Anak-anak adalah pemerhati yang hebat. Mereka cenderung meniru apa sahaja yang mereka lihat daripada ibu bapa dan persekitaran sekeliling. Sebagai ibu bapa, setiap tindakan dan tingkah laku kita menjadi contoh langsung yang akan membentuk peribadi mereka.
Oleh itu, memberikan teladan yang baik adalah langkah penting dalam memastikan anak-anak membesar dengan nilai murni dan sikap positif, kerana mereka belajar lebih banyak daripada apa yang mereka lihat berbanding apa yang kita katakan.
Sebagaimana perkongsian Coach Parenting, menurutnya dalam kehidupan rumah tangga, apa yang ibu bapa lakukan akan menjadi cerminan kepada anak-anak. Ikuti perkongsian beliau:
Ayah Buat.. Anak Ikut.. Mak Jadi Mangsa
Saya perhati je gelagat pasangan yang baru kahwin ni. Makan isteri hidangkan. Lepas makan pinggan tinggal atas meja terus keluar hisap rokok. Si isteri senyum je ambil pinggan bawa ke sinki dan cuci. So sweet isteri layan suami macam raja.
Ketika belum ada anak situasi begini memang nampak sweet tapi lepas dah ada anak tabiat begini kena kurangkan. Anak-anak belum pandai menilai. Jadinya apa sahaja yang dia lihat dia akan tiru. Termasuklah cara ayah melayan mak, dan cara mak melayan ayah. Anak akan tiru bulat bulat!
Ads
Takut mak jadi mangsa bulian anak-anak. Yalah, mana tak kena buli kalau anak-anak makan kena di layan setiap seorang, kalau anak seorang ok lagi tapi kalau anak 3 4 5 orang?
Jom sertai Parenting Summit Online 2025 dengan barisan panel hebat seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Say Shazril, Dr. Malar, Ustazah Asma’ Harun & Awal Ashaari dan ramai lagi! Pendaftaran PERCUMA, untuk 500 ibu bapa pertama sahaja! 👨🏻🧑🏽 Lebih seronok, ada peluang menang hadiah lucky draw bernilai sehingga RM3000! Daftar sekarang
Tekanan si mak nak handle pelbagai ragam anak. Lebih ditakuti ialah bila anak tak pandai langsung nak menolong mak. Tak menolong mak memasak, pinggan kotor tinggal je dalam sinki, kerja rumah semua mak seorang yang buat.
Ads
Mak dah macam bibik, kerja nak layan kehendak suami dan anak-anak. Mak rajin atau malas bukan isunya, yang penting sekarang kita kena mengajar anak ringan tulang dan adab sejak kecil.
Supaya dah besar nanti diorang tak menyusahkan pasangan. Terutamanya anak lelaki! Anak lelaki akan jadi imam keluarga satu hari nanti. Kalau imam dalam solat, bacaan kena betul, tertib solat kena betul, semua berkaitan solat kena sempurna.
Ads
Begitu juga sebagai imam keluarga. Suami atau ayah mesti tunjukkan teladan yang baik pada isteri dan anak-anak, beri didikan yang terbaik dan kena jadi pemimpin yang boleh di harapkan. Barulah terbina keluarga sempurna.
Kahwin bukan tempat untuk orang yang malas atau rajin. Kahwin hanya untuk orang yang boleh bekerjasama dan sanggup susah senang bersama.
Apa yang jelas, keluarga yang bahagia terbina melalui usaha bersama dan sikap saling memahami antara pasangan. Suami dan isteri harus saling melengkapi, bukan membebankan satu sama lain. Dengan mendidik anak-anak sejak kecil untuk bertanggungjawab dan hormat kepada ibu bapa, kita dapat melahirkan generasi yang lebih baik. Ingatlah, perkahwinan bukan sekadar tentang cinta, tetapi tentang kerjasama dalam membina masa depan bersama.
Air kosong ni mungkin nampak simple, tapi sebenarnya banyak manfaat penting untuk perkembangan si kecil. Jom tengok kenapa anak-anak perlu cukup minum air kosong setiap hari.
1. Melancarkan Sistem Pencernaan
Air kosong bantu si kecil elak sembelit dan lancarkan proses penghadaman. Bila perut sihat, mood anak pun jadi ceria!
2️. Elak Dehidrasi dan Kekal Aktif
Anak-anak ni cepat berpeluh sebab aktif bergerak. Jadi, penting sangat bagi mereka minum air kosong supaya badan kekal segar dan bertenaga sepanjang hari.
3️.Bantu Perkembangan Otak
Air kosong sangat penting untuk fungsi otak. Bila anak cukup minum air, mereka lebih fokus dan cepat belajar sesuatu perkara.
