Siapa je yang tak suka dengan keletah kedua-dua orang anak pelakon cantik, Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie. Adik-beradik ini seringkali membuatkan orang ramai terhibur dengan kecomela dan gelagat ‘out of the box’ mereka.
Bukan saja cerdik bahkan Hayder dan Endra suka bergurau antara satu sama lain dan setiap momen indah itu akan direkodkan oleh mama mereka.
Eyra ada memuatnaik sebuah video ketika membawa anak-anaknya ke kedai gunting rambut. Pada awalnya, rambut Endra agak panjang sehingga boleh diikat toncet. Ketika awalnya Endra kelihatan okay tetapi sebaik saja proses memotong rambut bermula, dia mula menangis.
Mungkin kerana proses mengambil masa dan Endra mula rasa tak selesa sebab itulah dia menangis. Sepanjang proses memotong rambut, tak lepas lolipop dari mulutnya.
Ads
Lain pula kisahnya dengan Hayder kerana dia telah bersedia untuk potong rambut. Dia juga membuat permintaan untuk membuat potongan rambut seperti papa mereka. Ingin memujuk adiknya yang menangis, Hayder memuji Endra kerana berjaya memotong rambut.
Di penghujung video, Hayder dan Endra bergambar bersama dan pada waktu inilah ramai yag memberi komen wajah mereka nampak sangat serupa.
Ads
Tak lama pun Endra merengek, lama-lama dia pun dah okay dan nampak comel dengan rambut baru.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Menjadi ibu bukan tugas yang mudah. Setiap hari ada cabaran, dari mengurus anak-anak hingga memastikan rumah dalam keadaan baik. Kadang-kadang, keletihan dan tekanan buat kita mudah naik marah.
Tapi, adakah kita perlu jadi ibu yang sempurna? Atau cukup sekadar jadi ibu yang tenang dan bahagia?
Dalam perkongsian kali ini, menerusi perkongsian di FB puan Wawa Shauqi kita akan sama-sama belajar bagaimana mengawal emosi, mengurus tekanan, dan mengelakkan diri daripada menjadi ibu yang baran. Kerana ibu yang bahagia akan melahirkan keluarga yang bahagia.
MACAM MANA NAK ELAKKAN JADI IBU YANG BARAN?
Ramai sangat yang pm saya tanya pasal ‘Macam mana nak jadi ibu yang baik.’ ‘Macam mana nak hilangkan baran?’ Dan seumpamanya.
Dear parents Dear mommies. You don’t need to be perfect. Just be patient. Untuk jadi penyabar, kalian perlu tahu kapasiti kesabaran yang kalian ada sebelum mula terbakar dan meletus. You know yourself. Stop before you start to forget things, marah dengan perkara kecil dan lupa nak tengok diri sendiri kat cermin. Husband-husband kena tengok. Kalau para isteri dah hilang manja dan makin menyinga, cepat-cepat isi tangki emosinya yang dah makin kering. Peluk isteri, sikatkan rambutnya, urut badannya atau belanja makan aiskrim kegemaran. Tak pun cincin sebentuk atau kalau teruk sangat, belanja dia ‘me time’ 2 hari 3 malam di Damai Laut.
Tapi sebenarnya kesudian untuk tadahkan telinga dengar membebel, atau sesi bersembang tenang antara laki-bini sepanjang malam pun, lebih mahal dan mendamaikan dari Damai Laut. Yup, just simply being a therapist to her. Jangan biar isteri terlalu nak jadi perfect. Sempurna itu bukan sifat manusia. Jangan cuba melawan fitrah. Nanti kita juga yang parah. Isteri, kalau rasa haritu boleh melayan anak, tak larat memasak, senyum dan gantung kuali. Foodpanda kan ada!
Kita tak ada bos yang tukang cek kerja di rumah dah selesai ke belum. Tak ada timeline pun. Kalau tak larat, tinggallah dulu. Buang rasa runsing dengan ‘gunung Kinabalu’ yang makin tinggi setiap hari.
Belajar bertenang dengan diri bila nampak rumah sepah. Saya faham perasaan tu. Kadang-kadang, lantai yang melekit, tapi kenapa sampai ke otak rasa berdenyut.
Your floor doesn’t define your happiness… so relax. Jangan setiap masa nak rumah perfect, sampai anak nak main pon kita tak bagi. Rasa runsing je, cepat-cepat pejam mata dan bayangkan otak-otak anak sedang pesat berkembang waktu mereka sedang bermain.
Agak-agak lagi 30 minit suami balik, barulah pulun kemas dengan anak-anak. Kalau tak, nampak anak nak menyepah sikit, dada dah rasa kena cengkam. Tapi kalau ada hari yang ada extra motivasi, & doing house chores make you happy, teruskan usaha buat rumah berkilat.
Bila bangun tidur, pastikan kita bangun dengan senyum. Kajian dah membuktikan, senyum selama satu minit selepas tidur, boleh meningkatkan paras hormon gembira dalam badan. Dan bantu mood kita kekal ceria sepanjang hari.
