Ada seorang abang yang hatinya besar walaupun hidupnya tak selalu mudah. Abang ini buat ramai orang sebak bila dia hadiahkan sebuah basikal kepada adik bongsunya sempena masuk sekolah baru buka. Basikal itu bukan sekadar hadiah hari lahir, tapi tanda kasih sayang dan amanah yang dijaga sepenuh hati.
Ingat Pesan Arwah Ibu
Keluarga mereka diuji dengan kehilangan seorang ibu tercinta. Sejak arwah mak pergi, macam-macam berubah. Rumah yang dulu penuh suara manja kini sunyi. Adik-adik hilang tempat mengadu dan tempat bermanja. Tapi pesan arwah mak sentiasa hidup dalam hati si abang.
“Kalau mak dah takde nanti, tengok adik-adik sama.” “Kalau ada duit, jangan pernah berkira dengan adik-adik.”
Ads
Pesanan itulah yang jadi pegangan abang ini. Walaupun dia sendiri penat, walaupun hidup tak selalu senang, abang cuba sedaya upaya jadi pelindung dan penyokong buat adik-adiknya. Dia tahu, adik bongsunya perlukan semangat untuk melangkah ke alam sekolah.
Ads
Beri Kejutan Sempena Hari Lahir
Pada hari istimewa itu, abang beri kejutan. Sebuah basikal baru, cantik dan bersedia untuk dibawa ke sekolah. Mata adik bongsu bersinar. Senyum yang terukir buat abang lupa semua penat lelahnya. Bagi abang, kebahagiaan adik adalah hadiah paling mahal.
“Selamat hari lahir buat adik bongsuku,” tulis abang itu. “Selagi angah ada, angah akan cuba yang terbaik untuk buat adik bahagia semampunya.”
Ads
Nampak Biasa Tapi Penuh Dengan Cinta
Cerita ini mengajar kita bahawa kasih sayang bukan hanya datang daripada ibu dan ayah. Kadang-kadang, ia datang daripada seorang abang yang sanggup memikul tanggungjawab besar demi senyuman adiknya. Basikal itu mungkin nampak biasa, tapi nilainya penuh dengan cinta, pengorbanan dan janji seorang abang kepada arwah ibunya.
Sumber: TikTok abewey10
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Budak sekolah sekarang bukan sahaja pandai belajar, tapi juga sangat “up-to-date” dengan dunia hiburan! Salah satu fenomena besar yang paling mencuri hati mereka ialah trend K-Pop.
Dengan lagu rancak, gaya fesyen menarik, dan idola yang comel, trend K-Pop dah jadi sebahagian daripada dunia remaja dan kanak-kanak.
Tapi apa sebenarnya yang paling mereka suka? Jom kita tengok satu per satu trend K-Pop yang tengah panas dalam kalangan budak sekolah!
Antara sebab utama budak sekolah suka trend K-Pop ialah lagu dan tariannya yang seronok! Setiap kali kumpulan terkenal seperti NewJeans, Stray Kids, atau IVE keluarkan lagu baharu, pasti akan ada “dance challenge” di TikTok. Gerakan tarian mereka mudah, comel dan cepat viral.
Budak-budak seronok tiru gaya ini sebab mereka boleh menari bersama kawan, rakam video pendek dan kongsi di media sosial. Selain menyeronokkan, ia juga membantu mereka lebih yakin dan berani tampil depan kamera!
Bukan setakat lagu, fesyen juga antara tarikan utama dalam trend K-Pop. Budak perempuan suka tengok gaya rambut berwarna pastel, skirt lipat, dan aksesori manik seperti idola mereka. Budak lelaki pula minat gaya sporty dan kasual ala BTS atau NCT.
Walaupun tak boleh berpakaian sama di sekolah, mereka tetap cuba meniru gaya dengan aksesori kecil seperti pin beg, gelang, dan rantai kecil yang terinspirasi daripada kumpulan kegemaran.
Budak sekolah sekarang dah mula jadi pengumpul tegar! Mereka suka kumpul photocard, poster, dan keychain artis kegemaran. Ada yang beli album untuk dapatkan gambar idola, ada juga yang tukar-tukar photocard dengan kawan.
Perasaan seronok bila dapat kad idola kegemaran tak dapat digambarkan! Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan, malah boleh mengeratkan persahabatan kerana mereka sering bertukar koleksi dengan rakan sekelas.
Ramai budak bukan sekadar minat lagu, tapi mereka juga kagum dengan kisah perjuangan idola trend K-Pop. Contohnya, mereka tahu betapa susahnya latihan sebelum debut, jadual ketat dan semangat juang tinggi artis Korea.
Cerita sebegini buat mereka rasa termotivasi. Mereka belajar bahawa kejayaan datang daripada usaha dan disiplin. Ia menjadikan minat terhadap trend K-Pop bukan sekadar hiburan, tapi juga inspirasi hidup.
Dengan adanya TikTok, YouTube Shorts dan Reels, budak sekolah kini boleh jadi sebahagian daripada komuniti global trend K-Pop. Mereka buat video tarian, reaksi lagu, atau fan-edit idola kegemaran.
