Kagum dengan semangat dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pasangan kembar ini. Walaupun menghadapi cabaran fizikal, mereka saling menyokong dan memberi inspirasi.
Nur Aisy Raisha, dengan penuh kasih, sentiasa berada di sisi Nur Aisy Amara Mohd Saiful Hasbul membuktikan bahawa kekuatan sejati terletak pada ikatan adik-beradik yang tulus.
Memetik laporan Sinar Harian, setiap hari, Raisha menolak kerusi roda Amara ke Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong, tempat mereka belajar dalam kelas yang sama.
Semasa waktu rehat, Raisha memastikan adiknya dapat ke kantin dan menikmati masa makan bersama rakan-rakan.
Akhirnya, atas permintaan mereka, guru membenarkan mereka kekal dalam kelas yang sama.
Ads
“Raisha banyak jaga adik dia, dia macam pinjamkan ‘kaki’ untuk kembar dia.
“Walaupun fizikal mereka berbeza, jiwa mereka tetap ‘kembar’ dan tak dapat dipisahkan,” kata Nur Azrin.
Menurutnya, pasangan kembar seiras, sulung dan bongsu tersebut lahir pramatang ketika usia kandungan Nur Azrin tujuh bulan.
“Raisha juga disahkan menghidap jantung berlubang tetapi sudah menjalani pembedahan ketika berusia 13 bulan dan masih bayi.
Ads
“Dia sembuh sepenuhnya dan kini menjadi kakak yang bertanggungjawab dan begitu menyayangi adiknya sepenuh hati selain sentiasa ada untuk membantu apa-apa sahaja keperluan adik yang tidak dapat berjalan,” katanya yang tinggal di Kampung Tok Langgar, Kok Lanas, di sini.
Selain cabaran fizikal, keluarga ini juga menghadapi kekangan kewangan, bagaimanapun Amara menerima bantuan RM1,800 setahun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dapat menampung keperluan harian dan perubatan.
“Jika tidak berkerusi roda, Amara akan bergerak dengan cara mengesot.
Ads
“Kami baru saja menerima kerusi roda baharu yang lebih ringan daripada Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya Universiti Sains Malaysia-Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan dan dapat membantu Raisha membawa adiknya,” katanya Nur Azrin.
Membentuk disiplin anak sejak usia kecil bukan sekadar dengan teguran atau hukuman, tetapi melalui pendekatan psikologi yang betul. Salah satu cara adalah dengan mengajar mereka mengemas rumah seawal usia empat tahun, bukannya membiarkan mereka selesa tanpa tanggungjawab seolah-olah menjadi “tuan” di rumah sendiri.
Bila ada anak kecil di rumah, sudah menjadi kebiasaan ruang tamu atau bilik mereka dipenuhi dengan mainan berselerak, sisa makanan, atau barang-barang yang tidak disusun rapi. Situasi ini sering membuatkan ibu bapa hilang sabar kerana terpaksa mengemas setiap hari, hingga akhirnya anak-anak dimarahi kerana dianggap malas.
Arahan ‘kasih
Kanak-kanak yang rajin biasanya akan melakukan kerja yang diberi dengan kemas dan penuh keseronokkan. Sebaliknya bagi yang malas pula, masih melakukan kerja tetapi hasil kerjanya tidak memuaskan dan tidak teratur. Ini kerana dia berasa tugasan itu satu bebanan kepadanya. Jadi apabila anda memberi sesuatu arahan pastikan intonasi suara itu memberitahu bahawa tugasan itu menyeronokkan bukan membebankannya. Ini kerana kanak-kanak tahu nada suara ibu bapa mereka dalam keadaan marah ketika memberi arahan. Sebaliknya kanak-kanak suka apabila dirinya diberi arahan dengan intonasi suara yang mesra seperti ‘Sayang, boleh kan kemaskan bilik sayang ni, kalau mama mahu disiapkan dalam masa satu minit.”
