Bermula 12 hingga 16 September 2025, Taman Tasik Titiwangsa bakal menjadi lokasi penuh warna-warni dengan penganjuran BK Mini Fest sempena Festival Budaya Malaysia. Dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam, para pengunjung berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan oleh Bintang Kecil, Pa&Ma dan Keluarga.
Antara acara yang dijangka menjadi tumpuan ialah Himpunan Anak Budaya, Himpunan Martial Art, dan pentas penuh energi Konsert BK Fantastic X Kewpie. Setiap acara menjanjikan pengalaman yang bukan sahaja menghiburkan, malah mengangkat nilai budaya, seni dan kekeluargaan dalam suasana santai hujung minggu.
Aktiviti Menarik Bersama Kewpie
Buat peminat masakan, jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kewpie Egg Sandwich Class. Di sini, pengunjung boleh belajar resipi mudah, tip menarik serta cara menghasilkan hidangan ringkas tetapi lazat.
Ads
Lebih best, pelbagai produk Kewpie boleh didapati di booth mereka, antaranya:
MAYONNAISE RANGE
KEWPIE Mayonnaise Japanese Style
KEWPIE Mild Type Mayonnaise
KEWPIE Chili Mayo
KEWPIE Half Salad Dressing
BREAD SPREAD RANGE
KEWPIE Cheesy Cheese Sandwich Spread
KEWPIE Original Sandwich Spread
KEWPIE Spicy Black Pepper Sandwich Spread
Kalaub anda singgah ke booth Kewpie, wajib cuba Egg Sandwich dan Chicken Skewers yang disediakan khas untuk para pengunjung. Confirm sedap dan buat anda jatuh cinta dengan rasa unik Kewpie!
Ads
Top 10 Finale BK Fantastic X Kewpie Janjikan Keunikan Dalam Persembahan
Antara acara yang dinanti-nantikan sudah tentunya BK Fantastic X Kewpie yang berlangsung pada 14 September 2025. Seramai Top 10 peserta berbakat akan berentap di pentas dengan pelbagai persembahan hebat seperti nyanyian, tarian, bercerita, bermain alat muzik dan banyak lagi.
Ads
Lebih mendebarkan, bukan sekadar gelaran juara yang dipertaruhkan, tetapi juga pelbagai hadiah lumayan yang pastinya membuatkan peserta Top 10 BK Fantastic X Kewpie teruja dan membuat persembahan yang terbaik pada hari tersebut.
Hadiah-hadiah lumayan yang bakal dimenangi adalah:
Juara – RM400 + produk Kewpie + hamper istimewa
Naib Juara – RM300 + produk Kewpie + hamper istimewa
Tempat Ketiga – RM200 + produk Kewpie + hamper istimewa
Tempat Ke-4 & Ke-5 – RM100 + produk Kewpie + hamper istimewa
Dengan hadiah menarik serta bakat hebat, pastinya pentas BK Fantastic X Kewpie akan jadi antara momen paling ditunggu sepanjang festival ini.
Jom Sama-Sama Kita Meriahkan!
BK Mini Fest bukan sekadar hiburan, ia adalah pengalaman budaya, seni dan kekeluargaan yang menyatukan semua generasi. Jadi, jangan lepaskan peluang bawa seisi keluarga ke Taman Tasik Titiwangsa dari 12–16 September 2025 untuk merasai sendiri kemeriahannya.
Tunjukkan sokongan anda dengan sama-sama datang untuk memeriahkan BK Fantastic X Kewpie pada Ahad ini!
Kita semua nak yang terbaik untuk anak-anak dengan itu ada yang menzahirkan kasih sayang perbuatan mencium mulut. Hakikatnya tanpa kita sedari ia adalah perbuatan yang akan memberi impak kepada psikologi anak itu.
Nampak biasa tapi perbuatan yang ibu bapa perlu elakkan. Menurut laporan Astro Awani, Pakar Psikologi SEGi University, Profesor Datin Dr Mariani Md Nor, perbuatan tersebut berkemungkinan mendorong kepada pembentukan sifat kanak-kanak yang akan menganggap perkara itu sebagai biasa.
Katanya, sifat ingin tahu kanak-kanak yang meluap-luap boleh membawa perkara itu kepada kejadian yang tidak diingini.
