Jika dilihat kembali zaman kanak-kanak terdahulu, terdapat banyak permainan yang memberikan kita keseronokkan walaupun menghasilkan peluh.
Namun, kanak-kanak sekarang kebanyakannya menggemari bermain telefon pintar yang disebut sebagai satu perkara terpenting dalam kehidupan. Namun, situasi ini juga mungkin kerana kanak- kanak zaman sekarang tidak terdedah dengan permainan terdahulu dan tidak tahu akan keseronokkannya.
Jadi, mari kita lihat beberapa permainan terdahulu yang tidak diketahui mengenainya dan cara permainan tersebut dimainkan.
Baling Tin
Ads
Permainan baling tin ini dimainkan dengan tin disusun secara piramid. Kemudian satu pihak harus menjatuhkan susunan tin tersebut untuk memulakan permainan. Kemudian, setiap ahli dari pasukan yang menjatuhkan tin tersebut harus berlari dan merebut peluang semula untuk menyusun kembali tin kepada bentuk piramid, namun tidaklah mudah kerana akan dihalang oleh pihak lawan dengan balingan bola. Tetapi permainan ini tetaplah menyeronokkan walaupun harus menahan kesakitan.
Guli
Permainaan guli merupakan permainan yang biasanya dimainkan oleh budak lelaki terdahulu.
Ads
Biasanya permainan guli ini dimainkan dengan setiap pemain harus memasukkan guli milik mereka mengikut jumlah yang telah dipersetujui. Kemudian, pemain yang handal membaling sehingga guli keluar dari bulatan tersebut dan mengumpul guli yang paling banyak dikira sebagai pemenang.
Tarik Upih
Ads
Tarik upih merupakan salah satu permainan yang sering dimainkan zaman dahulu. Permainan ini biasanya dimain dengan cara lawan tarik upih sehingga ke penamat dan selalunya tukang tarik upih ialah budak yang berbadan berisi kerana lebih kuat dibanding budak yang kurus.
Permainan ini nampak sangat simple tetapi sangatlah menyeronokkan.
Jadi, inilah antara jenis-jenis permainan zaman dahulu yang tidak diketahui oleh kanak-kanak sekarang. Namun, zaman sekarang, kanak-kanak dan golongan remaja sudah jauh berbeza kerana perubahan masa dan keadaan serta kecanggihan teknologi pada era ini.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi akibat jangkitan Influenza A. Mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin, berusia lapan tahun, disahkan meninggal dunia sekitar jam 4.30 pagi.
Allahyarham merupakan murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Jalan Tap. Pihak sekolah dalam kenyataannya menzahirkan rasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, sambil mendoakan agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa beberapa ahli keluarga mangsa turut dijangkiti wabak yang sama.
Sebelum ini, dua kes kematian akibat Influenza telah dilaporkan melibatkan kanak-kanak lelaki berusia empat dan 11 tahun dari Sabah dan Terengganu.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kes-kes tersebut.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Benarlah aura si comel Muhammad Aniq Redzuan atau Bang Aji ini bukan biasa-biasa. Setiap kali melihat wajah dan keletah comelnya di media sosial hati tercuit rasa sayang. Apa lagi kala bertemu dengannya secara berdepan.
Pelawaan Bintang Kecil & Pa&Ma sebagai Cover Digital 2025 disambut baik oleh keluarga khusus bagi meninggalkan memori dizaman kecil buat anak mereka.
Bapanya, Mohd Redzuan Zainol berkongsi kisah istimewa anak kecil ini sehingga disayangi malah disenangi ramai orang.
Muhammad Aniq yang dilahirkan pada 10 Ogos 2021 ini benar-benar mampu membuatkan ramai cair. Malah Bang Aji yang kini menginjak usia empat tahun rupanya seorang anak yang cukup disenangi oleh keluarga.
Berkongsi kisah Bang Aji di waktu kecil, ujar bapanya, Bang Aji satu-satunya anaknya yang paling kecil dengan berat 2.6kg sahaja ketika dilahirkan.
Malah kongsi bapanya lagi, Bang Aji yang dilahirkan waktu PKP ketika itu meninggalkan banyak memori buatnya dan isteri.
“Berbanding abang dan dua kakaknya, berat Bang Aji boleh saya katakan paling kecil dengan 2.6kg sahaja ketika dilahirkan.
“Sama macam bayi lain, Bang Aji membesar macam biasa cuma dia memang suka minum susu.
“Saya masih ingat lagi waktu Bang Aji lahir, waktu tu zaman PKP jadi nak tak nak semua benda kena buat sendiri termasukkan mencukur rambutnya waktu bayi.
“Disebabkan bidan tak boleh datang ke rumah, saya buat sendiri, saya pegang kepala dan cukur rambut Bang Aji sendiri,” kongsi bapanya lagi.
Disebalik perwatakan Bang Aji yang begitu bersahaja, rupanya anak kecil kesayangan ramai ini memiliki karakter yang cukup kelakar bila berada di rumah.
Bahkan kata bapanya, Bang Aji juga sering membuatkan mereka sekeluarga terhibur dengan gelagat comelnya. Ada sahaja yang dilakukan yang tidak terjangkau dek akal.
“Setiap benda yang dia buat di rumah, dari kecil lagi memang kelakar.
“Boleh saya katakan setiap pergerakan Bang Aji memang kelakar malah dia paling ramah berbanding abangnya,”ujarnya lagi.
Sentuhan kreatif berpengalaman dan penuh magis dari jurugambar @newbornbytakara membuahkan hasil cukup magis bila mana setiap aksi dan keletah comel Bang Aji dipotretkan sebaiknya oleh jurukamera berpengalaman ini dengan cukup sempurna.
Paling membanggakan, Bang Aji yang sudah terbiasa dengan kamera ini mampu bekerjasama dan memberikan pose yang cukup menarik untuk dipotretkan.
Bang Aji muncul dengan gaya yang cukup matang dan bersahaja. Cukup dengan hanya tersenyum manis dan memberikan sedikit gaya, aura Bang Aji sudah berjaya dirakam dengan cukup sempurna. Memang hebat!
Kata bapanya lagi, jika diminta untuk muncul dikamera, Bang Aji tidak lokek malah boleh memberi kerjasama dengan baik ketika merakam aksinya menerusi video-video mereka di media sosial.
Tambah bapanya lagi, dia dan keluarga yang pada mulanya agak terkejut dengan penerimaan wargamaya terhadap anaknya namun kini sudah mula terbiasa.
Malah dia sendiri tidak menyangka penangan video pertamanya bersama anak keempatnya itu mendapat perhatian ramai.
“Video yang viral tu sebenarnya saja saya rekod dan tak sangka view video nyanyian mendapat perhatian ramai.
“Bila view tinggi, saya post lagi video Bang Aji dan semuanya tinggi. Bermula dari saat itu saya mula merakam dan post video Bang Aji di media social.
“Jujurkan saya sendiri jarang bermain media social dan pada mulanya kami sekeluarga agak terkejut dengan sambutan ramai pada Bang Aji tapi kami mula membiasakan diri.
“Saya tak nafikan Bang Aji ada aura dan daya tarikan untuk orang lain nak tengok dan suka Bang Aji. Dulu zaman tak ada Tik Tok tapi lain sekarang dengan kuasa Tik Tok yang begitu besar.
“Sekarang ini jujurnya kalau nak keluar berjalan terutama ke mall, saya biasanya pakaikan dia dengan topi tapi biasanya orang tetap kenal dia.
“Saya dan isteri tak ada masalah pun cuma kadang kala Bang Aji sendiri kurang selesa apatah lagi kalau disentuh orang ramai,” katanya lagi.
Akui bapanya lagi, tempias populari Bang Aji turut dirasai ahli keluarga lain.