Memuji kerja yang dibuat
Selepas dia berjaya mengikut arahan anda, berikan pujian. Tindakan secara psikologi ini amat disukai oleh kanak-kanak. Lakukan begitu selepas mereka melakukan tugasan mengemas bilik atau ruang yang berselerak dengan barang mainan. Juga memberitahu kepada mereka jika berjaya mengemas bilik pada waktu yang ditetapkan, dia adalah seorang kanak-kanak yang bagus. Jadi, dengan pujian ini, apabila anda memberikan arahan untuk melakukan tugasan itu sekali lagi, ia akan dilakukan dengan gembira.
Tunjukkan pencapaian kejayaan
Kanak-kanak memang sukar apabila disuruh menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru tadikanya. Jadi anda perlu tunjukkan kepadanya situasi pencapaian kejayaan jika dia bersikap rajin atau malas. Katakan kepadanya, jika adik mahu berjaya menjadi doktor atau angkasawan mesti rajin baca buku dan buat kerja sekolah. Sebaliknya jika malas, adik tidak akan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.
Lakukan ia seperti ‘permainan’
Boleh anda menjadikan kerja kelihatan seperti satu permainan? Ya anda boleh!, Lakukan ia supaya kanak-kanak melihat ia seperti ‘permainan’ yang menyeronokkan. Wujudkan satu permainan seperti pertandiangan mengutip barang permainan di ruang tamu dan hadkan masa. Lakukan bersama-sama dengannya supaya aktiviti itu seolah-olah seperti si kecil sedang bersaing dengan anda untuk bergelar ‘juara!
Ganjaran
Kanak-kanak begitu menyukai ganjaran. Beritahu kepadanya apabila dia telah berjaya menyiapkan kerjanya ( contohnya; mengemas bilik), anda akan membawanya ke suatu tempat yang menarik, memberinya kek atau makanan kegemarannya. Walau bagaimana pun, apabila anda masuk ke biliknya untuk melihat hasil kerjanya, jangan tunjukkan rasa tidak puas hati kerana biliknya masih lagi tidak teratur seperti yang anda inginkan. Kanak-kanak akan merasa sedih apabila usahanya tidak dihargai. Apa yang penting dalam usia ini, kanak-kanak sepatutnya didik supaya menghargai hasil kerjanya. Cara ini membuatkan ia berasa bangga dan yakin diri.
Lakukan untuk si dia
Apabila arahan anda tidak mahu diikuti oleh anak, jangan terus meninggikan suara. Misalnya jika dia tidak mahu membasuh pinggan atau mengemas biliknya, seterusnya, andalah yang harus melakukan untuk dia tanpa membebel atau memarahinya. Ini adalah tindakan psikologi supaya si dia akan merasa rasa bersalah apabila melihat anda pula yang mengemas biliknya. Cara ini akan membuatkan dia terus berubah sikap mahu melakukan kerja yang diberi oleh ibunya. Dia mahu dirinya berkelakuan baik dan disayangi!
Idola kesukaan
Salah satu personaliti kanak-kanak ialah sikapnya yang suka meniru perwatakkan orang lain. Jadi untuk merangsangnya bersikap rajin, cuba cari idola yang disukainya. Beritahu sikap positif idolanya itu contohnya rajin membaca buku, dan menolong ibu bapa mengemas rumah. Katakan kepadanya jika bersikap begitu disukai oleh semua orang. Lakukan dalam bentuk penceritaan supaya kanak-kanak ini mudah memahami perwatakan idola kesukaannya.
Kesihatan
Ceritakan kepada anak anda tentang realiti kehidupan dengan mengaitkan dengan kesihatan. Katakan kepadanya jika mahu sentiasa sihat dan ceria, mestilah hidup dalam rumah yang bersih. Dan apabila rumah bersih, badan pun sihat. Adik juga tidak selalu batuk dan demam. Katakan untuk mendapat semua itu, mestilah menjadi seorang yang rajin menjaga persekitaran rumah supaya tiada bakteria yang mengganggu sistem imun badanya.
Tuhan suka kebersihan
Anak yang malas biasanya sukar untuk di pujuk membantu anda. Dia akan memberi pelbagai alasan untuk mengelak daripada diberi tugas. Jadi, katakan kepadanya yang tuhan suka dan sayang kepada anak yang menjaga kebersihan. Untuk memastikan biliknya kemas dan bersih, adik mestilah selalu membersihkan bilik dan barang mainan.
