Musim peperiksaan, terutama SPM, adalah masa yang penuh cabaran bukan sahaja untuk anak-anak tetapi juga ibu bapa.
Sebagai mak ayah, kita pasti risau tentang kesihatan dan prestasi anak-anak semasa menjawab soalan exam. Salah satu cara kita boleh membantu ialah dengan memastikan anak-anak mendapat pemakanan yang betul untuk menyokong kesihatan otak mereka.
Sama ada semasa peperiksaan biasa, SPM, A-Level, atau universiti, sekurang-kurangnya ada jenis makanan ini wajib ada dalam menu harian mereka. Makanan ini bukan sahaja membantu fungsi otak, malah mampu mengurangkan stres dan meningkatkan fokus mereka sepanjang tempoh persediaan dan menjawab peperiksaan.
Nak tahu apa menu yang wajib ada untuk anak semasa musim peperiksan, ikuti perkongsian Pakar Otak ini, DrRizal Abu Bakar
Pakar Otak , DrRizal Abu Bakar
Musim exam dan SPM ni ada makanan yang sesuai untuk exam. Wajib mak ayah bagi kat anak.
Saya sendiri kalau anak anak ada exam sekurang kurangnya 5 makanan ni wajib dimakan.
Dia orang akan ambil sebelum dan selepas musim exam. Dari periksa biasa, SPM, A Level sampailah univ semua dah merasa.
Ada 5 makanan ni yang wajib mak ayah bagi untuk bantu otak anak.
1. Dark chocolate. Yang ni mesti 70% ke atas. Dark chocolate ada kandungan anti oksida tinggi. Flavonols dalamnya bantu tumbuhkan sel otak dalam hippocampus atau pusat memori.
Memori yang bagus bantu kemampuan beri jawapan lebih baik.
Flavonols juga naikkan aliran darah ke otak, level oksigen, dan fungsi saraf.
Ads
Dark chocolate juga keluarkan feel good hormon nama endorfin. Masa exam kan berdebar semacam. Siap jadi anxious dan stress. Jadi endorfin bantu redakan perasaan berdebar, takut dan risau tu.
Seperkara lagi yang bagus ialah dark chocolate ada tryptophan. Neurohormon penting untuk lahirkan serotonin – yang stabilkan mood kita.
Untuk mood yang lebih positif, dark chocolate juga keluarkan dopamine, hormon bahagia yang ramai dambakan.
Ramai tak tahu hormon stress macam kortisol ganggu proses berfikir. Kalau pelajar tengok soalan yang jawapannya dia tak belajar mesti gabra. Mesti cuak.
Dua rasa ni ganggu bahagian otak yang kita guna untuk fikir, belajar dan memori. Iaitu Prefrontal Cortex, Left Temporal Lobe dan Hippocampus iaitu pusat memori.
Kacaulah kan kalau jadi macam tu. Mujur dah ambil dark chocolate. Boleh kembali kawal emosi dan fikir.
Ads
2. Omega 3
Omega 3 dari sumber ikan dengan kandungan DHA dan EPA tinggi sangat penting. Lebih lebih lagi untuk otak. Cari yang minimum EPA 600mg ke atas dan DHA 250mg ke atas.
3. Buah atau sayur warna gelap kulit ata daunnya. Contohnya macam plum. Warnanya ungu pekat. Atau sayur brokoli, hijaunya lebih pekat.
Cara masak terserah ikut tekak dan selera anak anak. Bukan ikut tekak dan selera kita.
4. Kompleks Karbohidrat
Makanan tinggi karbo kompleks sangat baik untuk otak. Terutama dalam bantu proses berfikir. Nak kreatif, nak hasilkan idea, nak ketengahkan hujah perlukan kompleks karbo ni.
Ada orang ambil oat sebagai kompleks karbo. Tapi antara oat dan barley flakes, barley flakes lebih tinggi fibre.
Ads
Buah, beans macam kacang kuda adalah kompleks karbo. Sangat membantu. Masa rehat tunggu exam berikutnya, makanlah buah potong yang pelbagai warna.
Makan kacang kuda atau kekacang. Lebih baik makanan begini dari makan nasi. Ambil capati dari tepung Atta lebih baik dari roti canai yang dibuat dari tepung putih.
5. Protein
Protein paling murah dan senang ialah telur. Telur pun ada L Tyrosine yang bantu otak bahagian prefrontal cortex untuk fokus.
Telur pun ada choline. Choline akan tukar kepada acetylcholine ialah neurotransmitter penting untuk belajar dan memori. Dua perkara penting untuk pelajar.
Inilah 5 makanan yang saya bagi anak anak saya makan. Ada lagi yang lain. Yang ini pun cukup powerful untuk bantu anak anak.
Sebagai mak ayah yang risau anak tengah SPM, cuba bagi 5 makanan ni. Ini sumbangan anda di minit minit terakhir.
Kagum dengan semangat dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pasangan kembar ini. Walaupun menghadapi cabaran fizikal, mereka saling menyokong dan memberi inspirasi.
Nur Aisy Raisha, dengan penuh kasih, sentiasa berada di sisi Nur Aisy Amara Mohd Saiful Hasbul membuktikan bahawa kekuatan sejati terletak pada ikatan adik-beradik yang tulus.
Memetik laporan Sinar Harian, setiap hari, Raisha menolak kerusi roda Amara ke Sekolah Kebangsaan Pangkal Kalong, tempat mereka belajar dalam kelas yang sama.
Semasa waktu rehat, Raisha memastikan adiknya dapat ke kantin dan menikmati masa makan bersama rakan-rakan.
Akhirnya, atas permintaan mereka, guru membenarkan mereka kekal dalam kelas yang sama.
“Raisha banyak jaga adik dia, dia macam pinjamkan ‘kaki’ untuk kembar dia.
“Walaupun fizikal mereka berbeza, jiwa mereka tetap ‘kembar’ dan tak dapat dipisahkan,” kata Nur Azrin.
Menurutnya, pasangan kembar seiras, sulung dan bongsu tersebut lahir pramatang ketika usia kandungan Nur Azrin tujuh bulan.
“Raisha juga disahkan menghidap jantung berlubang tetapi sudah menjalani pembedahan ketika berusia 13 bulan dan masih bayi.
“Dia sembuh sepenuhnya dan kini menjadi kakak yang bertanggungjawab dan begitu menyayangi adiknya sepenuh hati selain sentiasa ada untuk membantu apa-apa sahaja keperluan adik yang tidak dapat berjalan,” katanya yang tinggal di Kampung Tok Langgar, Kok Lanas, di sini.
Selain cabaran fizikal, keluarga ini juga menghadapi kekangan kewangan, bagaimanapun Amara menerima bantuan RM1,800 setahun daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dapat menampung keperluan harian dan perubatan.
“Jika tidak berkerusi roda, Amara akan bergerak dengan cara mengesot.
“Kami baru saja menerima kerusi roda baharu yang lebih ringan daripada Pusat Transformasi Orang Kurang Upaya Universiti Sains Malaysia-Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan dan dapat membantu Raisha membawa adiknya,” katanya Nur Azrin.
Menjadi ibu ayah yang cool bukanlah bermaksud kena jadi perfect atau ikut trend semata. Sebaliknya, ia lebih kepada bagaimana kita balance antara mendidik anak-anak dengan cara yang santai, faham emosi mereka, dan pada masa yang sama, stay connected dengan dunia mereka.
Cara nak jadi Ibu ayah yang cool
1. Jangan jadi perfectionist
Anak-anak ini sudah perfect. Allah sudah jadikan mereka perfect seperfectnya. Cuma kita je yang kurang perfect. Kita selalu marah atas kesilapan yang tak sengaja mereka buat sedangkan itu bukan kesilapan mereka, tapi sebenarnya itu kesilapan kita yang tak sabar dan tak memahami proses tumbesaran kanak-kanak.
2. Rendahkan expectation
Anak lemah membaca geram, anak lambat mengaji marah, anak tak hafal sifir baran. Macam mana nak jadi doktor kalau belajar tak pandai. Hah, ini la punca kita jadi tak cool. Expectation tinggi sangat. Cuba rendahkan, comfirm cool je. Anak tengok pun sejuk mata memandang.
3. Jangan fokus pada result
Sentiasa fokus pada usaha bukan result. Anak anak ini serba serbi lemah, dia masih bertatih lagi. Lagi kita fokus pada result, lagi tertekanlah kita jadinya. Fokus pada usaha, In Sha Allah anak pun membesar dengan sihat dan kuat. Kita pun jadi kurang marah marah.
