Korang tahu tak? Pasukan koir Les Chanteurs SKTTDI dari Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (1) baru je buat kejutan besar! Mereka menang dua pingat emas dan satu perak dekat pertandingan Malaysian Choral Eisteddfod (MCE) 2025, International Choir Festival (ICF) yang berlangsung dari 5 hingga 9 November. Hebat kan!
Senior & Junior, Dua-dua Hebat!
Pasukan Les Chanteurs SKTTDI ni ada dua kumpulan iaitu Les Chanteurs Senior dan Les Chanteurs Junior. Dua-dua memang power sebab masing-masing ada gaya nyanyian tersendiri yang buat semua penonton terpukau!
Kejayaan Hebat Kategori Pop Vocal Ensemble
Yang paling best, kumpulan Senior pertama kali masuk kategori Pop Vocal Ensemble (B5) dan terus dapat pingat emas! Walaupun bersaing dengan kumpulan koir lain yang lebih berpengalaman, mereka tetap beri persembahan yang gempak habis!
Seramai 19 murid berumur 10 hingga 12 tahun beraksi dengan dua lagu iaitu Rise Up dan Seindah Biasa, disusun khas oleh Wong Shen Vee. Memang padu suara mereka!
Ads
Satu Lagi Emas dari Kategori Kanak-Kanak!
Bukan tu je, Les Chanteurs SKTTDI juga menang emas kedua untuk kategori Young Children (Championship) dengan lagu When You Believe dan Irama Warisan Kita. Persembahan ni diiringi oleh dua pemuzik hebat, Encik Mohd Fairuz Zamani dan Encik Hong Le yang main piano dengan penuh gaya.
Konduktor mereka, Encik Azahar Abdullah, kata kejayaan ni hasil kerja keras, disiplin dan semangat luar biasa semua ahli pasukan.
Ads
“Saya bangga sangat dengan anak-anak koir ni. Mereka bukan saja berbakat, tapi juga berusaha bersungguh-sungguh setiap masa. Semoga kejayaan ni jadi inspirasi untuk terus berjaya!” katanya dengan senyuman bangga.
Les Chanteurs Junior menang perak.
Junior Pun Tak Kurang Hebat!
Pasukan Les Chanteurs SKTTDI Junior pula, di bawah bimbingan Cik Rabi’atul Raba’ah Baharudin, menang pingat perak untuk kategori Young Children (Open). Tapi tunggu dulu, mereka juga dapat Anugerah Khas Juri sebab persembahan mereka paling kreatif dan penuh semangat Malaysia!
Mereka menyanyi dua lagu iaitu Ketipang Intan Payung (gubahan khas oleh Dr. Yusran Yusoff dari UPSI) dan I’ve Got Joy. Bila nyanyi, muka semua berseri-seri penuh semangat, memang nampak mereka enjoy atas pentas!
Ads
Semangat Koir, Semangat Malaysia!
Kejayaan Les Chanteurs SKTTDI bukti yang umur muda bukan halangan untuk berjaya! Dengan latihan, kerjasama, dan semangat, apa-apa pun boleh dicapai.
Tahniah Les Chanteurs SKTTDI! Korang memang bintang yang bersinar di pentas dunia!
Kredit: Astro Awani
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Bukan sekadar bersembang kosong, berinteraksi dengan anak adalah salah satu cara paling efisyen dan membuatkan anak lagi cepat bercakap.
Disebabkan itulah pentingnya penglibatan ibubapa dan orang dewasa dalam merangsang bahasa dan komunikasi kanak-kanak. Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa berkongsi tip untuk ibu bapa membantu anak-anak yang lambat bercakap.
Berikut beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk merangsang perkembangan bahasa dan komunikasi mereka.
Bertentang Mata Dan Main Bersama
Kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi bertentang mata. Ini memudahkan kanak-kanak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar.
Galakkan Giliran
Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula.
Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain.
Gunakan Isyarat Tangan (gesture)
Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik.
Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik.
Haluan Dan Minat Anak
Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.
Ceritakan Perasaan & Pengalaman
Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian. Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh.
Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’, ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
Pelbagaikan Perkataan & Ayat
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
Panjangkan Ujaran Anak
Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat.
Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau.. Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing Ibu : Aah, kucing comel
Kuncinya di sini adalah ibubapa menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang. Tapi ingat, ibubapa tidak perlu memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.
Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna.
Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Mak ayah mana yang tak bahagia bila anak paling suka dan dekat dengan Al-Quran. Pun begitu mengajar anak menghafal surah misalnya bukanlah mudah.