Nak anak jadi lebih rajin memang cabaran, kan? Tapi jangan risau! Sebenarnya, ada cara kreatif yang boleh kita lakukan untuk galakkan mereka rajin tanpa paksaan. Yang penting, aktiviti ni seronok dan beri manfaat untuk perkembangan mereka. Jom kita cuba!
5 Tip Aktiviti
Beri Tugasan Harian Ringkas
Mulakan dengan tugasan kecil, seperti menyusun buku atau lipat baju. Anak akan rasa seronok bila dapat pujian selepas berjaya siapkan tugasan.
Sediakan Jadual Aktiviti yang Kreatif
Buat jadual harian yang menarik dengan warna-warna ceria. Ajak mereka tanda tugasan yang dah selesai—ini akan buat mereka lebih bersemangat.
Gunakan Sistem Ganjaran
Berikan ganjaran kecil, seperti pelekat bintang, bila anak rajin buat sesuatu. Lama-kelamaan, mereka akan ada motivasi dalaman untuk terus rajin.
Contohi Kerajinan Kita
Anak selalu meniru ibu bapa. Jadi, tunjukkan contoh dengan rajin mengemas atau memasak sambil ajak mereka turut serta.
Libatkan Aktiviti Seronok
Masukkan elemen permainan, seperti ‘siapa cepat habis lipat baju’. Aktiviti sebegini bukan saja menyeronokkan, tapi juga melatih mereka jadi rajin.
Rajin bukanlah sifat yang datang sendiri, tapi ia boleh dipupuk dari kecil. Dengan aktiviti yang menyeronokkan, anak-anak pasti lebih bersemangat untuk membantu dan menjadi lebih berdikari. Selamat mencuba, mak ayah!
Hujan lebat berterusan membawa khabar duka kepada penduduk Kampung Bukit Apit, Ajil, Kuala Berang Terengganu apabila kejadian tanah runtuh hari ini meragut nyawa dua beradik.
Mangsa, Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya Siti Fatimah, 13, ditemukan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat, masing-masing pada jam 6.32 petang dan 6.59 petang. Kejadian tragis itu turut melibatkan abang mereka, Uzair, 17, yang ditemukan selamat lebih awal pada jam 5.17 petang.
Tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 4.30 petang itu mengejutkan penduduk kampung, yang tidak menyangka musim hujan kali ini akan membawa malapetaka sebegini.
“Saya dengar suara meminta tolong, tapi saya tak dapat buat apa-apa sebab tak tahu mereka ada di mana,” kata Danial Arabi, 36, jiran kepada keluarga mangsa, yang menjadi saksi pertama selepas kejadian.
Menurut Danial, keadaan ketika itu sangat mencemaskan. Hujan lebat dan tanah yang terus bergerak membuatkan usaha menyelamat menjadi sukar.
“Semuanya berlaku terlalu pantas. Kami tak pernah sangka kawasan rumah mereka yang nampak selamat ini boleh terkena tanah runtuh,” tambahnya dengan nada sebak.
Tragedi ini menimbulkan kesedihan mendalam buat seluruh penduduk kampung, yang rata-rata tidak menyangka bencana tanah runtuh boleh terjadi di kawasan mereka. Musim hujan yang biasanya dinanti-nantikan untuk menyuburkan tanah, kali ini menjadi penyebab kehilangan dua nyawa muda yang masih punya banyak impian.
Pasukan penyelamat kini masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca tanah runtuh. Penduduk sekitar dinasihatkan untuk terus berhati-hati, terutama dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Duka yang sukar dilupakan ini meninggalkan parut mendalam, bukan hanya buat keluarga mangsa tetapi juga komuniti kecil Kampung Bukit Apit yang terkejut dengan insiden itu.
Malam ini, The Chosen One XTRA, realiti yang menyentuh jiwa kembali dengan musim baharu yang lebih segar. The Chosen One XTRA membawa penonton menyaksikan...