Isaac Raees Alami Alahan Teruk, Terpaksa Serah Kucing Pada Orang Lain!

Korang pernah tak mengalami alahan pada kucing? Ada yang tiba-tiba bersin, mata jadi merah atau kulit rasa gatal bila peluk si comel bulus tu? Ha inilah yang terjadi kepada Isaac Raees, anak kepada pelakon popular Zahirah Macwilson.

Isaac Raees Alami Alahan Teruk, Terpaksa Serah Kucing Pada Orang Lain!

Alami Alahan Teruk

Isaac sebenarnya sangat sayang dengan seekor anak kucing bernama Rocky. Setiap hari, dia akan cari Rocky untuk bermain, bergurau dan berpeluk. Tapi dalam masa yang sama, alahan Isaac semakin teruk sehingga mengganggu kesihatannya.

Kata ibunya mereka sudah mencuba untuk pisahkan Rocky ke bilik lain, namun Isaac tetap meminta untuk bermain dengan kucing kecil itu setiap hari kerana terlalu rapat dengannya.

“Menguruskan alahan Isaac terhadap anak kucing memang menjadi satu cabaran kerana dia terlalu sayang akan haiwan itu. Kami dah cuba pisahkan Rocky ke bilik lain, tapi Isaac tetap nak main dengannya,” jelas Zahirah.

Ads

Isaac Raees Alami Alahan Teruk, Terpaksa Serah Kucing Pada Orang Lain!

Kerap Menangis Sebab Sakit

Katanya lagi,  Isaac kerap menangis, perlu makan ubat berulang kali dan selalu ditegur untuk cuci tangan atau jaga jarak daripada Rocky. Situasi itu buatkan hati seorang ibu makin berat.

Ads

Akhirnya, demi kesihatan Isaac yang kini semakin sensitif terhadap kucing, mereka terpaksa membuat keputusan besar.

Isaac Raees Alami Alahan Teruk, Terpaksa Serah Kucing Pada Orang Lain!

Ads

“Dengan hati yang sangat berat, kami ambil keputusan untuk cari rumah baharu buat si kecil Rocky. Kami percaya ini adalah keputusan terbaik buat masa sekarang,” kata Zahirah.

Zahirah turut berharap bahawa apabila Isaac sudah lebih besar dan alahannya semakin terkawal, mereka mungkin akan mempertimbangkan untuk mengambil haiwan peliharaan semula.

 

Sumber: Instagram

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads