Seorang bayi, Fahry Nedzar yang mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar membuatkan wargamaya begitu kagum dengan didikan ibu dan ayahnya.
Berkongsi kisah bayi itu menerusi Sinar Harian, ujar ibunya Fatin Nur Sakinah Zolkifly, anak kecilnya itu mula lancar menyambung bacaan surah bermula usianya lapan bulan.
Tambahnya lagi, dia dan suami mempraktikkan bacaan selawat, zikir dan ayat al-Quran sejak bayi mereka dilahirkan.
“Sejujurnya rasa tak layak nak kongsi tips ini tapi saya kongsi apa kami praktiskan dengan Fahry. Sejak dari lahir kami dah biasakan dia dengan bacaan surah lazim setiap hari.
Ads
“Mulut saya bersilih ganti selawat dan surah terutama ketika nak tidurkan Fahry sebab waktu kecil dia jenis bayi ‘high need’ tetapi mudah tenang bila dengar bacaan ayat al-Quran, azan atau zikir.
“Kiranya surah dan selawat saya dan suami baca setiap hari, lebih-lebih lagi bila dia menangis. Fahry memang sejenis automatik diam bila kami baca surah. Dia boleh tenang dan tenung mata kami,” katanya berkongsi.
Ads
Sebelum ini video berdurasi satu minit 23 saat memaparkan adik Fahry yang kini berusia setahun lima bulan menyambung surah An-Nasr telah mendapat sembilan juta tontonan.
Ads
Menerusi rakaman tersebut, ramai yang bertanyakan apakah cara dan didikan kedua ibubapanya sehingga anak kecil itu lancar membaca surah.
“Saya tidak sangka bacaan surah ‘terakam’ dalam otak dia, bermula umur enam bulan dia mula bercakap dan bila umur lapan bulan dia sudah mula pandai sambung surah yang saya baca.
“Untuk proses ini, lebih baik kita baca sendiri daripada membuka audio di YouTube. Mula-mula baca ayat penuh kemudian baca separuh bagi dia sambung ayat belakang.
“Apabila sudah tiba masa kami akan bacakan surah dan ‘tebuk’ untuk uji hafalan Fahry. Ulang-ulang dan lama kelamaan dia akan dapat semua ayat,” jelasnya lagi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Nampaknya kita sudah hampir ber’yak’ ‘yak’ ‘yeah’ kerana cuti sekolah penggal pertama hampir tiba.
Bagi yang kawan-kawan yang tinggal di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, korang akan mula bercuti pada 24 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 selama 10 hari.
Manakala bagi yang bersekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, korang akan bermula 25 Mei 2024 hingga 2 Jun 2024 iaitu 9 hari.
So, korang boleh la plan nak buat aktiviti apa dengan kawan-kawan sepanjang cuti sekolah ini.
Tapi kena ingat ya! Lakukan aktiviti yang berfaedah dan jangan sia-siakan waktu cuti ini.
Tarikh 2 Oktober pastinya menjadi tarikh yang paling dinantikan Fazura dan Fattah. Semuanya bagi menyambut ulang tahun kelahiran cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.
Tahun ini genap empat tahun usia Fatima dan sambutan tahun ini pastinya sedikit berbeza dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui kedua selebriti ini. Namun ia bukan halangan untuk membahagia si comel Fatima.
Menerusi perkongsian keduanya, hari lahir anak kesayangan itu turut disambut cukup meriah namun dalam dua acara berbeza.
Menerusi akaun Instagram baharu anak kecil ini, Fazura dilihat memilih tema siri popular kesukaan puteri sulungnya iaitu Wednesday.
“Since my birthday falls on a Wednesday and I love Wednesday Addams, everyone must be in character,” tulisnya dikapsyen.
Fatima tampil dalam persalinan serba hitam bersama Fazura dan sepupunya yang turut disertakan dengan tema kek Wednesday.
Menerusi perkongsian video, Fatima dilihat begitu pandai membawakan karektor watak utamanya Wednesday. Memang comel.
Menakala Fattah pula dilihat turut meraikan hari istimewa Fatima dengan membawanya ke indoor playground malah turut memotong kek bagi meraikan Fatima.
Terdahulu pada 13 September yang lalu, Fazura memfailkan penceraian terhadap Fattah tanpa menyatakan perincian sebab mahu bercerai.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang tahu tak, kejayaan sebenarnya tak pernah datang secara tiba-tiba. Ia bermula dengan usaha kecil yang dibuat secara konsisten setiap hari. Kisah anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar ini menjadi bukti jelas bahawa dengan disiplin, sokongan keluarga dan keberanian mencuba, budak biasa pun boleh jadi luar biasa.