4️.Menyokong Kesihatan Kulit
Kulit si kecil akan nampak lebih sihat dan lembut bila badan cukup air. Takde la masalah kulit kering atau ruam-ruam gatal.
5️.Kawal Suhu Badan Anak
Air kosong bantu menyeimbangkan suhu badan terutama bila anak demam atau cuaca panas. Penting untuk elakkan risiko demam berpanjangan.
Tip untuk Galakkan Anak Minum Air Kosong:
1.Guna botol air comel yang anak suka.
2.Buat reminder setiap beberapa jam untuk ajak anak minum.
3.Jadikan minum air kosong sebagai rutin harian selepas makan dan bermain.
Kagum apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun mencipta sejarah sebagai pelajar termuda yang pernah diterima masuk ke Universiti Malaya (UM) sejak penubuhannya pada tahun 1962.
Izz Imil Shahrom secara rasmi mendaftar pada Sabtu lepas dan akan mengikuti pengajian dalam Sarjana Muda Sains Matematik.
Perkongsian daripada Fatimah Kari di Facebook mendedahkan bahawa Izz Imil telah memulakan pengajian di Tingkatan 1 di Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) seawal usia enam tahun. Pada umur lapan tahun, beliau berjaya menamatkan O-Level, dan pada usia 11 tahun, A-Level telah diselesaikan.
Ramai warganet meluahkan rasa kagum melihat kepintaran luar biasa Izz Imil yang baru berusia 12 tahun. Kejayaan beliau diterima masuk ke universiti pada usia begitu muda mencetuskan rasa bangga dan inspirasi, dengan ramai yang memuji kecerdasan dan usaha gigihnya.
Lantaran dengan kecerdasan luar biasa Izz Imil, malah ada yang membandingkannya dengan watak fiksyen Sheldon Lee Cooper dari sitkom popular Amerika, The Big Bang Theory.
Semoga kisah kejayaan Izz Imil ini menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat untuk anak-anak lain, mendorong mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan mencapai impian masing-masing.
Dalam keadaan situasi yang membimbangkan ini mengenai wabak virus, tentu ibu bapa risau tentang kesihatan anak-anak.
Jika boleh nak pastikan anak atau mencegah anak daripada terkena jangkitan dan mahu meningkatkan imun anak-anak.
Terdapat pelbagai cara nak memastikan anak sihat termasuk menjaga aspek pemakanan. Salah satunya memastikan anak mengambil pemakanan yang berkhasiat.
Sebagaimana perkongsian bermanfaat oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.Boleh kita jadikan panduan bersama.
TINGKATKAN DAYA TAHAN ANAK-ANAK DENGAN PEMAKANAN YANG BETUL
Ramai orang yang berusaha mencari pelbagai suplemen untuk meningkatkan sistem daya tahan (kekebalan) tubuh. Pengamalan suplemen yang banyak dijual di pasaran tidak akan bermakna jika anak-anak kita masih lagi tidak mengamalkan gaya pemakanan yang sihat.
Sistem kekebalan tubuh atau sistem imunisasi ini berfungsi melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Oleh itu kita akan melihat ada anak-anak yang sihat dan ada anak-anak yang mudah sakit walaupun berada dalam taska dan tadika yang sama.
Saya mencadangkan beberapa jenis sayur-sayuran yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan anak-anak kita.
.
1. BROKOLI
Ia mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi. Selain itu juga ia mengandungi vitamin A, C, dan E. Cara terbaik ketika menyediakan brokoli adalah dengan membersihkan brokoli kemudian di stim bersama nasi dalam periuk yang sama.
2. BAYAM
Kandungan antioksidan sayur ini juga tinggi. Cara penyediaannya sama seperti brokoli. Jangan terlalu lama ditumis. Stimkan sayur ini bagi mengekalkan nutrisinya.
3. BAWANG PUTIH
Ia mengandungi sebatian allicin yang bersifat antibakteria dan antivirus. Jadi ia bagus dicampurkan sedikit pada makanan anak-anak kita. Biasakan mereka dengan bawang putih.
4. KUNYIT
Ia mengandungi sebatian cucurmin yang bersifat antiradang. Tambahkan lebih kunyit dalam masakan kita agar ia dapat juga dinikmati oleh anak-anak.
5. BETIK
Betik adalah buah tempatan yang sangat bermanfaat kerana mengandungi sebatian papain, yang berfungsi sebagai antikeradangan. Ia juga mengandung vitamin B, potassium, dan asid folat. Tahap vitamin C dalam sebiji buah betik sangat tinggi.
Banyak lagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang sangat bermanfaat. Latih anak kita dari kecil untuk mengambilnya dalam makanan.
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui naluri keibuannya semakin menebal malah tidak boleh berpisah lama dengan anak kesayangannya terutama apabila keluar bekerja.Bahkan kata Nabila...