Mendidik anak supaya rajin belajar memang satu cabaran, tapi ada banyak cara kita boleh buat untuk bantu anak supaya minat dan konsisten dalam pembelajaran. Di sini ada beberapa tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk galakkan anak rajin belajar
1. Cipta Suasana Pembelajaran yang Positif
Pastikan anak ada tempat yang selesa untuk belajar—tak semestinya meja khas, asalkan ruang tu tenang dan bebas gangguan. Suasana yang selesa boleh buat mereka rasa lebih fokus dan rajin untuk duduk belajar.
2. Jadualkan Masa Belajar
Biasakan anak dengan jadual harian. Tentukan masa belajar dan masa rehat yang konsisten. Bila mereka tahu bila masa belajar dan bila masa untuk main, mereka akan lebih bersedia dan tak rasa terbeban. Contohnya, selepas balik sekolah dan makan, luangkan 1-2 jam untuk ulang kaji.
3. Jadi Contoh Baik
Anak-anak banyak belajar melalui apa yang mereka lihat. Kalau mereka nampak ibu bapa suka membaca atau menambah ilmu, mereka juga akan terinspirasi untuk buat perkara yang sama. Jadi, tunjukkan minat dalam pembelajaran walaupun sebagai orang dewasa.
Ads
4. Puji Usaha, Bukan Hasil
Kadang-kadang, anak-anak mungkin tak dapat keputusan yang cemerlang, tapi yang penting adalah usaha mereka. Ibu bapa patut lebih memberi pujian kepada usaha keras, bukan semata-mata fokus pada keputusan. Ini boleh galakkan mereka untuk terus mencuba tanpa rasa takut gagal.
5. Gabungkan Belajar dengan Aktiviti yang Menarik
Belajar tak semestinya duduk baca buku sepanjang masa. Cuba gabungkan aktiviti-aktiviti yang menarik seperti permainan pendidikan, eksperimen sains, atau melukis untuk subjek seni. Cara ini boleh buat anak rasa seronok sambil belajar.
6. Berikan Ganjaran yang Sesuai
Ads
Motivasi boleh datang melalui ganjaran kecil. Contohnya, jika mereka berjaya selesaikan kerja rumah atau dapat markah baik dalam ujian, beri ganjaran seperti masa tambahan untuk bermain atau hadiah kecil. Namun, pastikan ganjaran tidak terlalu berlebihan sehingga anak bergantung pada hadiah untuk belajar.
7. Ajak Anak Terlibat dalam Perancangan
Libatkan anak dalam perancangan jadual atau memilih bahan pembelajaran yang mereka suka. Bila mereka rasa terlibat, mereka akan lebih bertanggungjawab dengan proses pembelajaran mereka sendiri. Ini juga membantu mereka rasa lebih dihargai dan penting.
Ads
8. Cipta Rutin Belajar yang Menyenangkan
Sebelum tidur, luangkan masa bersama anak untuk menyemak kerja sekolah atau membaca buku. Jadikan ini sebagai rutin harian yang mereka nanti-nantikan, seperti sesi “family time” yang santai tapi bermanfaat.
9. Pantau Progres dan Berikan Bantuan Bila Perlu
Ambil tahu perkembangan pembelajaran anak dan bantu di mana perlu, terutamanya kalau mereka lemah dalam subjek tertentu. Jangan biarkan mereka rasa ketinggalan atau tertekan kerana kelemahan dalam pelajaran. Ajak mereka bincang dan cari penyelesaian bersama.
10. Sokongan Emosi Itu Penting
Akhir sekali, jangan lupa bahawa sokongan emosi sangat penting. Anak-anak yang rasa disayangi dan dihargai akan lebih yakin untuk belajar dan mencuba perkara baru. Pastikan komunikasi sentiasa terbuka dan berikan mereka semangat.