Hari ni, malam sebelum tidur, cuba tulis beberapa perkara yang buat kita syukur. Kemudian, tulis perkara yang kita nak buat esok, dan bayangkan sejelas-jelasnya. Sebelum tanya macam mana nak sayang anak-anak, sayangi diri sendiri dulu. Penuhi gelas emosi sendiri, sayangi badan sendiri dan rasai kehebatan nyawa yang Allah dah beri. Itulah langkah pertama nak jadi yang terbaik untuk orang lain. You are beautifully made by Allah. Dilahirkan dengan manfaat untuk membahagiakan dirimu, bukan untuk membebanimu.
Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pihak mereka menerima sebanyak 93,635 permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu dan tingkatan empat bagi sesi tersebut.
“Daripada jumlah itu, seramai 7,229 pelajar ditawarkan memasuki MRSM ke tingkatan satu, manakala 1,680 lagi pelajar ditawarkan masuk ke tingkatan empat.
“Mara masih mengekalkan dasar sedia ada dengan 60 peratus penawaran adalah kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) dengan keutamaan juga diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Mara Integrated Accounting Conference (MiCA) 2025, di sini, hari ini.
Asyraf berkata, semakan tawaran itu dibuka bermula jam 12 tengah hari ini secara dalam talian dan makluman dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau emel didaftarkan.
“Pemohon yang berjaya diingatkan untuk membuat pengesahan terima atau tolak tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari.
“Pemohon yang tidak membuat pengesahan dalam tempoh ditetapkan akan dianggap menolak tawaran ke MRSM.
“Pemohon yang layak dan masih belum mendapat tawaran boleh membuat semakan pertama pada hari ini, semakan kedua (27 Januari), semakan ketiga (3 Mac) serta semakan keempat (17 Mac),” katanya.
Beliau berkata, pihaknya menetapkan pendaftaran pelajar adalah pada 19 Februari ini iaitu tiga hari selepas tarikh pendaftaran sekolah biasa.
Katanya, penetapan tarikh itu selepas mengambil kira cadangan ibu bapa yang mahu diberikan ruang untuk pendaftaran anak mereka yang lain.
“Saya berharap tiada pelajar yang menolak tawaran ke MRSM atas faktor kekangan kewangan kerana kita tidak mahu ada pelajar terkandas disebabkan alasan itu.
“Justeru itu, saya arahkan pihak pengurusan MRSM supaya menerima terlebih dulu pelajar yang mempunyai masalah kewangan dan kita akan cari jalan bagi membantu mereka,” katanya.
Tidak dinafikan mendidik anak zaman sekarang amat mencabar. Oleh itu, ramai antara kita mencari cara didik anak yang betul supaya mereka dapat dibentuk sejak kecil.
Malah untuk mendidik anak lelaki dan perempuan berbeza pendekatannya.
Nak didik anak lelaki kena tahu caranya. Begitu juga yang diperkatakan oleh saudara Redza Zainol menerusi facebooknya.
Moga jadi panduan untuk kita mendidik anak-anak dengan istiqomah dalam era digital yang mencabar ini.
5 perkara yang anak lelaki belajar dari ayahnya sebelum usia remaja.
1 Anak lelaki belajar tentang kasih sayang dalam keluarga dari ayahnya.
• Mereka lihat dan meniru cara ayah menyayangi ibu dan adik beradik yang lain. Mereka suka bila melihat ayah memuji, menyentuh lembut dan memberi bahagia pada si ibu.
2 Anak lelaki suka buat aktiviti fizikal bersama ayahnya. Memeluk dan bergusti dengan ayah lebih bernilai berbanding duduk mengadap gajet seharian.
• Kanak-kanak usia 2-5 tahun sangat suka dengan “Rough and Tumble Play”. Mereka akan menepuk, mencucuk dan memukul orang dewasa dalam keadaan yang tak menyakitkan.
• Anak akan belajar sempadan antara pukulan selamat dan tak selamat.
3 Anak lelaki belajar berhujah dengan ayahnya. Walaupun tak sependapat, hujahnya tak menghina sesiapa.
• Anak lelaki akan belajar, lelaki boleh berhujah dengan tenang tanpa menyakiti wanita. Dalam keadaan penuh emosi, lelaki tetap tekun mendengar dan memberi hujah.
4 Anak lelaki belajar meluahkan perasaan dengan memerhati ayahnya.
• Penting untuk anak melihat si ayah merasa sedih, marah, gembira dan takut. Yang lagi penting ialah untuk anak lelaki melihat cara si ayah mengawal diri ketika dirinya penuh dengan emosi.
• Kesilapan si ayah ialah dia meluahkan dengan rasa marah ketika dia takut atau sedih. Inilah yang akan ditiru oleh anak.
5 Anak lelaki belajar buat kerja rumah dari ayahnya.
• Didik anak lelaki sifat rajin terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka menjadi suami yang memahami beban kerja seorang isteri.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Sejak 30 tahun yang lepas, semakin ramai ayah yang rapat dengan anaknya.
Hubungan anak lelaki dengan ayah sepatutnya penuh dengan kasih sayang dan bukan diisi dengan ketakutan.