Kisah teladan Semut dan Merpati ini menceritakan tentang persahabatan dan bantuan timbal balik antara semut dan merpati.
Pada suatu hari, seekor semut terjatuh ke dalam sungai saat sedang minum air di tebing sungai.
Kejadian ini diperhatikan oleh seekor merpati yang berada di atas pokok. Merpati itu dengan cepat memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke dalam air untuk membantu semut tersebut.
Ads
Semut itu pun berhasil menaiki daun tersebut dan hanyut ke tebing sungai. Semut mengucapkan terima kasih kepada merpati atas bantuan yang diberikan.
Ads
Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang untuk memburu burung di kawasan tersebut.
Ketika pemburu itu menyasarkan merpati, semut yang pernah ditolong oleh merpati itu melihatnya dan dengan beraninya semut itu menggigit kaki pemburu tersebut, membuat pemburu itu kesakitan dan terganggu, sehingga merpati itu berhasil lari dari bahaya.
Ads
Kisah ini mengajarkan tentang pentingnya berbuat baik kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. Balasan baik akan kembali kepada kita pada waktu yang tidak terduga. Cerita ini juga menekankan nilai persahabatan dan saling membantu antara satu sama lain.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Anak takut nak jumpa doktor gigi apa mak ayah nak buat? Jangan risau. Ada penyelesaiannya di sini.
Temu bual salah seorang doktor dalam bidang Pemulihan dan Estetika Pergigian (Restorative and Aesthetic Dentistry), iaitu Dr Ibrahim Shahruddin ini pasti membantu masalah mak ayah.
Menurut beliau punca utama menyebabkan ramai kanak-kanak takut untuk berjumpa dengan doktor gigi adalah kerana mereka tidak didedahkan untuk berjumpa dengan doktor gigi pada seawal tahun pertama kehidupan atau ketika gigi susu pertama muncul.
“Berjumpa dengan doktor gigi bukanlah satu perkara yang menjadi satu kebiasaan bagi rata-rata masyarakat Malaysia. Kanak-kanak biasanya hanya akan dibawa berjumpa doktor apabila sudah berdepan dengan masalah gigi seperti karies gigi,” jelas Dr Ibrahim.
Terdapat juga kanak-kanak yang pertama kali mendapatkan rawatan pergigian ketika di sekolah. Dan lebih ‘memburukkan’ keadaan apabila mereka dirawat dengan jururawat pergigian yang garang. Ini sekali gus menambahkan lagi rasa takut mereka untuk berjumpa doktor gigi.
Bagi Dr Ibrahim, masalah ini sebenarnya boleh diatasi sekiranya tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa adalah tinggi dalam aspek penjagaan pergigian anak-anak. Beliau turut menambah, pada hakikatnya kos untuk mencegah itu adalah sesuatu yang lebih murah dan lebih baik daripada kos yang perlu dikeluarkan untuk merawat apabila sesuatu keadaan sudah menjadi lebih kronik dan serius.
Bagi ibu bapa yang berdepan dengan isu anak takut untuk berjumpa doktor gigi, berikut adalah beberapa perkongsian tip yang boleh dicuba bagi mengatasi masalah ini:
Biasakan anak untuk berjumpa dengan doktor. Tip ini boleh dilakukan pada seawal usia setahun atau ketika anak anda baru mendapat gigi susu yang pertamanya.
Bagi kanak-kanak pula, ia mungkin sedikit sukar untuk membuang rasa takut berjumpa doktor. Tetapi jangan berputus asa. Langkah pertama, biasakan anak anda untuk bertemu dengan doktor. Mungkin pada kali pertamanya hanya sekadar berjumpa dan berbual. Ini adalah untuk membiasakan diri anak dengan doktor gigi.
Sebaiknya hindari daripada menggunakan sebarang paksaan. Mungkin pada kali pertama anda membawa anak berjumpa doktor, ia hanya akan memakan masa tidak sampai 5 minit, apabila akhirnya anak anda meraung dan menangis. Kesabaran adalah kunci utama.