Penulis Keibubapaan, Dr Taufiq Razif berkongsi tip anak senang menghafal. Mudah saja caranya. Jom praktik pada anak.
Ni saya bagi lima cara mudah nak anak mudah hafal Al-Quran.
Ni saya praktik pada anak saya sendiri tau dan alhamdulillah memang laju dia hafal. Ada yang beberapa minit je dah hafal.
1. Cari satu potongan ayat pendek dari surah Al-Quran. Jangan terus minta anak hafal seluruh surah
2. Minta anak ulang-ulang baca sebanyak 10 kali ayat tersebut
3. Minta anak baca ayat tu dengan suara yang kuat tau. Anak kita ni ada sisi Auditory mereka yang mana kadang mereka lebih hafal apa yang mereka dengar daripada cuma melihat semata
4. Selepas dah habis baca 10 kali baru suruh anak mula menghafal. Masa tu kita akan tengok anak mudah betul nak hafal ayat Al-Quran tu.
5. Kadang anak kita cuma perlu masa beberapa minit je untuk hafal sebab memori tu jadi kuat dengan “repetition” sepuluh kali bacaan di awal tadi
Cubalah sendiri nanti. Cuma nak lagi mudah gunalah buku Hafazan. Complete arahan dan cara mudah nak hafal semua ada.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Lapar lepas main memang perkara biasa. Pernah tak jadi macam ni? Lepas main kejar-kejar dengan kawan, atau berlari satu taman, tiba-tiba perut bunyi kruk kruk. Padahal baru je makan sebelum keluar main. Kenapa boleh lapar cepat sangat?
Jawapannya ada kaitan dengan badan dan sains. Dan sebenarnya, ia adalah tanda badan kita sedang bekerja dengan sangat bijak.
Bila kita main, badan kita bergerak banyak:
Semua pergerakan ni guna tenaga. Tenaga datang daripada makanan yang kita makan.
Bila tenaga dah digunakan, badan akan minta bekalan baru. Sebab tu perut mula rasa lapar lepas main. Ini proses normal sebab badan nak pastikan kita sentiasa cukup tenaga untuk terus bergerak.
Semasa main, otot kita bekerja kuat. Otot guna tenaga untuk bergerak dan jadi kuat. Dari sudut sains, bila otot guna tenaga, badan akan hantar isyarat ke otak yang berkata, “Eh, tenaga dah kurang!”
Isyarat ni buat kita rasa lapar. Lagi banyak kita bergerak, lagi banyak tenaga hilang, dan lagi cepat kita lapar lepas main. Sebab tu kanak-kanak atau sesiapa yang aktif memang cepat rasa nak makan semula.
Bila tenaga dalam badan berkurang, otak akan lepaskan hormon lapar. Hormon ni buat perut berbunyi dan buat kita teringat pasal makanan. Ini cara badan jaga kita supaya tak kehabisan tenaga.
Otak kita sebenarnya sangat pintar. Ia bukan sekadar tunggu perut kosong tapi ia boleh mengesan bila otot dah guna tenaga banyak dan bila badan perlukan tenaga baru.
Kadang-kadang kita rasa lapar lepas main, padahal badan sebenarnya kurang air. Bila kita main, kita berpeluh dan hilang air. Kalau tak minum, badan boleh keliru antara lapar dan haus.
Sebab tu minum air lepas main sangat penting. Minum air cukup bantu badan kekal bertenaga, kurangkan penat, dan elakkan kita salah faham isyarat lapar.
Makan lepas main bantu:
Tak perlu makan banyak sangat. Cukup snek sihat atau makanan seimbang seperti buah, yogurt, roti, atau kacang. Kalau makan terlalu berat pun boleh buat badan rasa lemau, jadi pilih makan ringan pun dah cukup.
Ada orang yang cepat sangat lapar lepas main sebab kadar metabolisme mereka laju. Ada pula yang lapar bila buat aktiviti tertentu saja. Semua ni berbeza ikut tubuh badan masing-masing.
Selain tu, jika kita tak makan makanan bertenaga sebelum bermain, badan akan lebih cepat habis tenaga. Sebab tu kadang-kadang baru main sekejap pun dah mula rasa lapar lepas main.
Kita selalu lapar lepas main sebab badan guna banyak tenaga. Otot dan otak bekerjasama minta makanan semula. Bukan sebab kita kuat makan, tapi sebab badan kita pandai jaga diri.
Jadi lepas ni, kalau perut bunyi lepas main, itu tanda badan kata, “Aku dah kerja kuat, jom makan sikit!” Pastikan kita minum air cukup dan pilih snek yang sihat supaya badan kekal bertenaga untuk main lagi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!