Pakar Psikologi SEGi University, Profesor Datin Dr Mariani Md Nor
“Agak sukar untuk berselindung, saya perlu maklumkan dengan jelas. Ciuman dari mulut ke mulut itu perlu diawasi.
“Kalau boleh, ibu dan bapa elakkan dari perbuatan ciuman mulut ke mulut kerana mereka akan lakukan kepada orang lain dan perkara ini amat bahaya.”
“Bukan anak-anak sahaja perlu tahu, ibu dan bapa juga perlu tahu kerana ini adalah antara elemen-elemen yang terangkum dalam ekosistem jenayah seksual (dalam keadaan yang lain),” ujarnya.
Katanya lagi, kanak-kanak akan menterjemah perlakuan jelik melalui kaedah simulasi sekiranya ia tidak dibendung dan dipantau dengan baik oleh ibu bapa.
Pandangan itu dikongsikan beliau dalam program AWANI Pagi pada Jumaat.
INFO KONTEKS ISLAM
Tahukah kita bahawa Baginda Rasulullah sendiri mengungkapkan rasa kasih sayang baginda dengan mencium anak dan cucu Baginda.
Abu Hurairah berkata: Rasulullah pernah mencium Al Hasan bin Ali sedangkan di samping Baginda ada Al Aqra’ bin Habis At Tamimi sedang duduk, lalu Aqra’ berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekali pun, maka Rasulullah memandangnya dan bersabda: Barangsiapa tidak mengasihi maka ia tidak akan dikasihi. – [HR Bukhari 5538].
Hadis ini dapat kita ambil daripada kaca mata fiqh iaitu mencium anak itu merupakan satu perbuatan sunah Baginda Rasulullah.
Hukum asal bagi perbuatan mencium anak kecil sama ada di wajah mereka, kepala atau anggota badan yang tidak bercanggah dengan adat adalah diharuskan. – (Fathul Bari 427/10).
Menjadi ibu bukan tugas yang mudah. Setiap hari ada cabaran, dari mengurus anak-anak hingga memastikan rumah dalam keadaan baik. Kadang-kadang, keletihan dan tekanan buat kita mudah naik marah.
Tapi, adakah kita perlu jadi ibu yang sempurna? Atau cukup sekadar jadi ibu yang tenang dan bahagia?
Dalam perkongsian kali ini, menerusi perkongsian di FB puan Wawa Shauqi kita akan sama-sama belajar bagaimana mengawal emosi, mengurus tekanan, dan mengelakkan diri daripada menjadi ibu yang baran. Kerana ibu yang bahagia akan melahirkan keluarga yang bahagia.
MACAM MANA NAK ELAKKAN JADI IBU YANG BARAN?
Ramai sangat yang pm saya tanya pasal ‘Macam mana nak jadi ibu yang baik.’ ‘Macam mana nak hilangkan baran?’ Dan seumpamanya.
Dear parents Dear mommies. You don’t need to be perfect. Just be patient. Untuk jadi penyabar, kalian perlu tahu kapasiti kesabaran yang kalian ada sebelum mula terbakar dan meletus. You know yourself. Stop before you start to forget things, marah dengan perkara kecil dan lupa nak tengok diri sendiri kat cermin. Husband-husband kena tengok. Kalau para isteri dah hilang manja dan makin menyinga, cepat-cepat isi tangki emosinya yang dah makin kering. Peluk isteri, sikatkan rambutnya, urut badannya atau belanja makan aiskrim kegemaran. Tak pun cincin sebentuk atau kalau teruk sangat, belanja dia ‘me time’ 2 hari 3 malam di Damai Laut.
Tapi sebenarnya kesudian untuk tadahkan telinga dengar membebel, atau sesi bersembang tenang antara laki-bini sepanjang malam pun, lebih mahal dan mendamaikan dari Damai Laut. Yup, just simply being a therapist to her. Jangan biar isteri terlalu nak jadi perfect. Sempurna itu bukan sifat manusia. Jangan cuba melawan fitrah. Nanti kita juga yang parah. Isteri, kalau rasa haritu boleh melayan anak, tak larat memasak, senyum dan gantung kuali. Foodpanda kan ada!
