Ads
Home Inspirasi SK Pandamaran Jaya Juara Program CSR “From Children to Children, Inspirasi Untuk Semua!

SK Pandamaran Jaya Juara Program CSR “From Children to Children, Inspirasi Untuk Semua!

0
SK Pandamaran Jaya Juara Program CSR “From Children to Children, Inspirasi Untuk Semua!

Sekolah Kebangsaan Pandamaran Jaya sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila dinobatkan sebagai juara Program CSR From Children to Children 2025, Sustainable Action Conference anjuran Control Union Malaysia dengan kerjasama MDBC Innovation & Sustainability Awards.

Kejayaan ini bukan sekadar kemenangan, tetapi bukti nyata bahawa pendidikan kelestarian mampu membentuk generasi muda yang peka terhadap alam sekitar dan berdaya saing tinggi.

SK Pandamaran Jaya Juara Program CSR “From Children to Children, Inspirasi Untuk Semua!

Kemenangan Berganda yang Membanggakan

Dalam program berprestij ini, SK Pandamaran Jaya membawa pulang RM20,000 selaku juara Program CSR From Children to Children 2025 dengan menewaskan projek daripada sekolah lain seperti SK (A) Bukit Kemandol, SK Kampong Busut Asli, SK (A) Bukit Cheding, SK Seri Cheding dan SK (A) Tun Abdul Razak.

Ads

Lebih membanggakan lagi, projek Tenaga Solar SK Pandamaran Jaya turut diiktiraf sebagai finalis dan menerima hadiah bernilai RM10,000.

Penyampaian anugerah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nor Yahati binti Awang, Timbalan Ketua Setiausaha (Kelestarian Alam Sekitar), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES).

Ads

Semangat Warga Sekolah yang Tidak Pernah Luntur

Guru Besar SK Pandamaran Jaya, Encik Mohd Zuraidi Komari, menzahirkan rasa syukur dan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini terutama kepada,

Ads
  • Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, PPD Klang, PGBM Klang, barisan pentadbir, PIBG, komuniti setempat serta rakan strategik yang sentiasa memberikan sokongan moral dan material.
  • Semua guru dan murid yang tidak kenal penat lelah dalam menjayakan projek komuniti ini.
  • Warga sekolah serta rakan-rakan di seluruh negara yang telah mengundi dan mendoakan kejayaan mereka.

SK Pandamaran Jaya Juara Program CSR “From Children to Children, Inspirasi Untuk Semua!

Generasi Hijau Pembawa Harapan

Kemenangan Program CSR From Children to Children 2025 ini menjadi simbol semangat #JalanTerus warga SKPJ membuktikan bahawa anak-anak kecil juga mampu membawa perubahan besar untuk bumi yang lebih hijau dan lestari.

Dengan usaha bersama dan iltizam tinggi, SK Pandamaran Jaya bukan sahaja mengharumkan nama sekolah, tetapi turut menjadi inspirasi kepada semua institusi pendidikan untuk terus mendidik generasi prihatin dan berjiwa lestari.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

 

Ads
SeeNI ×