“Kadang-kadang ada kawan-kawan anak lain yang suka datang hendak tengok Bang Aji dirumah. Begitu juga dengan kawan-kawan neneknya yang sentiasa menjadi peminat setia Bang Aji,” konsinya lagi.
Bagi memastikan anak bongsunya ini tidak terlepas momen berharga di waktu kecilnya, sebagai bapa dia sentiasa memastikan Bang Aji ada ruang untuk dirinya sendiri terutama ketika bermain.
“Biasanya kalau saya nak ke mana-mana, saya akan bawa team saya sendiri untuk pastikan Bang Aji terjaga.
“Contohnya kalau dia nak main di event, saya bawa ramai supaya masing-masing boleh kawal Bang Aji dan tidak menghalang apa yang Bang Aji suka.
“Boleh saya katakan bila berada dalam situasi macam ini tidaklah menjadi satu halangan buat kami, cuma Bang Aji sendiri kalau nak kemana-mana mesti dengan saya. Apa-apa dia cari ayah dulu,” ujarnya lagi.
Si comel Muhammad Aniq ini rupanya bakal memasuki alam persekolahan bermula awal tahun hadapan. Semoga Bang Aji terus sihat dan memasuki alam persekolahan dengan baik dan cemerlang.
Menutup kisah penuh inspirasi ini, Bang Aji kini bersedia memasuki alam persekolahan awal tahun hadapan. Semoga si comel penuh aura ini terus sihat, membesar dengan bahagia dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan.
Memang benar, aura Bang Aji tak boleh lawan – pesonanya buat semua yang melihat terus cair!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kepada pelawak terkenal, Shuib, iaitu Thalita Shuib, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berjaya meraih tempat kedua dalam program Talk To My Manager yang berlangsung pada hari Ahad lalu. Hebatnya Thalita Shuib! Dia bukan sahaja berbakat, malah sangat penyayang dan berhati mulia.
Dalam pertandingan tersebut, Thalita menerima hadiah wang tunai sebanyak RM20,000. Namun, apa yang membuatkan ramai tersentuh ialah keputusannya untuk tidak berbelanja sesuka hati dengan wang kemenangan itu. Sebaliknya, dia memilih untuk menggunakan rezeki tersebut bagi membantu ayahnya dan keluarganya yang telah banyak berkorban untuknya.
Menurut laporan mStar Online, Thalita berkata bahawa segala penat lelahnya sepanjang pertandingan adalah demi keluarga tercinta. Dia juga mendedahkan bahawa ayahnya pernah memberitahu bahawa keluarga mereka kini tidak mempunyai banyak wang, dan itulah yang mendorongnya untuk berusaha sebaik mungkin.
“Saya nak bagi keluarga duit kemenangan ini. Saya tak hirau dapat tak banyak, tak kisah tinggal RM100 atau RM50 sahaja, tapi ini semua untuk keluarga. Apa yang saya buat dan penat lelah ini adalah untuk mereka semua.
“Saya nak bagi keluarga duit kemenangan ini. Saya tak hirau dapat tak banyak, tak kisah tinggal RM100 atau RM50 sahaja, tapi ini semua untuk keluarga. Apa yang saya buat dan penat lelah ini adalah untuk mereka semua,” katanya.
Ramai netizen memuji sikap rendah diri dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh Thalita. Walaupun mempunyai peluang untuk membeli apa sahaja, dia tetap mengutamakan keluarga terlebih dahulu. Tindakan itu membuktikan bahawa nilai kasih sayang dan rasa tanggungjawab masih kuat dalam dirinya.
Syabas Thalita! Semoga sikap baik, rendah hati dan kasih sayang yang ditunjukkan menjadi contoh kepada kanak-kanak lain di luar sana. Bila kita menyayangi keluarga dan mahu membantu mereka, itu tanda bahawa kita memiliki hati yang besar dan ikhlas. Nilai murni seperti ini wajar disemai sejak kecil agar generasi muda membesar dengan penuh empati dan kasih terhadap keluarga.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!