Dengan pendekatan yang betul, kita boleh bantu anak-anak rajin belajar tanpa perlu paksaan. Yang penting adalah kesabaran, sokongan, dan pendekatan yang fleksibel untuk setiap anak kerana setiap individu itu berbeza.
Malam ini, The Chosen One XTRA, realiti yang menyentuh jiwa kembali dengan musim baharu yang lebih segar. The Chosen One XTRA membawa penonton menyaksikan perjalanan luar biasa para peserta muda yang penuh dengan semangat dan keberanian.
Dalam setiap episode, peserta bakal diuji dengan cabaran fizikal, kreativiti, kerjasama dan kemahiran sosial. Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi sebuah pentas untuk menonjolkan potensi anak-anak muda yang berani melangkah ke hadapan.
Tahun ini, bukan biasa-biasa penampilan coach yang dibawa bersama peserta cilik yang sangat berbakat. Jadi apa lagi, inilah barisan coach dan peserta The Chosen One XTRA yang patut anda kenali. Agaknya kumpulan siapa bakal bersinar di konsert pertama?
Profile Coach Dan Peserta The Chosen One Xtra
TEAM ACHEY :
Team ini terdiri dengan Achey, Rayyan dan Dahlya.
RAYYAN
Nama Penuh: Muhammad Rayyan Rifqi bin Tarmizi
Umur: 11 tahun
Asal: Pasir Gudang, Johor
Bakat: Menyanyi
Fakta Menarik:
– Top 2 bawah coach Wany Kayrie untuk TCO 1.
– Selalu viral sebab cute & famous di TikTok.
– Suka berlakon & pernah berteater.
– Pandai interact dengan penonton.
– Suka lagu rock lama & dangdut.
DAHLYA
Nama Penuh: Dahlya Nurdelisya bt Shamsul Azri
Umur: 7 tahun
Asal: Klang, Selangor
Bakat: Pop Dance
Fakta Menarik:
– Mula menari dari umur 6 tahun.
– Ikut kelas tarian bersama kakak.
– Suka lagu Korea dan Pop-Dance.
– Berpewatakan cheeky dan tak malu.
TEAM BUNGA :
Team ini terdiri dengan Bunga, Zahra dan Nayla
NAYLA
Nama Penuh: Nayla Ruzzara binti Mohammad Hairi
Umur: 11 tahun
Asal: Ulu Tiram, Johor
Bakat: Menyanyi
Fakta Menarik:
– Hobi dengar muzik & hafal lagu Inggeris.
– Idola: TokTi & Billie Eillish.
– Aktif pertandingan nyanyian di Johor.
– Belajar vokal dengan ibu.
– Ayah kerja tampal jalan, ibu suri rumah.
ZAHRA
Nama Penuh: Az Zahra
Umur: 16 tahun
Asal: Alor Setar, Kedah
Bakat: Modern & Pop Dance
Fakta Menarik:
– Boleh menari moden kontemporari & tradisional.
– Pernah wakil Kedah – Bintang Kecil RTM zon utara 2019.
– Pernah audition TCO2 tapi lebih bersedia untuk TCO3.
TEAM NAMIE :
Team ini terdiri dengan Namie, Ayu dan Bella
AYU
Nama Penuh: Nur Ayu Raudhah binti Mohd Khaimi
Umur: 14 tahun
Asal: Seremban, Negeri Sembilan
Bakat: Menyanyi & Menari
Fakta Menarik:
– Confident & comel.
– Boleh menyanyi sambil menari.
– Suka muzik hiphop & rock.
– Aktif busking di sekitar Seremban.
– Hobi jamming, main alat muzik macam drum.
– Ayah & abang pun pandai menyanyi.
Lagu Audition: Bunga
BELLA
Nama Penuh: Dayang Nur Salsabilla binti Awang Shahrizan
Umur: 16 tahun
Asal: Bukit Katil, Melaka
Bakat: Martial Arts / Acrobatic
Fakta Menarik:
– Bakat menggabungkan tarian dan acrobatic.