Ia mungkin akan mengambil masa dan memerlukan anda untuk membawa anak anda berjumpa doktor gigi untuk beberapa kali sebelum mereka benar-benar selesa dan tidak takut untuk berjumpa doktor gigi. Tetapi jangan putus asa.
Sebenarnya masalah takut untuk berjumpa doktor gigi ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, tetapi wujud pada individu dewasa. Jika tidak, takkan muncul petua menggunakan minyak motor untuk merawat sakit gigi, bukan?
Jadi, jika anda merupakan antara individu yang mungkin mempunyai rasa takut mahupun trauma untuk berjumpa doktor gigi, cuba untuk beranikan diri dan kuatkan semangat. Seperti kata Dr. Ibrahim, anda tidak perlu terus untuk melakukan rawatan pada kali pertama, mungkin sekadar mendapatkan konsultasi. Lawanlah rasa takut anda, anda boleh melakukannya.
Sumber: Health Group
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Hari ini, tepat jam 10 30 pagi tadi, ibu dan ayah yang mempunyai anak-anak yang sudah pun menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA bagi tahun 2024 boleh menyemak keputusan peperiksaan mereka.
Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) itu akan diadakan pada jam 12.00 tengah hari dan mak ayah sudah boleh semak bermula 10.30 pagi tadi.
Terdahulu, UPKK ini diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) , Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Peperiksaan ini malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah sekolah menengah kebangsaan agama di bawah Kementerian Pendidikan yang jadi pilihan ibu bapa ketika ini.
Tidak ketinggalan keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah sekolah berasrama penuh integrasi dan tiga buah sekolah menengah agama persekutuan.
Terdapat 8 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) iaitu:
– Amali Solat
– Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
– Tilawah Al-Quran
– Pelajaran Jawi dan Khat
– Sirah
– Ulum Syariah (Ibadah & Aqidah)
– Adab (Akhlak Islamiah)
– Lughah Al-Quran
CARA SEMAK
Ibu bapa / Penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pada 20 Mac 2025 (Khamis), jam 2.00 petang melalui laman sesawang https://semakan.islam.gov.my/ dengan menggunakan:
i) Nombor MyKid;dan
ii) Nombor Angka Giliran
iii) Ibu bapa/Penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 penuh daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 21 Mac 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.
Semakan online akan memaparkan keputusan seperti berikut:
Selamat maju jaya!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang guru yang juga merupakan seorang perunding pendidikan dan motivasi dipuji ramai kerana mengajar murid untuk berzikir dengan caranya tersendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @mrherohebat, pengguna atau guru yang dikenali sebagai Faizal Toha itu dilihat sedang mengajak murid Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Baloi Pontian Johor bersama-sama mengikutnya untuk berzikir.
Apa yang menjadi perhatian pastinya alunan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar dan LailahaillAllah itu bukanlah dialunkan dalam nada seperti biasa kita dengar.
Guru hebat ini memilih untuk mengalunkan zikir Allah itu menggunakan lagu daripada drama siri terkenal Korea Selatan di Netflix iaitu Squid Game sebagai latar belakang melodi alunan zikir tersebut.
Tidak hanya itu, alunan lagu itu bukanlah hanya zikir semata-mata sebaliknya ia turut mengandungi lirik yang mengajak murid untuk berzikir.
Dapat dilihat, anak-anak bukan sahaja cukup ‘enjoy’ kerana menggunakan lagu dan hiburan masa kini tetapi paling penting dapat berzikir dan mengalunkan kalimah Allah dengan baik seperti yang dituntut dalam Islam.
Usaha guru ini seharusnya dipuji. Difahamkan, alunan lagu zikir itu merupakan ilham daripada seorang penyanyi dan juga pendakwah, Idris Shamsuddin.
“Marilah berzikir bersama SK Ayer Baloi Pontian, Johor. Terima kasih Ustaz Idris Shamsuddin,” tulis pengguna berkenaan di kapsyen.
Rata-rata wargamaya memuji usaha guru dan Ustaz ini yang mampu memberikan sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita lebih mudah mengikut kearah kebaikan.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!