Pernah dengar tentang Middle Child Syndrome? Middle Child Syndrome merupakan keadaan psikologi anak tengah yang selalu merasa diri seperti dipinggirkan dan terabai dalam keluarga.
Urutan kelahiran dan jumlah saudara kandung dapat mempengaruhi perkembangan keperibadian, psikologi dan potensi anak.
Tanda-tanda Middle Child Syndrome:
1. Rasa tidak pernah dihargai dan diabaikan oleh ibu bapa/keluarga.
2. Sentiasa inginkan keadilan.
3. Mencari perhatian daripada keluarga dan orang lain.
Ads
4. Rasa diri tidak pernah cukup untuk orang lain.
5. Rasa macam kena bersaing dengan adik beradik.
Jika anak anda ada salah satu daripada ciri di atas, ada kemungkinan mereka alami Middle Child Syndrome. Jika tiada perubahan sikap daripada ibu bapa, sindrom ini akan berlarutan sehingga anak meningkat dewasa.
Jika mereka tidak mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri, mereka akan mencari perhatian dan penghargaan daripada orang lain. Anak yang kurang mendapatkan perhatian semasa kecil akan mudah melekat atau mudah terjatuh cinta dengan orang baru yang memberikan sedikit perhatian, walaupun orang yang baru mereka kenal.
Ads
Cara untuk mencegah anak tengah daripada terkena sindrom ini:
1. Berikan perhatian dan layanan sama rata untuk anak-anak.
Ads
2. Jangan bandingkan anak dengan adik beradik atau orang lain.
3. Luangkan waktu untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak tengah.
4. Berikan pujian dan penghargaan atas setiap pencapaian.
5. Buatkan anak merasa penting dalam keluarga.
6. Beri peluang untuk anak tengah bersuara, dengar mereka dan tunjukkan perhatian.
*INGAT! Jangan didik anak terlalu keras. Mereka ingin disayangi dan dilindungi, bukan untuk menjadi kuat dan berani tanpa didikan yang lembut.
Rezeki tak pernah salah alamat. Tular di media sosial seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai adik Arman diperlekehkan oleh netizen gara-gara tidak memakai kasut sukan original daripada salah satu jenama terkenal.
Difahamkan kasut sukan tersebut adalah pemberian hadiah daripada ibu adik Arman yang dikatakan tidak mampu untuk membelikan kasut original buat anaknya. Pun begitu anak kecil ini amat menghargai pemberian ibunya.
Dek keprihatinan itu, stesen radio terkenal, Era FM menghadiahkan kasut sukan baharu buat adik Arman yang telah berjaya menarik perhatian warganet.
Arman dan keluarga terlebih dahulu di bawa ke konti radio dan ditemubual bersama ibunya.
“Saya rasa macam sedih sebab itu hadiah dari mak.
“Saya rasa macam sebak, walaupun copy original tapi ibu beli bukan murah,” kata adik Arman berkongsi ketika di konti radio.
Menerusi temubual itu, akui ibunya, anak kecilnya itu kelihatan murung selepas membaca komen-komen yang tidak sepatutnya ditinggalkan diruangan komen.
“Waktu dia baca tu, dia terus jadi murung dan terus tidur.
“Saya beli online campur postage tak sampai RM80,” katanya berkongsi.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Era.je di laman Instagram, penyampai radio Nabil Ahmad, Azad dan Radin Amir telah membawa adik Arman dan sekeluarga di sebuah kedai kasut.
Tidak hanya Arman bahkan adik dan abangnya serta kedua ibu bapanya juga turut dibelikan kasut baru. Memang rezeki.
Rata-rata wargamaya memuji Tindakan anak kecil ini malah amat berterima kasih atas keprihatinan stesen radio berkenaan yang prihatin.
Dikurniakan seorang anak autism sememangnya satu anugerah dan ladang pahala yang besar buat ibu bapa. Namun berdepan cabaran dan kesabaran dalam mendidiknya bukan sedikit.
Tampil prihatin dengan ibu bapa, Ustaz Kazim Elias tampil berkongsi doa khas untuk anak autisme yang boleh diamalkan setiap hari oleh ibu bapa.
Menerusi video di laman TikTok, doa untuk anak autisme ini agak pendek, mudah untuk dihafal dan boleh dibaca setiap kali selepas selesai menunaikan solat fardu.
Perkongsian doa untuk anak autisme adalah seperti di bawah:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bertawakal kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu. Tidak ada satu makhluk yang bergerak (bernyawa) melainkan Dialah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
Ayat ini menunjukkan kebergantungan Nabi Hud kepada Allah SWT dan penegasan bahawa Allah yang menguasai segala sesuatu. Ia juga menegaskan kepastian Allah sentiasa adil dan berada di jalan yang lurus.
Menerusi video pendek itu, ibu ayah disarankan mengamalkan doa untuk anak autisme ini sebanyak 16 kali selepas menunaikan solat Subuh dan 10 kali selepas solat Zohor, Asar, Maghrib serta Isyak.
Doa untuk anak autisme ini disarankan agar dibaca dekat air dan berikan kepada anak untuk minum selain membacanya ketika dia tidur sambil memegang ubun-ubun kepala.
Semoga perkongsian doa untuk anak autisme ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa malah membantu kedua ibu bapa untuk membesarkan anak mereka dengan baik.
Siapa sangka kegembiraan empat kanak-kanak bertukar duka selepas salah seorang daripada mereka lemas dalam lombong di Kampung Penchu, Kundang Ulu, Gersik, Tangkak pada petang Sabtu.
Kanak-kanak berusia 12 tahun itu, Allahyarham Siti Nur Khadijah Ahmad Faisal, yang juga murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Penchu, dipercayai tergelincir ketika bermandi-manda bersama adik lelakinya dan dua rakan mereka.
Tragedi Lemas Kanak-Kanak di Kundang Ulu
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib, berkata laporan mengenai kejadian lemas itu diterima sekitar jam 3.02 petang.
“Mangsa kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun dilaporkan mandi bersama tiga lagi kanak-kanak iaitu adik lelakinya berumur 10 tahun dan dua rakan masing-masing berusia sembilan dan 13 tahun sebelum kejadian tidak diingini itu berlaku.
“Operasi mencari dan menyelamat digerakkan dan mangsa berjaya ditemui pada jam 3.20 petang pada kedalaman kira-kira tiga meter dan dianggarkan 50 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh,” katanya dalam kenyataan.
Alllahyarham Siti Nur Khadijah Ahmad Faisal.
Operasi Menyelamat Mangsa Lemas
Roslan berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tangkak untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan I Johar Tumin berkata, tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Pasukan penyelamat menjalankan pencarian berhampiran lokasi mangsa dipercayai tenggelam sebelum menemui tubuhnya dalam tempoh kurang 20 minit,” katanya.
Tragedi lemas kanak-kanak di Kundang Ulu ini menjadi peringatan penting kepada ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak-anak ketika mereka bermain di kawasan berisiko seperti lombong, sungai atau tasik, terutama ketika musim panas.
Kisah inspirasi seorang kanak-kanak 11 tahun dari Terengganu yang berjaya menunaikan solat Subuh berjemaah selama 40 hari berturut-turut dan menerima hadiah basikal sebagai ganjaran atas istiqamahnya.