Kita tak ada bos yang tukang cek kerja di rumah dah selesai ke belum. Tak ada timeline pun. Kalau tak larat, tinggallah dulu. Buang rasa runsing dengan ‘gunung Kinabalu’ yang makin tinggi setiap hari.
Belajar bertenang dengan diri bila nampak rumah sepah. Saya faham perasaan tu. Kadang-kadang, lantai yang melekit, tapi kenapa sampai ke otak rasa berdenyut.
Your floor doesn’t define your happiness… so relax. Jangan setiap masa nak rumah perfect, sampai anak nak main pon kita tak bagi. Rasa runsing je, cepat-cepat pejam mata dan bayangkan otak-otak anak sedang pesat berkembang waktu mereka sedang bermain.
Agak-agak lagi 30 minit suami balik, barulah pulun kemas dengan anak-anak. Kalau tak, nampak anak nak menyepah sikit, dada dah rasa kena cengkam. Tapi kalau ada hari yang ada extra motivasi, & doing house chores make you happy, teruskan usaha buat rumah berkilat.
Bila bangun tidur, pastikan kita bangun dengan senyum. Kajian dah membuktikan, senyum selama satu minit selepas tidur, boleh meningkatkan paras hormon gembira dalam badan. Dan bantu mood kita kekal ceria sepanjang hari.
Hari ni, malam sebelum tidur, cuba tulis beberapa perkara yang buat kita syukur. Kemudian, tulis perkara yang kita nak buat esok, dan bayangkan sejelas-jelasnya. Sebelum tanya macam mana nak sayang anak-anak, sayangi diri sendiri dulu. Penuhi gelas emosi sendiri, sayangi badan sendiri dan rasai kehebatan nyawa yang Allah dah beri. Itulah langkah pertama nak jadi yang terbaik untuk orang lain. You are beautifully made by Allah. Dilahirkan dengan manfaat untuk membahagiakan dirimu, bukan untuk membebanimu.
Nak kawal kemarahan anak kecil tentunya sukar kerana mereka ini mengikut rasa emosinya seperti akan menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya.
Perkongsian blog pusat perkembangan Excel Qhalif Playgroup ini menjelaskan bahawa kanak-kanak mempunyai perasaan kecewa atau marah kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi.
Anak adalah anugerah daripada Allah buat setiap ibubapa. Setiap apa pendidikan yang kita berikan kepada anak kita, itulah cerminan buat diri kita.
Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun (prasekolah memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.
Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.
Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran kekecewaan kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya ibu bapa sekalian. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
5 tip yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi berusaha mengatasi masalah ini :
1.KASIH SAYANG
Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.
Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2.MASA BERSAMA ANAK-ANAK
Sebaik sahaja anda pulang dari bekerja dan mengambil anak dari taska, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dan sebagainya. Berikan perhatian pertama anda kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di taska/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkan abang. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dan sebagainya. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.
3.DIDIK SIKAP SABAR
Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan kita tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak contohnya. Layanilah dia sebaik sahaja ada kesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya kita sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan kita sekiranya kita pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh harapkan anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. KENALI PERSONALITI ANAK
Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personaliti Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, kita boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.
Sekiranya anak suka menjerit, kita boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.
Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai lain beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, kita suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti sendiri lama kelamaan.
Berikan dia hadiah (gula-gula misalanya) jika kita dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa atau mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa atau mama tidak menyukai perbuatan tersebut.
5.SIKAP POSITIF
Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan hati. Tumpukan perhatian kita terhadap kelebihan tersebut, jangan ingat kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai solat agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya.
Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali kita berinteraksi dengan anak. Boleh juga tukita berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan kita kepadanya
Misalnya ‘papa dan mama sayang kakak, papa dan mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang kita mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa dan mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa dan mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali.
Ibubapa sekalian juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Sebagai ingatan, sesungguhnya mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.
Semoga semua ibu bapa lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.
Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.
Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada ibu bapa. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.
Adrean Mohd Safzan Akhtar, pendekar cilik berusia 8 tahun, membuktikan bahawa silat warisan bangsa masih subur dan relevan dalam jiwa anak-anak Malaysia apabila muncul johan pertandingan silat di Terengganu.