Kalau sebut pasal berenang, mesti ramai budak terbayang momen paling best… terjun air, cipta gelembung, lompat masuk kolam dan rasa badan jadi ringan macam ikan kecil. Tapi korang tahu tak, berenang bukan sekadar main air, sebenarnya ada banyak gila kebaikan untuk tubuh dan otak budak.
Air Sejuk, Badan Jadi Kuat!
Setiap kali korang mengayuh tangan dan kaki dalam air, sebenarnya seluruh badan tengah bekerja. Air tu bagi rintangan lembut, jadi otot jadi makin kuat tanpa rasa sakit pun. Lagi banyak berenang, lagi sihat jantung, paru-paru dan lagi cergas badan korang.
Badan pun tak cepat penat sebab air bantu sejukkan otot. Sampai kadang-kadang rasa macam tengah terbang dalam air! Aktiviti berenang untuk kanak-kanak memang bagus untuk bantu tubuh jadi lebih aktif dan lasak.
Berenang Buat Otak Lebih Fokus
Dalam air, korang kena ingat macam-macam. Macam mana nak ambil nafas, bila nak tarik tangan, bila nak gerak kaki dan macam mana nak imbang badan supaya tak tenggelam.
Ads
Tanpa sedar, otak sebenarnya tengah belajar jadi lebih fokus, lebih cepat berfikir dan lebih pandai kawal pergerakan. Best kan? Main air pun boleh jadi bijak! Sebab itulah ramai guru renang suka sangat aktiviti berenang untuk kanak-kanak kerana ia asah minda sambil bermain.
Air Tenang, Hati Pun Tenang
Sebab itulah ramai budak suka sangat berenang. Bila masuk air, badan rasa ringan dan kepala rasa tenang. Bila habis berenang, mood jadi lebih ceria dan kurang stress. Kadang-kadang yang tak pandai sangat pun tetap tersenyum sebab seronok main air.
Ads
Bila Masa Sesuai Nak Belajar Berenang?
Ramai pakar kata budak boleh mula belajar asas dalam air seawal umur 3 atau 4 tahun. Masa ni korang dah boleh ikut arahan mudah macam tiup gelembung, genggam tepi kolam dan cuba terapung.
Kalau nak masuk kelas berenang betul-betul, biasanya umur 5 atau 6 tahun paling sesuai sebab badan dah lebih kuat dan senang ikut teknik. Apa pun, korang mesti sentiasa ada orang dewasa dekat tepi. Walaupun dah terror, jangan berenang sorang-sorang ya!
Ads
Kemahiran Yang Boleh Selamatkan Nyawa
Ini sebab paling penting kenapa budak patut belajar berenang untuk kanak-kanak. Korang akan belajar terapung, bernafas betul-betul, dan menyelamatkan diri kalau berlaku kecemasan. Kemahiran air ni penting sangat untuk keselamatan bila pergi pantai, sungai atau kolam.
Seronok Sebab Ada Ramai Kawan!
Kelas berenang selalu meriah dengan gelak dan percikan air. Ramai budak dapat kawan baru, beri semangat dekat kawan yang takut air atau bersorak bila kawan berjaya terapung sendiri. Dalam air pun boleh jadi geng rapat tau!
Berenang Buat Tidur Lebih Lena
Sebab badan banyak bergerak masa berenang, malam nanti korang akan rasa lebih tenang dan senang tidur. Badan letih dengan cara yang sihat, otak pun rehat lebih cepat. Aktiviti berenang untuk kanak-kanak memang membantu rutin tidur jadi lebih teratur.
Kesimpulan
Berenang memang aktiviti yang super fun untuk budak! Korang jadi lebih kuat, lebih fokus, lebih ceria dan yang paling penting… lebih selamat bila berada dekat air. Dan kalau nak mula rutin berenang untuk kanak-kanak, pastikan sentiasa ada orang dewasa yang memantau supaya semua orang rasa lebih yakin dan selamat.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Pernah tak korang rasa susah nak bangun pagi, kepala pening atau rasa malas nak pergi sekolah sebab tidur lambat? Sebenarnya, tidur cukup bukan sekadar untuk rehat tapi sangat penting untuk otak, badan dan emosi kita supaya kekal sihat dan cerdas!
Bila kita tidur, otak kita sedang bekerja dengan cara istimewa. Saintis kata waktu tidur ialah masa otak menyimpan semua maklumat yang kita pelajari pada siang hari. Kalau kita belajar matematik, baca buku, atau hafal surah, semua tu “disimpan” semasa kita tidur. Sebab itu, anak yang tidur cukup lebih mudah fokus, cepat faham pelajaran dan senang ingat apa yang dipelajari.
Kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidur cukup mempunyai emosi yang lebih stabil dan ceria. Bila kita kurang tidur, otak bahagian amygdala (pusat emosi) jadi lebih aktif. Sebab tu kadang-kadang bila mengantuk, kita cepat marah, mudah menangis atau rasa tak puas hati walaupun benda kecil.
Tidur cukup juga bantu badan kita membesar dengan sihat. Masa tidur, badan keluarkan hormon pertumbuhan (growth hormone) yang tolong bina otot, tulang dan organ. Jadi kalau nak tinggi, kuat dan sihat, tidur awal ya!
Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak berumur 10–12 tahun perlu tidur antara 9 hingga 11 jam setiap malam. Contohnya, kalau kamu perlu bangun pukul 6:30 pagi, waktu paling sesuai untuk tidur ialah antara 7:30 hingga 9:30 malam.
Tapi kalau tidur lewat sangat dan kurang dari 8 jam, otak akan jadi lesu, susah fokus, dan prestasi di sekolah pun boleh menurun. Jadi pastikan kamu tidur cukup setiap malam untuk kekal cergas dan ceria!