Hari Anugerah sekolah kali ini sememangnya menjadi momen istimewa buat keluarga Dr. Sheikh Muszaphar. Anak-anak beliau bukan sahaja menunjukkan kecemerlangan dalam akademik, malah berjaya melangkah lebih jauh dalam bidang kokurikulum hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian ini secara tidak langsung membuka mata ramai ibu bapa dan pelajar tentang kepentingan keseimbangan antara pelajaran dan aktiviti luar bilik darjah.
Di Sekolah Kebangsaan, pencapaian anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar benar-benar mencuri tumpuan. Adam dinobatkan sebagai Tokoh Murid, satu pengiktirafan besar yang diberikan kepada pelajar yang cemerlang dari segi akademik, sahsiah dan kepimpinan. Selain itu, beliau turut mengharumkan nama sekolah melalui penglibatan aktif dalam kokurikulum di peringkat antarabangsa.
Noah pula tidak kurang hebat apabila berjaya mencatat pencapaian cemerlang dalam kokurikulum di peringkat kebangsaan. Keupayaannya bersaing dengan ramai pelajar berbakat lain menunjukkan bahawa usia muda bukan penghalang untuk mencipta kejayaan besar. Tasha juga membuktikan kebolehannya apabila meraih pencapaian kokurikulum antarabangsa, sekaligus menjadi kebanggaan keluarga dan sekolah.
Sekolah Kebangsaan Adam – Tokoh Murid & Kecemerlangan Koko Peringkat Antarabangsa Noah – Kecemerlangan Koko Peringkat Kebangsaan Tasha – Kecemerlangan Koko Peringkat Antarabangsa
SRA Adam – Kecemerlangan Akademik & Terbaik MataPelajaran Noah – Kecemerlangan Akademik
Alhamdulillah syukur sangat. The kids excel. They worked hard,” tulisnya di Instagram
Bukan itu sahaja. Di Sekolah Rendah Agama, Adam sekali lagi membuktikan usaha berterusannya apabila berjaya meraih kecemerlangan akademik serta menerima anugerah terbaik bagi mata pelajaran tertentu. Ini menunjukkan bahawa kesungguhan dan disiplin yang diamalkan bukan bersifat sementara, sebaliknya diterapkan dalam semua aspek pembelajaran.
Noah juga menunjukkan prestasi akademik yang membanggakan di sekolah agama. Kejayaan ini menjadi bukti bahawa pendidikan dunia dan akhirat boleh berjalan seiring jika diurus dengan baik. Anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar membuktikan bahawa keseimbangan antara ilmu akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah adalah kunci kejayaan jangka panjang.
Apa yang sering ditekankan oleh Dr. Sheikh Muszaphar ialah kejayaan ini datang daripada usaha anak-anak sendiri. Mereka aktif bersukan, rajin menyertai aktiviti kokurikulum dan tidak mudah berputus asa walaupun berdepan cabaran. Setiap kejayaan kecil diraikan, manakala kegagalan dijadikan pengajaran untuk terus bangkit.
Dalam masa yang sama, peranan ibu bapa juga sangat penting. Walaupun sibuk dengan komitmen kerja dan tanggungjawab lain, sokongan moral dan galakan berterusan sentiasa diberikan. Anak-anak diberi ruang untuk mencuba, gagal, belajar dan berkembang mengikut potensi masing-masing.
Walaupun Dr. Sheikh Muszaphar sendiri tidak dapat hadir ke Hari Anugerah kerana terlibat dengan kejohanan sukan SEA di Bangkok, beliau tetap menekankan satu perkara yang sangat penting. Dalam sesebuah keluarga, sekurang-kurangnya mesti ada wakil ibu atau ayah yang hadir untuk momen besar anak-anak.
Sokongan emosi itu memberi kesan besar kepada perkembangan keyakinan diri kanak-kanak. Mereka berasa dihargai, disokong dan diakui usaha mereka. Inilah antara faktor yang membantu anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar terus bersemangat untuk mencapai kejayaan demi kejayaan.
Kisah anak-anak Dr. Sheikh Muszaphar mengajar kita satu perkara yang sangat penting. Kita tak perlu tunggu dewasa untuk mula berjaya. Segalanya boleh bermula dari sekarang dengan disiplin, rajin berlatih, berani mencuba benda baharu dan tidak malas belajar.
Dengan sokongan ibu bapa, guru dan usaha sendiri, setiap kanak-kanak mempunyai peluang untuk menjadi hebat dengan cara mereka tersendiri. Siapa tahu, suatu hari nanti nama korang pula yang disebut sebagai inspirasi untuk budak-budak lain di luar sana.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!