
Pernah tak rasa macam ni? Bangun pagi hari Isnin, mata masih mengantuk, selimut rasa paling sedap, dan kaki rasa berat nak melangkah.
Padahal hari lain pun bangun awal juga. Tapi kenapa hari Isnin rasa paling susah?

Sebab Badan Kita Baru Lepas Berehat
Hari Sabtu dan Ahad, kita tidur lambat sikit, bangun pun lambat. Badan kita seronok berehat. Rutin berubah tanpa kita sedar.
Bila tiba-tiba hari Isnin datang, badan macam terkejut. “Eh, kena bangun awal balik ke?”
Sebab tu bila hari Isnin rasa berat, ia bukan sebab kita malas, tapi sebab badan sedang menyesuaikan diri semula.
Otak Kita Perlu Masa Untuk ‘Hidup’ Balik
Bila cuti, otak kita rehat dari buku dan kerja sekolah. Tiada jadual ketat, tiada tekanan untuk fokus lama.
Bila hari Isnin tiba, otak kena mula fikir semula:
- Belajar
- Dengar cikgu
- Buat kerja sekolah
Otak kita perlukan masa sikit untuk hidup balik. Sebab itu perasaan hari Isnin rasa berat
selalu muncul pada waktu pagi.

Hari Isnin Banyak Perasaan Bercampur
Hari Isnin bukan setakat tentang sekolah atau kerja. Ia juga tentang perasaan.
Ada yang:
- Rindu rumah
- Rindu main
- Risau kerja sekolah
- Tak sabar jumpa kawan
Apa Kita Boleh Buat Supaya Isnin Rasa Ringan?
Cuba buat benda kecil ni:
- ✔️ Tidur awal malam Ahad
- ✔️ Sediakan beg sekolah siap-siap
- ✔️ Fikir benda seronok di sekolah
- ✔️ Senyum sikit walaupun mengantuk
Kadang-kadang senyum tu boleh tipu otak jadi rasa okay. Langkah kecil macam ni boleh bantu korang jadi lebih bersedia untuk ke sekolah pada hari Isnin? Kalau tak percaya, cubalah buat!
Yang penting bukan kita malas tapi badan dan hati kita cuma sedang menyesuaikan diri.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