Ingat ya, bila tidur cukup, otak lebih cerdas, hati lebih gembira, dan badan lebih sihat! Jadi, jangan tunggu sampai mata betul-betul mengantuk baru nak tidur. Jadikan tidur cukup sebagai rutin harian untuk hidup lebih seimbang dan bahagia!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Ramai budak dan remaja sekarang memang tengah obses dengan lagu Mean Girls nyanyian kumpulan KATSEYE. Tapi kenapa lagu ni jadi kegemaran ramai? Jom kita tengok sebab-sebabnya satu-satu!
Lagu ni ada beat pop moden yang seronok dan “glam”, sama macam lagu yang selalu trending kat TikTok dan Reels. Bahagian chorus dia senang hafal dan memang best bila dinyanyikan semula terutamanya bila sampai part “God bless the mean girls…”.
Ramai budak suka sebab boleh lip-sync, menari pendek, atau jadikan lagu ni sebagai sound trend dalam video mereka. Tak hairanlah Mean Girls KATSEYE cepat trending di media sosial!
Walaupun tajuk dia nampak macam pasal “budak jahat”, sebenarnya lagu ni membawa mesej yang lebih mendalam iaitu tentang semua jenis perempuan yang manis, kuat, garang, pendiam, dan juga yang selalu disalah faham.
KATSEYE nak sampaikan bahawa semua orang berhak diterima dan disayangi.
“God bless the sweet girls, the street girls, the T girls and all the in-between girls.”
Mesejnya jelas, semua perempuan istimewa dengan cara masing-masing. Inilah sebab kenapa lagu Mean Girls dekat di hati ramai pendengar muda.
Kumpulan KATSEYE ialah girl group global dengan ahli dari pelbagai negara. Gaya mereka unik, moden, dan penuh keyakinan diri. Ramai budak suka sebab gaya Y2K mereka yang warna-warni dan nampak confident!
Dalam muzik video pula, semuanya penuh warna dan semangat, macam movie Mean Girls versi positif!
Liriknya senang difahami, tapi kalau dengar betul-betul, banyak mesej positif tersembunyi di dalamnya:
Lagu ni ajar kita supaya berani jadi diri sendiri tanpa rasa malu atau takut pandangan orang lain.
Bila dengar lagu ni, terus rasa macam nak berjalan penuh gaya! Lagu Mean Girls bagi vibe girl power, buat budak-budak rasa berani, yakin, dan bangga jadi diri sendiri.
Budak-budak suka lagu Mean Girls KATSEYE sebab muziknya fun, mesejnya positif, dan gayanya buat mereka rasa kuat serta diterima. Lagu ni bukan sekadar tentang “mean girls”, tapi tentang berani jadi diri sendiri dengan penuh keyakinan!
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Korang pernah nampak orang minum Extra Joss tak? Kadang-kadang orang dewasa minum masa nak kerja, bersukan, atau bila nak lawan mengantuk. Tapi untuk kita yang masih budak-budak ni, haa… minuman tu sebenarnya bahaya sangat!
Extra Joss ni ialah minuman tenaga dalam bentuk serbuk yang kita bancuh dengan air. Ia mula dibuat di Indonesia dan sekarang dah banyak dijual di Malaysia juga. Satu sachet kecil tu ada rasa manis dan berkarbonat bila dibancuh. Tapi yang ramai tak tahu, dalam satu sachet tu mengandungi kira-kira 50mg kafein, iaitu bahan yang sama ada dalam kopi!
Selain tu, dalam Extra Joss juga ada bahan lain seperti:
Semua ni nampak macam bagi tenaga segera, tapi untuk badan budak-budak, ia boleh ganggu kesihatan.
Badan kita masih kecil dan jantung pun masih membesar. Jadi bila kita minum Extra Joss, jantung tu kena “kerja lebih kuat”. Sebab tu ramai yang akan rasa:
Kalau minum selalu, boleh jadi lebih teruk lagi. Gula berlebihan dalam Extra Joss boleh sebabkan kerosakan gigi dan berat badan naik, manakala kafein boleh buat kita ketagih, nanti asyik nak minum lagi dan lagi
Kalau korang tengok belakang bungkusan Extra Joss, ada amaran kecil:
“Tidak disyorkan untuk kanak-kanak, wanita hamil atau ibu menyusu, dan individu dengan tekanan darah tinggi.”
Maknanya, minuman ni memang bukan untuk budak-budak! Tapi sebab bungkusannya nampak cerah dan rasa dia manis, ramai yang ingat tak apa-apa. Padahal… bahaya tu betul-betul ada.
Kita tak perlukan minuman tenaga pun untuk kekal aktif. Badan sihat datang daripada gaya hidup sihat, bukannya dari serbuk segera! Jom tengok cara yang betul:
Bila badan sihat dan cukup rehat, tenaga tu datang secara semula jadi! Tak perlu minuman pelik-pelik pun.
Kadang-kadang kita nampak orang dewasa minum Extra Joss dan rasa nak cuba sebab nampak “cool”. Tapi ingat, badan kita tak sama dengan orang dewasa. Apa yang mereka boleh minum, belum tentu sesuai untuk kita.
Kalau nak bertenaga, cukup tidur, makan betul, dan kekal aktif. Itulah tenaga sebenar yang datang dari badan sendiri, bukan dari serbuk dalam plastik kecil.
Bintang Kecil dah ada di SeeNI!
Download aplikasi
sekarang!
Ketahui kenapa aktiviti berbasikal memberikan manfaat hebat untuk kanak-kanak—dari koordinasi, fokus, keyakinan diri hingga kesihatan fizikal. Aktiviti berbasikal bantu tubuh, minda dan emosi berkembang dengan lebih sihat.