– Belajar wushu untuk tingkatkan kekuatan diri.
– Belajar menari secara sendiri melalui YouTube dan ubah suai gerakan
TEAM NAQIU :
Team ini terdiri dengan Naqiu, Iaman dan Saputra
IAMAN
Nama Penuh: MUHAMMAD IAMAN MUHARAM BIN ABDUL HAFIZ
Raw talent kerana tidak pernah sertai mana-mana pertandingan tv.
Masih ada adik tinggal di sabah kerana masih tidak mampu
SAPUTRA
ANAS (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Annas Kashfy bin Fadhlil Nizam
Umur: 11 tahun
Asal: Bangi, Selangor
Bakat: Menyanyi & Menari
Fakta Menarik:
– Keluarga suka muzik – Anas menyanyi, abang main gitar.
– Hujung minggu, keluarga ke pusat karaoke.
– Minat bermain bola sepak.
– Cita-cita nak jadi pemain bola sepak wakil negara.
– Pernah sertai pertandingan nyanyian dan tarian mewakili sekolah.
ALERON (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Darwish Aleron Putra bin Ratno Apizal
Umur: 12 tahun
Asal: Putrajaya
Bakat: Tarian Tradisional & Menyanyi
Fakta Menarik:
– Backup dancer untuk persembahan Naqiu di Gegar Vaganza 2023.
– Mula menari umur 4 tahun – Zapin & Inang.
– Pernah sertai pertandingan nyanyian dan tarian mewakili sekolah.
AARON (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Aaron Mukhriz bin Nor Hanizam
Umur: 13 tahun
Asal: Putrajaya
Bakat: Tarian Tradisional
Fakta Menarik:
– Perform setiap Sabtu & Ahad semasa Ramadan di Alamanda Putrajaya.
– Pemain ragbi.
– Sangat minat tarian tradisional.
– Cita-cita nak jadi koreografer tarian tradisional Malaysia.
BILAL (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Wan Bilal Muayyad bin Wan Mohd Hanif
Umur: 10 tahun
Asal: Putrajaya
Bakat: Tarian Tradisional
Fakta Menarik:
– Perform sebagai penari di AJL 2023, Axiata Arena.
– Mula menari tradisional sejak umur 8 tahun.
– Mudah belajar & hafal tarian.
– Cita-cita nak jadi doktor.
AQISH (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Muhammad Ammar Aqish bin Imran Shairani
Umur: 11 tahun
Asal: Putrajaya
Bakat: Tarian
Fakta Menarik:
– Pernah sertai Indonesia World Dance Festival 2025 di Jakarta (6 Mei).
– Sangat minat bidang tarian.
NAUFAL (Kumpulan Saputra)
Nama Penuh: Muhammad Dzul Naufal bin Muhammad DzulkarnaIn
Umur: 15 tahun
Asal: Putrajaya
Bakat: Tarian
Fakta Menarik:
– Cita-cita nak jadi penari profesional & koreografer terkenal.
TEAM NIKKI :
Team ini terdiri dengan Nikki, Iman dan Adawiya
IMAN
Nama Penuh: Muhammad Nur’iman Darwisy bin Mohd Noorazreen
Umur: 14 tahun
Asal: Setapak, Kuala Lumpur
Bakat: Menyanyi
Fakta Menarik:
– Pernah sertai uji bakat TCO 1 & TCO 2.
– Finalis Bintang Kecil 2024.
– Selalu buat persembahan depan VVIP.
– Viral di TikTok.
– Aktif ikuti kelas vokal.
– Suka genre pop dance, rancak & balada.
ADAWIYA
Nama Penuh: Fatrisya Adawiya binti Mohd Farikh
Umur: 13 tahun
Asal: Tangkak, Johor
Bakat: Pemain Violin
Fakta Menarik:
– Belajar violin sejak umur 7 tahun.