Trend K-Pop bukan lagi sekadar hiburan, tapi juga cara mereka berinteraksi dengan dunia luar. Aktiviti ini melatih kreativiti dan membantu mereka lebih yakin dalam berkomunikasi.
Lagu-lagu dalam trend K-Pop biasanya mempunyai melodi yang mudah diingati dan lirik positif. Contohnya, lagu seperti “ETA” oleh NewJeans atau “Bubble” oleh STAYC mempunyai rentak ringan dan menyeronokkan.
Budak sekolah suka lagu begini sebab senang nyanyi bersama, boleh hafal cepat, dan sesuai dimainkan masa bersenam atau bersantai. Irama yang ceria juga buat mereka rasa gembira sepanjang hari.
Walaupun minat terhadap trend K-Pop seronok, ibu bapa dan guru perlu bantu supaya anak-anak tidak terlalu obses. Kadang-kadang mereka boleh terlalu ikut trend sampai lupa belajar atau terlalu banyak berbelanja beli merch.
Sebagai penulis dan pendidik, kita boleh galakkan minat seimbang contohnya, jadikan trend K-Pop sebagai ganjaran selepas siap kerja sekolah, atau gunakan muzik K-Pop untuk aktiviti pembelajaran bahasa dan tarian di sekolah.
Minat terhadap trend K-Pop dalam kalangan budak sekolah bukan sekadar trend, ia satu cara mereka mengekspresikan diri, bersosial, dan belajar nilai positif seperti kerjasama, disiplin dan keyakinan.
Dengan pendekatan yang betul, trend K-Pop boleh jadi jambatan untuk membina generasi muda yang kreatif dan berani!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Anak-anak kecil kita terutama anak perempuan suka sangat merajuk. Pantang nada suara tertinggi sikit saja, anak terus merajuk. Ini sebenarnya petanda yang baik.
Malah menurut perkongsian video Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, ia petanda bonding dengan anak sangat kuat.
Kalau time kita marah atau pun time kita garang dengan anak dia cepat merajuk itu tanda yang bagus.
Sangat baik, mak ayah patut bersyukur. Sebab apa?
Anak-anak yang masih suci, bersih, masih ada ikatan bonding dengan ibu bapanya akan cepat terguris dan terasa.
Kita cakap sikit saja tingginya, dah dia kata kita marah dia. Itu tanda yang baik.
Semakin sensitif anak kepada kita, semakin kuatlah bonding itu dengan ibu bapa.
Bonding ni sangat bagus. Daripada bonding inilah anak jadi senang dengar kata, anak jadi selesa dengan kita.
Kalau ada apa-apa masalah atau isu pun dia tak cari kawan, dia akan cari mak ayah dulu. Dia akan cakap dan meluah dengan mak ayah dulu. Inilah kebaikan bonding dengan anak.
Ramai yang menyesal ni bila dah tak ada. Jadi kalau anak tu asyik merajuk syukurlah sebab itu tandanya bonding masih kuat. Alhamdulillah.
Kalau yang dah keras hatinya tu yang masalah banyak. Dia tak ada ‘perasaan’ walaupun kita marah.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Anak mana yang tak suka makan telur. Tanpa ayam goreng, nasi berlaukkan telur pun anak melompat suka. Boleh bertambah makan nasi.
Telur bukan saja jadi kegemaran anak-anak tetapi pelbagai peringkat usia. Tapi ada juga ibu bapa yang risau jika anak terlalu bergantung dengan telur semata-mata.
Sebenarnya jika diikutkan protein yang tinggi dalam telur sangat bermanfaat untuk membantu perkembangan anak.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, telur sebagai sarapan pagi sangat-sangat digalakkan untuk kanak-kanak.
Telur adalah sumber makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan dalam tubuh.
Selain itu, ia membekalkan beberapa vitamin dan mineral, terutama vitamin A (bagus untuk mata anak-anak kita), vitamin D (bagus untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak-anak kita), choline (bagus untuk meNingkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan otot-otot jantung), dan selenium (bagus untuk kelenjar tiroid berfungsi dengan baik).
Jika anak-anak kita tiada masalah alahan, telur adalah sarapan yang baik. Boleh diberikan bersama roti, nasi, atau mee.
Berikan sehari sebiji, sama ada diberikan dalam bentuk telur rebus, telur goreng atau telur separuh masak.
Jangan berlebihan. Galakkan juga pengambilan lemak sihat seperti minyak zaitun dalam pemakanan mereka.
Khasiat telur untuk bayi:
Choline: Untuk perkembangan otak, fungsi dan memori Folat: Menghasilkan dan mengekalkan sel darah merah Zat besi: Menghantar oksigen pada sel Lutein dan Zeaxanthin: Mengekalkan penglihatan yang baik dan menjaga mata dari sinaran UV berbahaya. Niacin: Sistem saraf berfungsi dengan normal dan bantu melepaskan tenaga. Lemak Omega-3: Memperbaiki kolesterol darah Protein: Menguatkan badan Vitamin A: Melindungi dari kanser Vitamin B12: Melindungi jantung Riboflavin: Membantu tisu badan kekal sihat Vitamin D: Menguatkan tulang dan gigi Vitamin E: Bertindak sebagai antioksidan Zink: Menguatkan system imunasi.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!