Ads

Adam Corrie Hantar Anak Sekolah Kebangsaan, “Dia Tak Minat”

Pelakon dan usahawan, Adam Corrie ada cerita sesuatu yang menarik tentang sekolah anaknya. Walaupun beliau berbangsa Cina, Adam memilih untuk hantar anaknya ke sekolah kebangsaan. Kenapa ya?

Adam Corrie Hantar Anak Sekolah Kebangsaan, "Dia Tak Minat"

Anak Tak Minat Belajar Mandarin

Menurut Adam, memilih sekolah bukan sebab kaum, tapi sebab minat anak. Adam pernah cuba hantar anaknya ke tadika Cina, tapi anaknya nampak kurang seronok dan tak begitu berminat untuk belajar di situ. Jadi, Adam pun fikir, kalau anak tak suka, buat apa nak paksa, kan?

“Walaupun saya berbangsa Cina, saya memilih untuk menghantar anak ke sekolah kebangsaan.

Ads

“Bukan kerana saya tidak mahu anak belajar Mandarin, tetapi kerana anak saya sendiri tidak berminat,” katanya.

Adam juga cerita, untuk masuk sekolah aliran Cina, kanak-kanak biasanya perlu belajar di tadika Cina sekurang-kurangnya dua tahun. Bila anaknya tak minat, Adam terima perkara itu dengan hati terbuka dan pilih sekolah yang buat anaknya lebih gembira.

Adam Corrie Hantar Anak Sekolah Kebangsaan, "Dia Tak Minat"

Ads

Mandarin Bukan Bahasa Sejak Kecil

Menariknya, Adam berkongsi yang dia sendiri berketurunan Cina Hokkien. Mandarin bukan bahasa utama dia. Adam kata, dia faham dan boleh cakap sikit-sikit saja, tapi kalau bahasa Hokkien, itu memang bahasa hariannya.

“Saya sendiri berketurunan Cina Hokkien. Mandarin bukan bahasa ibunda saya, sekadar faham dan boleh bertutur sedikit-sedikit sahaja. Kalau Hokkien, memang bahasa saya,” ujarnya bersahaja.

Ads

Adam Corrie Hantar Anak Sekolah Kebangsaan, "Dia Tak Minat"

Sentiasa Sokong Minat Anak

Adam percaya, setiap kanak-kanak ada minat dan cara belajar yang berbeza. Ada yang suka belajar bahasa, ada yang suka kira-kira, ada juga yang suka melukis atau bersukan. Sebab itu, ibu bapa sepatutnya jadi penyokong, bukan orang yang memaksa anak ikut kemahuan sendiri.

Pesanan Adam sangat simple tapi bermakna. Bila kita sokong anak, sentiasa senyum dan fikir yang baik-baik, hati pun akan rasa lebih tenang. Yang penting, anak belajar dengan gembira dan jadi diri sendiri.

Bintang Kecil dah ada di SeeNI! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Cerita Best!

Kenapa Semua Nak Ada Barang Sama Macam Kawan?

Kenapa ramai suka ikut barang kawan? Artikel ini bongkar sebab emosi dan tekanan sosial di sebalik tabiat ikut barang kawan, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.