– Busking setiap minggu di Banda Hilir, Melaka.
– Boleh main piano, fokus kepada violin.
– Pernah perform di Istana Johor.
TEAM TUJU & LOCA :
Team ini terdiri dengan Tuju, Loca, Suci dan Fana
ELYSHA
Nama Penuh: Nur Suci Elysha binti Mohd Khairul Shah Fawi
Umur: 15 tahun
Asal: Kemaman, Terengganu
Bakat: Menyanyi
Fakta Menarik:
– Mula pegang mikrofon menyanyi sejak umur 3 tahun.
– Boleh menyanyi, menari dan bersyair.
FANA
Nama Penuh: Nur Ir Fana binti Mohd Ibrahim
Umur: 17 tahun
Asal: Banting, Selangor
Bakat: Gitar (Elektrik & Akustik)
Fakta Menarik:
– Minat menyanyi dan bermain alat muzik.
– Perform di Cromok Soulfest Festival 2024.
– Buat cover gitar di media sosial.
– Genre kegemaran: Rock Kapak.
– Boleh bersilat.
– Sering buat persembahan di majlis sekolah.
TEAM USOP :
Team ini terdiri dengan Usop, Alif dan Yusuf
ALIF
Nama Penuh: ALIF ROMI
Umur: 12 tahun
Asal: Seremban,Negeri Sembilan
Bakat: Menyanyi
Fakta Menarik:
Selalu membuat persembahan di kenduri, sekolah, event
Suka lagu rock balada & tradisional
Ayah kerja buruh buah sawit, mak kerja cleaner
YUSUF
Nama Penuh: MUHAMMAD YUSUF
Umur: 13 tahun
Asal: Kemaman, Terengganu
Bakat: Instrumen dan Menyanyi
Fakta Menarik:
Pernah viral nyanyi lagu arwah Salem di depan kedai buah
Selalu busking di sekitar Kemaman & Kuala Terengganu
Berkebolehan bermain gitar & suka genre rock
Boleh bermain alat muzik lain gitar, cahun dan darbuka.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan detik-detik penuh emosi dan semangat perjuangan mereka dalam The Chosen One XTRA, setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Ceria (CH 611) dan Astro Ria (CH 104), serta strim di Astro GO dan sooka. Sertai kami dalam membina bintang masa depan – kerana bintang sebenar lahir dengan sokongan anda
Ingin tahu kunci kejayaan anak di tadika? Ia adalah daya ingatan yang kuat. Nak tahu cara bagaimana untuk asah minda anak sejak kecil lagi untuk meningkatkan daya ingatan mereka.
Persoalannya, apa kepentingan semua ini? Dengan memiliki daya ingat yang baik dan kuat anak akan lebih mudah menerima semua pelajaran disekolah dan tidak mudah lupa. Ibu ayah boleh lakukan ini untuk membantu meningkatkan pembelajaran anak.
1.Nyanyian Lagu
Tentu anda terfikir, kenapa anda mudah mengingati lirik atau lagu televisyen sejak zaman kanak-kanak. Ini kerana muzik adalah alat pembelajaran pra-bahasa yang terbaik dan mudah. Penyelidikan menunjukkan bahawa ia boleh menjadi penggalak memori yang kuat. Untuk anak yang sudah boleh berdikari, ibu ayah boleh memberi arahan dengan menggunakan muzik, seperti membuat lagu ringkas cara mengikat kasut. Untuk anak yang masih kecil, anda boleh membuat permainan dengan menggunakan lagu seperti Twinkle, Twinkle, Little Star, pastikan juga menyebut beberapa perkataan mudah supaya anak boleh mengingatinya.
