
Main kotor, padang basah atau lecak, atau masuk lumpur buat korang geli ke? Atau biasa-biasa saja pada korang? Masalah geli ini sebenarnya tidak patut berlaku pada usia kamu. Tapi cuba kami fikirkan, adakah masalah geli ini berlaku sejak kamu lahir atau tidak?
Menurut perkongsian Dr Redza Zainol, jika kanak-kanak mempunyai masalah sensori sentuhan, ia boleh menyukarkan perkembangan kanak-kanak. Jadi, apa kata kamu uji diri kami untuk bermain macam-macam permainan bila cuti sekolah nanti. Aktiviti seperti bermain pasir, tanah atau cat air sebenarnya bagus untuk merangsang deria sentuhan anak.
Tanda-Tanda Kanak-Kanak Takut Kotor Disebabkan Masalah Sensori Sentuhan
- Menolak untuk bermain dengan cat air, pasir, tanah atau doh mainan.
- Menangis atau melarikan diri bila tangan kotor dengan makanan.
- Enggan memakai pakaian tertentu (terasa “gatal” atau “keras”).
- Tidak suka dipeluk atau disentuh secara tiba-tiba.
- Sangat cerewet semasa makan (pilih makanan berdasarkan tekstur, bukan rasa).
- Risau badan basah kena air.
- Takut pegang ais.
- Geli pegang pasir.
- Tak boleh makan makanan lembik.
Boleh jadi semua ini tanda-tanda anak mengalami masalah sensori sentuhan. Jadi dari kecil lagi, anak boleh dirangsang sebaiknya agar masalah ini berkurangan dan tidak menjejaskan perkembangan mereka.
Cara Bantu Kanak-Kanak Dengan Masalah Sensori Sentuhan
1. Jangan Paksa Terus
Biarkan mereka perhati dahulu aktiviti kotor atau berlumpur sebelum cuba sentuh. Ini memberi masa kepada anak untuk menyesuaikan diri dengan tekstur baru.
2. Desensitisasi Secara Berperingkat
Contohnya, mula dengan aktiviti ringan seperti menyentuh doh lembut sebelum bermain pasir. Langkah kecil ini membantu anak membina keyakinan secara perlahan.
3. Berikan Pilihan dan Kawalan
Biarkan anak pilih sama ada mahu guna sudu, berus, atau tangan. Ini membantu mereka merasa lebih selamat dan tidak terpaksa menghadapi ketakutan dengan mendadak.
4. Gunakan Permainan Sebagai Terapi
Mainan bertekstur seperti pasir kinetik, span, atau beras berwarna boleh digunakan sebagai alat untuk membantu latihan deria dengan cara menyeronokkan.
5. Dapatkan Bantuan Profesional
Jika masalah sensori sentuhan berlanjutan, dapatkan bantuan ahli terapi carakerja (occupational therapist) untuk menilai dan memberi terapi sensori khusus. Terapi ini dapat membantu meningkatkan keupayaan anak menyesuaikan diri dengan pelbagai tekstur dan persekitaran.
Masalah sensori sentuhan bukan sekadar anak “manja” atau “geli”. Ia merupakan keadaan sebenar yang boleh dirawat dan diperbaiki. Dengan sokongan, pemahaman dan pendedahan berperingkat, anak akan lebih berani dan selesa bermain tanpa rasa takut kotor lagi.