Budaya membaca perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak mereka kecil. Kalau diajar untuk banyak membaca, secara automatik itulah yang akan jadi kegemaran mereka. Nak belajar tak semestinya dengan pendedahan gajet, membaca sebenarnya lebih baik kerana anak fokus dan akan belajar memahami sesuatu fakta atau cerita dengan lebih mendalam.
Budaya membaca telah diterapkan dalam keluarga Dato’ Dr Sheikh Muszaphar. Menurutnya, dia memang akan banyak membaca untuk anak-anak. Amalan ini dimulakan sejak anak-anaknya masih kecil.
Ads
Selain dapat belajar pelbagai perkataan baru dan peka dengan banyak cerita, sedikit-sebanyak dapat menggalakkan anak juga suka membaca.
Ads
Tambah angkasawan pertama Malaysia ini lagi, kini anak kembar lelakinya pula suka membaca untuk adik-adik mereka. Menurut Dr Sheikh Noah suka membaca untuk Emelia manakala Adam suka membaca untuk Eusoff.
Ads
“Kami ada sudut membaca di rumah. Banyak buku yang ada dan itulah tempat kegemaran anak-anak. Kami amalkan membaca 10 minit sebelum masuk waktu tidur.”
Di dalam video yang dikongsikan Dr Sheikh di media sosialnya, kelihatan Noah dan Emelia sedang membaca sebuah buku yang mengisahkan tentang terumbu karang. Noah membaca dengan gaya tersendiri dan Emelia pula tekun mendengar. Bagus betul didikan Dr Sheikh dan isteri pada anak-anak mereka!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pada majlis graduasi sekolah rendah yang penuh meriah dan bermakna baru-baru ini, Talita menjadi perhatian bukan hanya kerana kejayaannya, tetapi kerana ucapan yang langsung menyentuh hati semua yang hadir. Namun orang yang paling sebak sudah tentu mummy Watie.
Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah tidak dapat menahan air mata apabila mendengar ucapan anak tirinya, Talita, yang berdiri megah di atas pentas sambil menyampaikan penghargaan kepada keluarga.
Dalam ucapan tersebut, Talita atau nama penuhnya Dzahira Talita Zahra Shahmira memulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada tiga insan penting dalam hidupnya.
“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada daddy, ibu dan mummy.
Ibu, walaupun ibu tidak berpeluang untuk melihat saya bergraduasi sekolah rendah, saya akan sentiasa menyayangimu.
Untuk mummy Watie, walaupun orang ramai akan sentiasa menganggap mummy ibu tiri, saya sentiasa melihat mummy sebagai ibu yang sebenar.” katanya.
Watie pula meluahkan rasa sebaknya malah sangat terharu mendengar setiap patah kata Talita.
“Tahniah sayang. Sangat bangga dengan awak. Hujung-hujung kamera dah goyang sebab mummy dah mula menitik air mata dengar ucapan awak. Terima kasih sebab dalam ramai-ramai nama, mummy tetap ada di hati awak.”
Ucapan itu membuat ramai tersentuh, terutama bahagian apabila Talita menyebut nama mummy Watie dengan penuh kasih sayang.
Saat Talita menyebut ayat itu, Watie dilihat menunduk sambil menyeka air mata. Bukan mudah untuk seorang ibu tiri mendapat tempat istimewa di hati anak, tetapi Watie jelas membuktikan kasih sayangnya bukan sekadar pada kata-kata.
Majlis hari itu bukan sahaja meraikan kejayaan Talita, tetapi juga menunjukkan betapa kuatnya hubungan kasih antara mereka. Ramai warganet turut memuji cara Talita membesar sebagai anak yang matang, lembut hati dan tahu menghargai insan di sekelilingnya.
Bagi Watie, kata-kata itu mungkin hadiah paling bermakna dalam hidupnya.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak rasa macam ni? Bangun pagi hari Isnin, mata masih mengantuk, selimut rasa paling sedap, dan kaki rasa berat nak melangkah.
Padahal hari lain pun bangun awal juga. Tapi kenapa hari Isnin rasa paling susah?
Hari Sabtu dan Ahad, kita tidur lambat sikit, bangun pun lambat. Badan kita seronok berehat. Rutin berubah tanpa kita sedar.
Bila tiba-tiba hari Isnin datang, badan macam terkejut. “Eh, kena bangun awal balik ke?”
Sebab tu bila hari Isnin rasa berat, ia bukan sebab kita malas, tapi sebab badan sedang menyesuaikan diri semula.