4.Berhenti shiny parenting
Shiny parenting syndrome ini adalah parenting yang jenis suka mengikut orang lain. Bila ada trend didik anak begini dia ikut cara itu, bila ada orang share tip didik anak begitu terus dia follow. Kita letih cuba-cuba, anak pun letih cuba hadam bolak baliknya hati kita.
5. Berhenti comparing
Setiap anak ini unik dan istimewa dengan cara tersendiri. Buatlah macam mana pun, umur sama, sekolah sama, tarikh lahir sama, jantina sama tetap besarnya anak-anak itu akan jadi jauh berbeza. Comparing bukan sahaja akan buat kita makin stres malah anak pun akan jadi makin rendah keyakinan dirinya.
Kalau ada satu ilmu yang anda boleh wariskan kepada anak anda, salah satunya ialah kemahiran menguruskan stress, tekanan dan masalah hidup.
Jadikan setiap masalah dalam hidupnya sebagai peluang untuk anda mendidik kemahiran ini.
Ikuti perkongsian Dr Dr Rozanizam Zakaria mengenai 7 ‘JANGAN’ dalam mendidik anak mengendalikan stress.
Dalam mendidik, ada 7 tips asas yang anda boleh aplikasikan.
1. Jangan ajar teknik burung unta.
Jangan sorokkan kepala dalam pasir bila datang masalah. Jangan ajar anak abaikan (ignore) masalah/stress. Mengelak dari masalah (avoidance) hanya akan menjadikan masalah terkumpul. Ajar anak untuk kenalpasti masalah, namakan masalah, senaraikan masalah, suarakan pandangan dan berbincang tentangnya secara telus dan terbuka. Tidak kira kecil atau besar masalah tersebut. Ajar anak bahawa ‘it’s okay not to feel okay sometimes’. Asalkan kita belajar cara mengendalikan masalah tersebut.
2. Jangan jadi Superhero kepada anak anda.
Jangan jadi penyelamat terlalu awal. Jangan jadi penyelesai masalah pada setiap ketika. Wujudkan keyakinan yang anak anda boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Peranan anda adalah untuk hadap mereka waktu itu dengan FACE: ‘facilitate’, ‘acknowledge’, ‘constructively support‘ dan ‘empower’ mereka. Jangan sediakan jawapan dan penyelesaian untuk setiap permasalahan. Apapun hasil akhir penyelesaian mereka, bantu mereka untuk muhasabah dan perbaiki.
3. Jangan ajar mereka one-way trip.
Jangan ‘stuck’ dengan satu versi masalah dan penyelesaian sahaja. Ajar mereka ‘the bigger picture’. Ajar mereka solusi di luar kotak. Ajar mereka melihat dari perspektif yang berbeza. Ajar mereka melihat masalah dari sudut pandang orang lain. Ajar mereka memakai kasut orang lain. Kemahiran melihat masalah dengan pelbagai perspektif ini penting untuk menghakis sikap ‘ego-centric’ anak.
4. Jangan jadi model yang salah.
Tunjukkan contoh yang baik bagaimana anda menyendalikan masalah anda. Ada dua kategori cara coping – emotional-focused coping dan problem-focused coping. Kedua-dua cara ada kaedah positif dan negative. Apa pun cara anda cope dengan masalah, jangan sampai anak mengambil teladan yang negatif dari anda.
5. Jangan rumitkan kaedah menghadapi stress.
Jangan ingat kemahiran ini perlu rumit dan komplek. Teknik mudah relaksasi seperti deep breathing, simple mindfulness, problem solving, berbual, simple hugs.
6. Jangan lupakan keperluan asas emosi.
Kasih sayang, perhatian, rasa selamat, tidur yang cukup, makanan yang sihat, riadah dan rakan yang positif. Inilah asas yang akan menjadikan emosi anak lebih stabil dan mudah diurus.
7. Jangan lari.
Be present and available. Kemahiran tidak akan datang dengan leteran atau kata-kata semata-mata. Anda perlu ada bersama anak anda pada masa sukar. Cuba mendengar dan memahami.
Jarang-jarang berkongsi tentang kisah anak daranya di laman sosialnya, kemunculan puteri tunggal kesayangan penyanyi dan penyampai radio Zayan, Mawi mencuri perhatian ramai.