Kanak-kanak pemalu cenderung untuk merasa tidak selesa atau gugup dalam situasi sosial, terutamanya ketika berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.

Mereka sering memilih untuk berada di tempat yang selamat, seperti bersama keluarga atau rakan rapat, dan memerlukan masa lebih lama untuk menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu.

Justeru, perkongsian Wawa Shauqi yang terkenal dalam bidang penulisan kekeluargaan telah berkongsi 10 perkara yang membantu untuk mengelak anak bersikap pemalu.

Ads

Saya pernah rasa risau dengan anak saya yang kedua ni. Sebab masa kecik dia pemalu. Dah besar sikit, selalu rasa rendah diri. Dia selalu diejek sebab rambutnya yang kerinting.

Ads

Diejek sebab membaca lambat. Direndahkan sebab tak terer sangat bersukan. Dan cakap pun agak lambat-lambat. Saya taknak dia struggle dengan keyakinan diri macam saya masa kecik. Jadi saya dan suami bekerja keras jugak untuk buat dia kekal confident.

Ads

Ini antara 10 perkara yang saya buat pada anak yang pemalu.

10 Cara Kena Buat Bila Anak Pemalu
Wawa Shauqi di samping anak-anaknya

1) Validate.
Anak ada hak untuk rasa malu. Jangan sesekali perlekeh atau ketepikan perasaan dia.
Saya cakap pada anak,
“Mama faham Aqlan malu. Sebab mama dulu pun pemalu. Tapi mama fikir balik, buat apa nak malu nak bercakap. Bukan orang tau pun kita malu. Baik berlakon confident.”
2) Puji.
Ini antara ubat mujarab untuk anak pemalu Bukan sembarangan puji untuk bagi anak perasan. Tapi puji sikap baik dan effort anak tu.
Insya Allah perlahan-lahan, bila selalu dapat pujian dan galakkan, confident anak akan memulih dan berkembang.
.
3) Pesan pada anak, bila bercakap dengan orang, pandang mata. Kalau rasa kekok, pandang batang hidung orang tu.
Bercakap kena yakin dan jelas.

10 Cara Kena Buat Bila Anak Pemalu
.
4) Pesan pada anak, kalau nampak kawan sebaya tengah main, angkat tangan dan bagi salam. Minta izin untuk cuba join main sekali.
.
5) Pesan pada anak, kalau teringin nak main, tapi takut orang tu kedekut, mintak dia ajar. Orang suka bila kita buat dia rasa pandai.
“Weh, pandai la ko main ni. Ajar aku boleh?”
Walaupun niat nya nak bodek main sekali je.
.
6) Pesan pada anak, Cari benda untuk puji kawan.
Kalau dia menang, cakap tahniah.
Kalau kawan kalah, bagis semangat,
“Tak apa. Ko cuba lagi weh.”
.
7) Pesan pada anak, bila orang taknak kawan, tak apa. Saya cakap,
“Rugi orang taknak kawan dengan budak baik macam Aqlan. Insya Allah mama doa, Aqlan akan jumpa kawan yang hargai diri Aqlan.”

.
8 )Pesan pada anak, bila orang ejek, stay confident.
“Aah. Rambut saya macam megi. Saya suka je.”
“Saya ok je. Hidung besar, lagi senang bernafas.”
Sekarang ni alhamdulillah dia makin ok. Sampai ke tahap, dia senyum je orang cakap dia miskin, sebab pakai baju koyak.
Orang cakap dia busuk, dia buat-buat cium ketiak, angkat ketiak sambil kejar orang yang mengata dia.
That confident. Mama pun tak ada.
.
9) Jangan takut cakap “Tak nak” bila orang paksa anak buat benda yang dia tak suka. Atau berterus terang “Tak selesa” bila dibuli.
Pernah sekali masa tadika, cikgu suruh buat kerja, tak lama lepas tu, dia bagitau cikgu,
“Cikgu, tangan saya dah lenguh. Saya taknak buat dah.”
Saya geleng kepala. Tapi jauh di sudut hati, saya bangga dia tak kekok untuk cakap apa yang dia nak dan perlu.
.
10) Kalau kawan buli, stand up for yourself. Cakap terus terang,
“Aku tak suka ko buat macam ni. Main elok-elok”
Kalau rasa tak boleh handle sangat, cakap kat kawan,
“Mak aku nak jumpa ko. Sebab ko selalu buli aku.”
Syukur sangat. End up, semua pembuli dia berjaya jinakkan. Dah boleh berkawan baik dengan anak saya ni.
Bila saya tanya dia handle macam mana, dia kata, dia buat baik je. Cakap elok-elok, nasihat elok-elok.
“Bila Aqlan geram sangat, Aqlan jerit je. Terus dia takut.” Kata anak saya.
.
Sekarang, saya boleh berbangga dengan dia. Ada saat yang dia tak boleh lakukan apa yang kawan-kawan lain boleh buat, dia dengan tenang cakap,
“Ala takpe. Aqlan boleh main benda lain.”
“Aqlan kena prektis lagi ni.”

Kalau dulu, jumpa orang, dia menyorok dalam baju mak. Tapi sekarang, dengan budak kecik, dengan orang tua pun, dengan jutawan pun dia boleh bersembang tanpa rasa segan.
Anak-anak yang pemalu ni, dia perlu push sikit je dari kita. Bagi mereka peluang, guide sebaiknya, insya Allah mereka membesar jadi lebih berkeyakinan.

Sumber: Wawa Shauqi