Tiba-tiba perwatakan anak berubah? Bila dilihat semula, anak seperti meniru watak kartun yang ditontonnya. Sejauh manakah kartun yang anak tengok memberi kesan terhadap perwatakan serta emosi anak-anak?
Menurut perkongsian dari Developmental Psychologist, Pn Pija Ramli menonton kartun pada dasarnya adalah untuk mendapatkan input sensori anak tetapi jangan sampai salah pilih kartun.
Matlamat anak tengok cerita kartun adalah untuk mendapatkan input sensori seperti penglihatan, pendengaran, gambar dan grafik yang cantik serta bunyi-bunyian yang pelbagai dan seronok.
Satu lagi anak tengok kartun biasanya sebab suka dengan emosi dalam kartun tersebut. Ada lari-lari dan rasa teruja selain mempelajari perkara baru seperti kosa kata baru dan sebagainya.
Pun begitu ada kartun-kartun yang kurang sesuai untuk anak. Antaranya adalah Huggy Wuggy, Shinchan dan Pingu.
Kartun Shinchan ini sebenarnya memberi pengaruh yang tidak baik dimana memperlihatkan tingkah laku seksual yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.
Ads
Selain itu siri kartun Pingu juga dirasakan kurang sesuai untuk kanak-kanak kerana siri kartun ini tidak bercakap dan ini kurang bagus terutamanya pada kanak-kanak peringkat awal untuk mengembangkan komunikasi mereka.
Huggy Wuggy pula dilihat sebagai siri kartun yang menyeramkan dan keadaan ini boleh mengganggu emosi dan perkembangan kanak-kanak untuk membesar.
Ciri-ciri kartun yang menyebabkan tidak sesuai untuk kanak-kanak
1. Tingkah laku agresif
Tak semestinya memukul sahaja tetapi mengejek, membuli dan memulau dan ini banyak berlaku kepada kanak-kanak perempuan. Ada adegan sebegini tidak bagus untuk anak.
Ads
2. Penggunaan bahasa negatif/kesat
Tidak hanya kata-kata kurang sesuai bahkan kartun yang tidak bercakap juga perlu dielakkan. Kartun biasanya dilihat oleh kanak-kanak Bawah 2-3 tahun dan para peringkat ini kanak-kanak perlu berkomunikasi untuk mengembangkan kemahiran percakapan mereka.
Bila mendengar bahasa pelik dan tidak bermakna ini tidak membantu kosa kata anak-anak malah mengelirukan anak-anak.
Ads
Impak emosi negatif pada anak
“Tengok saja bukan nak tiru”. Itu mungkin kata-kata sesetengah ibu bapa tetapi ini anda perlu tahu kesannya kepada anak selepas menonton.
1. Kurang empati dan simpati
Pendedahan berterusan boleh mengurangkan sensitiviti anak. Anak jadi kurang kasihan pada orang sekeliling.
2. Takut atau bimbang keterlaluan
Boleh jadi gangguan kepada tidur anak dan terbawa-bawa dalam mimpi.
3. Kawalan kendiri yang lemah
Anak tak dapat bezakan baik dan buruk, samada bahaya atau tidak dan ini salah satu tingkah laku impulsif kesan daripada kawalan diri yang lemah.
Bagi mengurangkan anak menonton, gunakan konsep cegah dan bimbing anak baik sebelum atau ketika menonton. Jika boleh tonton sekali bersama anak supaya dapat menapis adegan yang kurang sesuai.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan bakat seni anak-anak Lan Solo yang ‘menurun’ dari daddy mereka. Anak sulung dan anak bongsu Lan terutamanya dilihat sukakan tarian dan nyanyian.
Terbaharu, Lan Solo telah memuatnaik sebuah video anak keempatnya, Nur Amna Quzandra sedang menyanyi lagu berjudul Masing-Masing yang dipopularkan oleh Ernie Zakri.
Menurut Lan, anaknya itu yang mesra disapa sebagai Xandra sememangnya meminati lagu tersebut dan sudah beberapa kali membut permintaan untuk merekodnya. Kata bapa kepada empat orang cahaya mata ini, Xandra ada bertanya bila boleh buat rakaman seperti dirinya.
Tidak mahu menghampakan anaknya itu, Lan memberitahu kalau ada kerja di studio bolehlah mereka buat rakaman tersebut. Nak dijadikan cerita, suatu hari selepas balik dari sekolah Xandra melihat daddy bekerja di studio, jadi dia terus menuntut janji.
“Kebetulan daddy ada kerja kat studio, tersu dia request. Kena lah layankan.”
Sebutan jelas dan comel ketika menyanyi membuatkan ramai yang memuji bakat Xandra. Antara komen yang ditinggalkan;
Nyanyian Xandra sememangnya sangat matang dan ‘feel’ jika nak ikutkan dengan usianya yang baru lima tahun. Lagi 10-15 tahun ni, dah boleh mula menyanyi secara profesional. Untung ada daddy boleh jadi tukang ajar, silap hari bulan boleh berduet sama nanti!
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ di seluruh Malaysia sempena cuti sekolah dan persiapan sesi persekolahan 2025 yang diadakan sebanyak 243 kali di seluruh negara.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali, berkata program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan sekolah pada kadar diskaun antara 10 hingga 30 peratus di pasar raya dan pusat beli-belah terpilih.
“Saya berharap inisiatif ini dapat membantu ibu bapa menjimatkan perbelanjaan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak,” katanya dalam hantaran di Facebook petang semalam.
Menurut Armizan, jualan ini meliputi pelbagai barangan seperti pakaian sekolah, pakaian kokurikulum, kasut, alat tulis dan keperluan lain yang boleh diperoleh pada harga lebih berpatutan.
Berikut merupakan info grafik lokasi bagi Perlis dan Putrajaya sepanjang bulan Febuari untuk Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ‘Back To School’ tahun ini mengikut negeri.
Perlis
Putrajaya
Manakala negeri-negeri lain adalah seperti berikut:
Kisah ini memaparkan sebuah cerita seram sekaligus menghibur yang berkisar pada penggunaan toyol untuk mencapai kekayaan dan kemudahan dalam hidup. Dikisahkan, terdapat beberapa insiden di mana orang-orang mengalami kehilangan duit dan barang akibat perbuatan makhluk halus ini.
Berawal dari sebuah sekolah di mana kejadian misteri mula terjadi seperti kehilangan duit dan barang-barang milik orang.
Pada suatu malam, seorang petugas merasa ada sesuatu yang tidak kena dan melihat kelibat makhluk halus yang mencurigakan. Dalam usaha untuk mengatasi masalah ini, mereka memutuskan untuk menangkap toyol tersebut.
Berujung dengan penangkapan toyol yang ternyata adalah makhluk kecil berwarna merah, yang telah banyak mencuri barang dan duit. Cerita ini mengajarkan tentang pentingnya usaha dan kerja keras dalam mencapai kekayaan, bukan melalui cara-cara yang tidak baik seperti menggunakan toyol.
Kisah ini mengajarkan kita bahawa kekayaan dan kemudahan hidup yang didapatkan melalui cara yang tidak benar tidak akan membawa kebahagiaan yang sejati. Kita harus selalu berusaha dengan cara yang halal dan baik untuk mencapai tujuan kita dalam hidup
Bermula 12 hingga 16 September 2025, Taman Tasik Titiwangsa bakal menjadi lokasi penuh warna-warni dengan penganjuran BK Mini Fest sempena Festival Budaya Malaysia. Dari...