam gambar yang mereka ambil di satu lokasi yang terletak di Johor Bahru.
Kisahnya berlaku apabila mereka datang beriadah di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada waktu malam untuk menikmati angin laut dan pemandangan.
Sebagai kenangan, mereka sekeluarga pun bergambar di hadapan air pancut yang terletak di tepi menara jam.
Apa yang mengejutkan, apabila filem kamera itu dicuci (pada waktu itu kamera digital masih belum digunakan lagi) terdapat imej seseorang yang tidak dikenali sedang memegang lilin.
Keluarga tersebut telah menghubungi salah sebuah akhbar terkenal di Malaysia. Setelah meneliti negatif filem gambar tersebut barulah wartawan akhbar tersebut percaya dan menerbitkan cerita itu.
Kisah HANTU LILIN ini menjadi tajuk utama akhbar dan memberi impak yang besar terhadap masyarakat Malaysia. Seluruh Malaysia hangat memperkatakan mengenai kewujudan makhluk ghaib ini.
Ianya berlanjutan hampir setahun sehinggalah kisah ini dilupakan. Malah makhluk itu tidak pernah lagi muncul selepas itu walaupun ada khabar angin mengatakan dia pernah menjumpai Hantu Lilin di kawasan lain namun kesahihannya tidak dapat dipastikan.
Selalu tertanya kenapa pensil hilang setiap kali ke sekolah? Artikel ini kongsikan sebab sebenar dan cara berkesan untuk hentikan masalah pensil hilang supaya anak lebih pandai jaga barang sendiri.