2.Minta Bantuan
Secara semulajadinya, anak-anak cuba untuk menjadi terbaik dengan cara berdikari. Tetapi dihalang tanpa sedari oleh ibu ayah yang datang dengan niat untuk menolong anak tersayang. Cuba ubah cara anda. Berikan keyakinan pada anak untuk cuba dan berdikari. Apa kata, jika bawa anak ke pasaraya. Minta anak untuk mengingati beberapa senarai barang yang akan anda beli nanti. Cara ini, bukan sahaja akan memberi pengalaman menghafal yang baik untuk anak anda, tetapi ia juga akan membuatnya merasa dihargai dan dirinya istimewa.
Waktu Yang Tidur Yang Tetap
Satu kajian baru-baru ini oleh Northwestern University mendapati bahawa tidur yang mencukupi memainkan peranan penting dalam pengekalan memori. Malah, penyelidikan menunjukkan bahawa semasa tidur kita akan menyimpan perkara-perkara penting yang dipelajari sepanjang hari. Jadi pastikan anak anda mendapat tidur malam yang baik (kanak-kanak perlu antara 11-13 jam sehari, termasuk tidur siang) adalah penting kepada kesihatan badan dan minda.
Hafal Cerita
Bercerita adalah alat bantu yang terbaik untuk meningkatkan daya ingat pada anak. Story telling boleh digunakan sebagai bentuk permainan untuk meningkatkan memori yang lebih baik. Anak-anak akan dapat mengingat hal-hal penting dan kemudian mengingatnya dengan sangat cepat. Anak di prasekolah boleh diminta untuk hafal sebuah cerita pendek setiap hari untuk membantu mereka mengembangkan daya ingat. Cerita adalah alat bantu mengajar yang sangat bagus kerana anak akan membuat gambaran mengguna otak mereka.
5.Soal Jawab
Menurut DeAnn Davies Hospital Kanak-kanak Phoenix daripadanya penyelidikannya, mendapati perbualan yang membincangkan sesuatu perkara yang lepas akan membantu meningkatkan memori anak anda. “Sebagai contoh, selepas anda berada di taman dan bertanya soalan seperti, ‘Siapa di taman?’, ‘Apa namanya?’ Bukan sahaja jenis soalan ini dapat membantu ingatan anak, tetapi juga akan membantu anak mengenali kepentingan butiran dan mengingati, “kata Davies. Anda juga boleh bertanya kepada anak selepas membaca cerita, bertanya “Apa yang berlaku dahulu dalam cerita?” dan “Apa yang dikatakan oleh haiwan-haiwan itu?”
Lakukan cara ini secara konsisten. Selamat mencuba!
Tabiat kewangan yang baik seharusnya dipupuk oleh ibu bapa itu sendiri dengan menjadi idola yang hebat di mata anak-anak. Pada peringkat awal ini, boleh jer ajar anak menabung bermula di rumah. Kita pupuk minat mereka untuk menyimpan dan kena mulakan daripada sekarang.
.
Bila dah makin meningkat dewasa mereka akan secara sendiri suka menyimpan kerana sudah diajar dari kecil. Dibawah ni Ahyat ada kongsikan tips yang Ahyat guna untuk anak-anak Ahyat supaya suka menabung.
.
1. Sediakan Tabung Yang Cantik
Terdapat pelbagai jenis tabung yang dijual di pasaran. Ikutlah yang mana anak kita berkenan kalau boleh carilah tabung yang cantik ataupun cari tabung lutsinar yang boleh nampak supaya mereka dapat melihat sendiri hasil simpanan mereka yang semakin banyak itu.
.
Kalau nampak ruang-ruang kosongnya, sudah tentu duit yang simpanan belum banyak. Bila mereka nampak hasil tabungan mereka, mereka akan rasa lagi bersemangat nak tambah dan terus menyimpan.
.
2. Beri Wang Saku Dan Ajar Cara Mengurus Pembelanjaan
Ini merupakan ‘pendapatan’ pertama mereka. Ajar mereka untuk belanja secara berhemah. Sekiranya kita ada sediakan bekal makanan untuk anak bawak ke sekolah, kita juga boleh berikan wang saku kepadanya.
