
Korang pernah tak… bila dah lewat malam, mata masih segar macam baru bangun tidur? Mak ayah dah penat gila, tapi kita masih lompat sana sini. Esoknya… haa, mulalah susah nak bangun pergi sekolah.
Sebenarnya, ada banyak cara tidur awal supaya badan boleh rehat cukup. Doktor Kamarul Ariffin ada kongsi tip menarik yang korang boleh cuba bersama mak ayah. Jom baca!

1. Main Banyak-Banyak Waktu Siang
Kalau badan kita penat sebab dah berlari, main basikal, atau main kejar-kejar, malam nanti senanglah mata nak lelap. Lagi aktif, lagi cepat ngantuk! Ini salah satu cara tidur awal yang ramai tak perasan, badan penat, otak pun senang berehat.
2. Makan Awal, Jangan Dekat Dengan Waktu Tidur
Doktor cakap kita kena makan malam lebih kurang dua jam sebelum tidur. Jangan makan benda berat atau terlalu manis sebab nanti perut bekerja keras, mata pula segar. Bila makan awal, badan lebih bersedia untuk rehat dan ini membantu cara tidur awal jadi lebih mudah.
3. Tetapkan Jam Tidur
Walaupun hari sekolah atau cuti, cuba tidur pada waktu yang sama setiap malam. Bila selalu ikut masa, badan kita pun akan ingat “Oh, dah nak tidur!” Konsisten ni penting kalau nak biasakan diri dengan cara tidur awal tanpa dipaksa.

4. Stop Gadget Waktu Malam
Satu jam sebelum tidur, hentikan telefon, tablet dan TV. Cahaya skrin tu buat otak rasa “eh, siang lagi ke?”. Sebab tu susah nak tidur! Kalau nak belajar cara tidur awal yang betul, skrin kena rehat dulu sebelum mata rehat.
5. Buat Aktiviti Tenang Sebelum Tidur
Korang boleh buat rutin seperti…
- baca buku
- berus gigi
- ambil wuduk
- dengar muzik lembut
- berselawat
Semua ni bantu badan rasa lebih relaks. Bila relaks, cara tidur awal jadi lebih berkesan dan cepat.
6. Mak Ayah Kena Jadi Contoh
Rumah kena bagi gelap sikit, sunyi sikit. Bila mak ayah masuk bilik waktu tidur, badan kita pun automatik rasa nak tidur juga. Suasana rumah banyak mempengaruhi cara tidur awal anak-anak.
7. Bilik Kena Selesa
Nak tidur sedap, bilik kena gelap, sejuk sikit dan tak bising. Selimut pun kena selesa. Bila tempat rehat sesuai, badan mudah ikut cara tidur awal yang sihat.
8. Luah Perasaan Dulu Sebelum Tidur
Kalau ada takut, risau, atau sedih, cerita dulu pada mak ayah. Bila hati lega, barulah senang nak tidur lena. Emosi tenang bantu sangat untuk amalkan cara tidur awal tanpa gangguan.

9. Ganjaran Kecil Pun Best!
Kalau berjaya tidur awal selama beberapa hari, mak ayah boleh beri pujian atau hadiah kecil. Seronok kan? Ini buat anak rasa lebih semangat untuk terus ikut cara tidur awal setiap malam.
10. Kena Konsisten, Jangan Give Up!
Nak ubah rutin memang susah, tapi kalau buat setiap hari, nanti badan korang akan terbiasa. Yang penting… jangan putus asa! Bila dah biasa dengan cara tidur awal, bangun pun jadi lebih segar dan ceria.
Kalau korang ikut semua tip ni, insyaAllah boleh tidur awal setiap malam dan bangun segar untuk pergi sekolah. Badan sihat, otak pun cerdas! Cara tidur awal bukan susah pun cuma kena biasakan diri dan buat sama-sama dengan mak ayah.
Bonus: Kenapa Cara Tidur Awal Penting?
Bila tidur cukup, korang lebih fokus dalam kelas, kurang mengantuk, dan badan pun mudah sihat. Tidur awal juga buat mood lebih stabil. Bila emosi okay, hari pun rasa lebih seronok. Semua ni bermula hanya dengan satu langkah kecil iaitu amalkan cara tidur awal setiap hari.




