
Wah siapa sangka permainan kapal terbang kertas yang korang selalu main dekat rumah dengan adik boleh bertukar jadi satu idea bisnes comel kanak-kanak yang mencuit hati dan penuh makna. Itulah yang dilakukan oleh dua adik-beradik kecil, Hazama dan Hua, apabila mereka buka sebuah “kedai” roket kertas di hadapan rumah sendiri.
Mereka hasilkan roket kertas buatan tangan sendiri untuk jual kepada jiran-jiran sekitar. Nampak macam ringkas, tapi usaha kecil ini boleh pupuk minat korang untuk berniaga.

Semangat Berniaga Sejak Malam
Menurut mommy mereka, Bongsu Puteri, Hazama dan Hua sudah mula menyiapkan roket kertas sejak malam sebelumnya. Mereka siap beritahu hasrat untuk menjual roket tersebut keesokan hari. Walaupun pada waktu malam tiada sesiapa yang membeli, Hazama tetap bersemangat dan tidak patah hati.
Keesokan paginya, Hazama bangun awal dan terus kejutkan mommy kerana teruja untuk buka kedai.
Kedai Kecil, Impian Besar
Seawal pagi, halaman rumah sudah bertukar menjadi ruang niaga mini. Roket-roket kertas disusun kemas, hasil kreativiti tangan kecil mereka sendiri. Hazama kelihatan paling bersemangat, manakala Hua turut membantu dengan senyuman manis.
“Dari malam tadi Hazama & Hua buat roket. Nak menjual katanya. Tengah-tengah malam siapa nak beli anak. So mommy janji esok pagi. So harini pagi-pagi dah bangun awal kejut mommy.
“Semangat setting kedai depan rumah.. Hazama paling semangat jual roket kertas je pun tapi dia sangat yakin sebab dia enjoy main. So kawan-kawan dekat Taman Bandar Senawang roger kalau nak datang, ada air Ribena tau, ” kongsi ibu mereka.
Walaupun hanya menjual roket kertas, Hazama yakin dengan apa yang dia hasilkan kerana ia datang daripada minat dan keseronokan sendiri.

Sokongan Jiran-Jiran Yang Menggembirakan
Jiran-jiran yang lalu di hadapan rumah tidak dapat menahan senyuman melihat gelagat mereka. Ada yang jadi pembeli pertama, ada juga yang singgah sekadar memberi sokongan dan kata-kata semangat.
Walaupun kedainya kecil, suasana pada pagi itu cukup meriah. Kanak-kanak belajar berinteraksi, berkomunikasi dan berani mencuba sesuatu yang baru. Inilah keindahan sebenar sebuah idea bisnes comel kanak-kanak yang lahir secara spontan.
Bermain Sambil Belajar
Kisah Hazama dan Hua membuktikan bahawa bermain sambil belajar boleh menjadi sesuatu yang sangat menyeronokkan. Daripada aktiviti mudah seperti membuat kapal terbang kertas, mereka belajar tentang berdikari, keyakinan diri, dan pentingnya berhubung dengan komuniti sekeliling.
Apa yang penting sekali, enjoy!
Sumber: Threads Bongsu Puteri
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!