.
Disini lah kita boleh ajar mereka, bila mereka pulang sekolah cuba kita tanya, apa yang mereka beli, berapa baki dan berapa banyak boleh mereka simpan untuk hari tersebut.
.
3. Ajar Anak Buat Matlamat Menyimpan
Ajar mereka setiap duit yang mereka simpan mempunyai matlamat. Apakah yang nak dibelanjakan setelah duit dalam tabungan cukup. Kita sebagai ibu bapa kena tanya mereka apa yang mereka inginkan dan matlmat dalam menyimpan. Contohnya anak lelaki nak beli playstation 4 ataupun patung Barbie bagi anak perempuan.
.
Disamping itu,kita juga boleh bawa mereka ke kedai dan dapatkan harga tersebut supaya mereka tahu dan teruskan bersemangat untuk menyimpan agar dapat barang yang dikehendakinya itu. Apabila sudah jelas dengan matlamat simpanan anak-anak, kaji berapa lama mereka perlu simpan dan buat jadual khas untuk perkara ini.
.
Buat jadual berkotak dan gunakan pelekat bewarna, supaya mereka boleh kenal pasti berapa jangka masa yang perlu mereka simpan untuk mencapai matlamat tersebut.
.
Ajar mereka tiada apa yang percuma dan senang nak dapat sekarang. Ayah dan emak terpaksa kerja keras untuk sekolahkan dan membesarkan mereka semua. Ajarkan mereka konsep bersyukur. Dalam proses menabung,inilah masa yang sesuai untuk kita terapkan erti nilai wang kepada mereka.
.
4. Ajar Untuk Dapat Wang Tambahan
Beritahu mereka, sekiranya mereka inginkan duit tambahan dengan cepat, mereka perlu lakukan kerja rumah atau membantu kita supaya kita dapat memberi mereka upah. Upah tersebut bolehlah mereka menyimpan untuk membeli barang yang diingini.
.
Lagi satu cara kita juga boleh mengajar mereka untuk berniaga secara kecil-kecilan, contohnya bawa mereka ke pasar lambak untuk menjual mainan terpakai mereka dan ia dapat melatih mereka mengira wang dan lebih sistematik dalam kehidupan apabila dewasa nanti.
.
5. Didik Belanja Ikut Kemampuan
Ajarlah anak-anak sejak dari kecil lagi untuk berbelanja mengikut kemampuan sendiri. Jangan berlagak kaya dan sentiasa merancang perbelanjaan walaupun ketika berada di sekolah. Didik mereka untuk tidak meminjam duit rakan jika tiada duit tetapi hanya menggunakan wang saku dengan cermat.
6. Berikan Ganjaran Kecil
Sesekali berikan mereka ganjaran daripada usaha mereka dalam meningkatkan tabungan. Benda yang paling simple, biarlah hadiah kecil saja namun bergantung kepada kita nak beri hadiah apa pada mereka. Contohnya, masukkan lauk kegemaran mereka, belikan buku atau belanja makan aiskrim.
.
Percayalah selepas sebulan kita akan nampak hasil dan tabung semakin penuh kerana anak dah mula tahu bila dia menabung makin banyak ibu bapa mereka akan memberi hadiah kepadanya. Hadiah ni salah satu pembakar semangat untuk mereka lebih suka menabung.
.
Kesimpulannya, kita sebagai ibu bapa perlu menjadi modal atau contoh yang baik untuk mengajar anak2 kita menabung dari kecil supaya bila besar nanti mereka jadikan satu tabiat untuk menyimpan bagi masa depan mereka juga.
Asyraff Khan, penyanyi cilik Gen Alpha yang penuh bakat dan disiplin, semakin bersinar di dunia seni dengan suara unik dan semangat juang tinggi. Kenali kisah inspirasi kejayaannya di sini!