Bila cuti, otak kita rehat dari buku dan kerja sekolah. Tiada jadual ketat, tiada tekanan untuk fokus lama.
Bila hari Isnin tiba, otak kena mula fikir semula:
Otak kita perlukan masa sikit untuk hidup balik. Sebab itu perasaan hari Isnin rasa berat
selalu muncul pada waktu pagi.
Hari Isnin bukan setakat tentang sekolah atau kerja. Ia juga tentang perasaan.
Ada yang:
Cuba buat benda kecil ni:
Kadang-kadang senyum tu boleh tipu otak jadi rasa okay. Langkah kecil macam ni boleh bantu korang jadi lebih bersedia untuk ke sekolah pada hari Isnin? Kalau tak percaya, cubalah buat!
Yang penting bukan kita malas tapi badan dan hati kita cuma sedang menyesuaikan diri.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah cuba memanah kanak-kanak tak? Haa… bukan panah mainan tau, tapi betul-betul tarik busur dan lepaskan anak panah ke arah sasaran. Nampak macam aktiviti hero dalam cerita fantasi, tapi sebenarnya memanah untuk budak-budak ni ada banyak sangat manfaat dan makin ramai ibu bapa mula bagi anak cuba aktiviti ni.
Jom tengok kenapa aktiviti memanah kanak-kanak adalah antara sukan paling best untuk dicuba!
Walaupun nampak macam duduk dan tarik je, sebenarnya memanah perlukan tenaga yang banyak. Bila korang tarik tali busur, otot tangan, bahu, belakang badan dan dada semua bekerja kuat. Lama-lama badan jadi lebih kuat, tak cepat penat dan postur pun makin bagus. Paling best, budak-budak jadi lebih cergas dan aktif tanpa perlu lari atau buat aktiviti yang terlalu lasak.
✔️ baca jarak
✔️ kawal nafas
✔️ bagi perhatian dekat sasaran
Bila selalu buat macam ni, otak pun jadi lebih fokus sampai boleh bantu dalam belajar juga! Aktiviti memanah kanak-kanak memang sesuai untuk budak yang cepat hilang tumpuan atau perlukan latihan fokus secara santai.
Memanah bukan sukan yang dapat tepat kali pertama. Kadang-kadang panah lari ke tepi, kadang kena bawah. Tapi bila korang ulang dan cuba lagi, benda ni ajar:
✔️ sabar
✔️ tak putus asa
✔️ belajar dari kesilapan
Bila akhirnya dapat bullseye… pergh, puas hati tak terkata! Rasa kemenangan kecil tu buat budak lebih semangat nak cuba lagi.
Bayangkan korang berdiri dengan busur, tarik tali… semua orang tengok. Nampak cool gila! Bila anak panah korang tepat pada sasaran, rasa yakin tu naik automatik. Aktiviti memanah kanak-kanak bagi peluang budak berani mencuba perkara baru tanpa rasa takut.
Memanah bukan sekadar sukan, tapi juga cara untuk kawal perasaan. Korang akan belajar:
Aktiviti ni sesuai untuk budak yang cepat cemas atau mudah gementar. Bila memanah, perasaan jadi lebih stabil dan hati lebih tenang. Banyak ibu bapa yang share pengalaman anak jadi lebih terkawal dan kurang tantrum selepas cuba memanah.
Ramai orang ingat memanah bahaya, tapi sebenarnya ia sangat selamat bila ikut arahan jurulatih. Korang akan pakai peralatan khas dan hanya lepaskan anak panah bila semuanya clear. Memanah juga ajar kanak-kanak disiplin dan hormat peraturan, sebab setiap langkah kena ikut dengan tepat.
Sukan lain kadang-kadang perlukan stamina tinggi atau kena lari laju. Tapi memanah sesuai untuk semua budak:
✔️ yang lasak
✔️ yang pendiam
✔️ yang tak suka sukan berlari
✔️ yang suka aktiviti tenang
Jenis sukan yang sesuai untuk macam-macam personaliti. Tambah pula, aktiviti memanah kanak-kanak sangat fleksibel dan boleh buat indoors, outdoors dan ikut pace masing-masing.
Kalau korang nak cuba sukan yang lain daripada biasa, memanah memang pilihan terbaik. Boleh kuatkan badan, tajamkan minda, kawal emosi dan naikkan keyakinan diri. Mana tahu… dari suka-suka, korang boleh jadi pemanah hebat satu hari nanti! Aktiviti memanah kanak-kanak ni bukan saja seronok, tapi penuh nilai positif untuk perkembangan diri.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!